2009 Akan Berakhir
Tinggal 2 hari saja lagi sebelum lembaran baru bagi tahun yang baru akan dibuka. Di penghujung tahun ini, cuba kita muhasabah diri kita apakah perkara membanggakan yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Adakah segala matlamat dan azam yang kita telah sematkan pada awal tahun dahulu telah berjaya kita kecapi? Adakah perkara yang kita lakukan sepanjang tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya?
Diri anda, anda sahaja yang tahu. Bagi saya pula, terlalu banyak perubahan yang telah saya lalui dan saya lakukan. Terlalu banyak onak dan duri yang telah saya lalui. Mari saya ceritakan sedikit pengalaman yang terjadi dalam kehidupan saya di tahun 2009 yang tidak akan saya lupakan.
(perkara yang berlaku mengikut kronologi)
1. Saya berhenti menjalankan bisnes “Lampe Berger”
2. Saya join bisnes ceramic (Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd)
3. Saya berhenti buat kerana syarikat ditahan oleh BNM. Syarikat masih beroperasi tapi mempunyai masalah dengan pengaliran wang tunai. Jadi saya berhenti sehingga keadaan syarikat stabil semula.
4. Saya buat forex. Untung banyak dan akhirnya satu hari saya rugi besar akibat tindakan b***h rakan rumah saya.
5. Akibat kerugian, saya lost everything. Dan saya terpaksa bermula semula. Saya mencari satu produk berkualiti untuk diniagakan dan akhirnya saya memilih produk Phero-X.
6. Cuba untuk menjual handphone. Tapi atas kesilapan tidak selidik mengenai handphone terlebih dahulu, ia menjadi beban baru kepada saya dan partner. Dan sekarang terpaksa membayar refund kepada mereka sedangkan handphone tersebut berlambak dalam tangan untuk saya jual terlebih dahulu.
7. Jualan Phero-X memberansangkan dan saya harap momentum kami akan berterusan agar semua masalah yang ada dapat kami selesaikan segera.
Walaupun banyak perkara yang berlaku, saya tidak pernah berputus asa. Saya jadikan ini sebagai pengajaran yang sangat bermakna dalam proses untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Ingatlah, “GURU YANG PALING HEBAT ADALAH PENGAJARAN“
Kehebatan Flyers
Dalam artikel kali ini, saya akan menceritakan mengenai salah satu kaedah pemasaran perniagaan secara offline iaitu pemasaran flyers. Saya pasti anda semua pasti pernah mendapat pelbagai flyers promosi produk mahupun perniagaan MLM. Anda lihat, baca dan terus anda buangkannya. Tapi tahukah anda walaupun ia nampaknya seperti satu kaedah promosi yang kurang berkesan (nampak macam membazir), tapi sebenarnya ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.
Ini bukan hanya cakap kosong kerana apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya dalam konsep pemasaran secara offline. Baiklah, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya dan juga partner bisnes tentang teknik promosi ini.
Perniagaan yang kami lakukan adalah menjual Phero-X. Semasa mahu bermula, saya mencadangkan kepada partner bisnes saya agar kami promosi dengan menggunakan flyers sahaja. Dia tidak yakin dan tidak bersungguh-sungguh untuk melakukannya kerana berasa yang teknik promosi ini kurang berkesan. Walaupun dia rasakan seperti itu, dia masih juga lakukan kerana ia telah jadi tugasnya (saya promosi bahagian online dan dia offline). Kemudian muncul beberapa masalah dan syukur kami dapat tanganinya (saya akan ceritakan kemudian).
Selepas masalah berjaya diselesaikan, macam tak sangka yang momentum penjualan Phero-X menjadi hanya dengan menggunakan flyers. Dan apa yang boleh saya katakan, momentumnya untuk sekali edar mampu bertahan sehingga 2 minggu. Wow! Lama bukan? Tapi itupun selepas saya lakukan banyak pengubahsuaian pada flyers tersebut. Semasa kami melakukan promosi secara offline, kami masih tidak mempunyai laman web sendiri khas untuk mendedahkan maklumat Phero-X dengan lebih detail. Tapi itupun kami berjaya hasilkan jualan walhal prospek hanya membaca sekeping kertas fotostat hitam putih TANPA WARNA.
Jadi, apakah masalah yang kami hadapi?
1. Flyers diedar, tapi masih tiada call bagi orang mendapatkannya.
2. Ada orang call, tapi hanya mahu demo dahulu yang belum tentu akan membelinya.
3. Prospek kurang yakin dengan keberkesannya.
4. Kurang menarik kerana penuh dengan ayat-ayat sahaja.
Analisa mengenai masalah yang wujud dilakukan.
1. Tiada ayat-ayat yang mengarahkan prospek untuk membuat tindakan seperti ayat “Dapatkan Sekarang”, “Hubungi Segera”, dan sewaktu dengannya.
2. Prospek tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.
3. Jika kita menjual produk seperti minyak wangi, kebiasannya prospek mahu mencuba baunya terlebih dahulu.
4. Meyakinkan prospek dengan kehebatannya.
5. Meletakkan sesuatu gambar yang dapat menarik prospek untuk membaca flyers.
Penyelesaian yang diambil bagi menyelesaikannya.
1. Saya letakkan ayat arahan yang mengarah prospek untuk melakukan.
2. Menerangkan kepada prospek apa yang perlu dilakukan untuk membeli.
3. Saya letakkan satu bahagian anak panah yang mengarahkan prospek untuk mencuba bau Phero-X. Ayat tersebut adalah “Cuba Bau Phero-X Di Sini”. Jadi pada bahagian tersebut, kami titiskan Phero-X agar prospek dapat bau hanya dari kertas.
4. Letakkan gambar perempuan seksi menawan pada flyers. Jadi ini sedikit sebanyak akan menggalakkan prospek kami untuk membaca isi kandungannya.
5. Saya letakkan ayat yang ringkas tapi padat dengan isi. Apa yang saya tekankan adalah pada kelebihan jika prospek memakai pheromones ini.
6. Testimoni yang diterima dari pelanggan diletakkan supaya prospek berasa lebih yakin dan ingin mencuba.
Inilah apa yang kami lakukan dalam melakukan pemasaran flyers. Cubalah, pasti anda akan rasa keberkesannya. Tapi walau apa-apa pun, ia bergantung kepada produk yang anda jual dan siapa target prospek anda.
28/12/09 Stock Available
December 28, 2009 by zACk
Filed under Phero-X, D'Carbo Dan Syarikat, Stock
Fuh, baru balik dari KL. Mengharungi kesesakan KL semata-mata untuk mendapatkan stock Phero-X. Sebenarnya boleh je nak ambil stock malam nanti, tapi masalahnya malam nanti dalam pukul 9 saya ada appointment dengan seorang yang mahu menjadi dealer Phero-X saya. So kitorang nak berbincang mengenai quotation harga dan juga teknik-teknik promosi yang saya dan partner saya lakukan.
Kat bawah ni gambar sebahagian stock yang saya baru ambil, yang selebihnya saya akan dapat kemudian:
Macam mana? Rasanya dalam 2, 3 hari habislah ni. Tak mengapalah, walaupun nampak perlahan tapi kami masih lagi di peringkat permulaan.
Produk Fizikal VS Produk Digital
December 28, 2009 by zACk
Filed under Info Perniagaan
Berdasarkan tajuk artikel, sudah tentulah ia berkaitan dengan perniagaan internet bukan? Sebabnya, ada ke orang jual produk digital secara offline? Mungkin ada, tapi sangat jarang untuk kita menjumpainya. Baiklah, dalam artikel kali ini kita akan berbicara mengenai kelebihan dan kekurangan penjualan produk fizikal dan digital di internet. Ini adalah pendapat saya sendiri dan mungkin anda mempunyai pendapat yang boleh diutarakan di ruangan comment.
Kelebihan Produk Fizikal
Untuk berbicara mengenai kelebihan dalam penjualan produk fizikal, ia terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang membuat jualan ulangan bagi produk yang sama (repeat sale) ataupun hanya dengan sekali jualan sahaja. Potensi penjualan produk yang mampu memberikan repeat sale sangatlah lumayan kerana anda tidak perlu pening untuk mendapatkan pelanggan baru. Pelanggan yang telah sedia ada akan membuat pembelian ulangan dari anda sekiranya produk yang digunakan telah habis. Sungguhpun begitu, jika anda menjual produk yang turut dijual oleh orang lain, anda mesti memastikan yang mereka akan membuat jualan ulangan dari anda, bukan dari orang lain.
Kekurangan Produk Fizikal
Produk fizikal adalah produk yang boleh disentuh. Jadi satu masalah dalam penjualan produk fizikal adalah dari segi penghantaran. Sekarang ini telah jadi satu kemudahan yang mana anda boleh penghantaran hanya dengan menggunakan perkhidmatan poslaju. Tapi bukan semua produk boleh dipos dengan menggunakan poslaju. Kerana mereka mempunyai syarat-syarat barang yang tidak boleh dipos seperti barangan cecair, barang mudah pecah dan banyak lagi. Sebagai penyelesaian anda boleh dapatkan perkhidmatan syarikat lain seperti GDex.
Di peringkat permulaan anda pasti mampu untuk menguruskannya kerana laman web anda belum terkenal. Tapi apabila ia telah terkenal, anda hendaklah mempunyai satu department syarikat yang khas untuk menguruskan proses penghantaran produk ini.
Kelebihan Produk Digital
Ini adalah produk yang sangat mudah dijual dan mempunyai margin keuntungan yang paling tinggi iaitu 100%. Jika anda menjual produk fizikal, katakan modal anda RM100 dan menjualnya dengan harga RM140, margin keuntungan anda baru sahaja 40%. Tapi jika anda menjual produk digital, anda hanya perlu peruntukan masa dan sedikit kos sahaja untuk hasilkannya. Kemudian anda boleh menjualnya tanpa had sampai bila-bila. Jika anda menjualnya dengan harga RM100, itu adalah keuntungan BERSIH! Anda juga tidak perlu untuk menyimpan stock dan menyusahkan diri untuk ulang alik ke pejabat pos untuk membuat penghantaran produk.
Kekurangan Produk Digital
Sekiranya anda menjual produk seperti ebook ataupun software, sudah pasti tidak akan berlaku jualan ulangan bagi produk yang sama. Takkan orang nak beli banyak kali pula kan. Tapi ini berbeza dengan anda membuat produk yang memerlukan ‘subscription fee’ iaitu langganan berbayar. Kalau anda berniat untuk melakukan cara ini dalam market Malaysia, baik lupakan sahaja. Bukan hendak menghina, tapi kalau rakyat Malaysia ini ditawarkan dengan sesuatu yang melibatkan langganan berbayar pasti ia sangat sukar diambil bahagian.
Ini sangat berbeza dengan orang lain di luar negara, mereka sanggup membayar walau harga berapapun asalkan mereka dapat apa yang mereka nak. Sebagai contoh laman web yang membuat ruangan untuk mendownload. Pada pasaran antarabangsa bersepah-sepah. Tapi kalau dalam Malaysia?
Saya telah kemukakan beberapa pro dan contra. Semoga ia sedikit sebanyak memberikan anda gambaran jenis produk yang akan anda pilih untuk menjalankan perniagaan di internet. Semoga berjaya!
Setting Ping Blog
Kalau anda baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, anda mungkin tidak pernah dengar atau kurang faham mengenai istilah ‘ping’. Dalam blogging, fungsi ping sangatlah penting bagi membantu kita mendapatkan trafik dari enjin carian. Sebelum itu, ada kena ketahui apa itu Ping.
Maksud Ping
Ping bermaksud anda memberitahu spider enjin carian bahawa anda telah melakukan update pada blog ataupun laman web anda. Kenapa ianya perlu? Jika anda tidak melakukan ping pun tidak mengapa sebenarnya kerana blog ataupun laman web anda masih boleh diindex oleh spider enjin carian. Tapi jika anda melakukan ping atau dengan kata lain memberitahu spider enjin carian bahawa blog anda telah diupdate, ini akan mempercepatkan lagi blog anda diindex.
Tujuan lain adalah untuk menaikkan kedudukan blog anda dalam enjin carian. Sebagai contoh, jika anda menulis sebuah blog mengenai “perniagaan internet”. Selepas anda selesai menulis blog dan melakukan ‘ping’, kedudukan anda berpotensi untuk berada di kedudukan no 1 enjin carian. Walaubagaimanapun, fungsi ping ini masih lagi dipengaruhi oleh Page Rank blog anda. Jika blog anda hanya mempunyai page rank 0, dan pesaing anda mempunyai page rank 5. So agaklah sukar untuk anda menandingi kedudukannya dalam enjin carian walaupun anda telah melakukan ping. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Perniagaan Baru Kami
December 25, 2009 by zACk
Filed under Berita, Phero-X, D'Carbo Dan Syarikat
Banyak perniagaan yang telah saya ceburi. Bermula dengan program buat di internet, saya meneruskan dengan menceburi perniagaan internet dengan menjual produk digital. Kemudian saya tinggalkan perniagaan internet kerana ingin memberikan fokus dalam perniagaan network marketing yang diceburi. Saya pernah join 2 buah syarikat perniagaan berkonsepkan network marketing iaitu DCHL dan juga Asia Ceramic marketing. Dan akhirnya perniagaan yang menjadi pilihan saya adalah berkonsepkan konvesional.
Sepanjang menjalankan perniagaan konvesional bersendirian, saya sedar yang saya tidak mampu melakukannya. Sebabnya adalah tiada pendorong ataupun orang yang mempengaruhi saya untuk menjalankannya. Syukur Alhamdulillah saya mempunyai seorang teman (Azim namanya) yang meminati bidang yang sama dan juga mempunyai ‘kepala’ yang sama macam saya. Kami tidak berminat terhadap pembuatan produk sendiri, tapi apa yang menjadi pilihan kami adalah bidang perniagaan yang berkonsepkan MARKETING.
Kami mencari satu produk yang betul-betul berkualiti dan berpotensi untuk meletup. Dan akhirnya produk yang menjadi pilihan kami adalah produk Pheromones jenama Phero-X yang memang telah terbukti kehebatannya. Phero-X adalah merupakan haruman pemikat wanita atau dengan bahasa yang lebih seksi, Haruman Peransang Berahi Wanita. Di Rusia, produk ini telah popular di kalangan masyarakatnya. Tapi di Malaysia, ia baru dibawa masuk oleh satu kumpulan pengimport produk ini.
Bagi mendapatkan detail mengenai produk ini, sila layari http://www.godawanita.com
Walupun kami baru bermula dan ketinggalan selama 4 tahun semenjak ia diperkenalkan di Malaysia, kami pasti kami mampu untuk mendominasi pasaran di Malaysia berdasarkan perancangan yang bakal dilaksanakan secara berperingkat. InsyaAllah kalau berpeluang, saya akan ceritakan mengenai fasa-fasa perniagaan kami.
Kelahiran Sebuah Blog Baru
Salam sejahtera kepada pelawat sekalian.
Pertamanya, berbanyak ucapan terima kasih di atas lawatan anda ke laman blog ini. Ini merupakan laman blog peribadi saya yang baru (kedua) selepas laman blog yang pertama telah gagal pada hosting yang lama. Bukan apa, servis yang semakin teruk, support yang semakin diabaikan menyebabkan saya mengambil keputusan untuk meninggalkan sahaja domain yang lama.
Mana tidaknya, puas saya meminta hosting provider lama saya untuk point domain saya ke hosting yang baru. Tapi tiada sebarang respon LANGSUNG. Semakin hari, servis semakin teruk. Ahh!!! Saya dah tak tahan. Jadi saya let go sahaja domain tersebut dan buat satu domain yang baru. Nak backup pun dah tak boleh dah. Banyak sangat error dalam hosting tersebut.
Dengan kehadiran laman baru ini, akan memberikan saya semangat baru untuk meneruskan apa yang sedang saya lakukan. Saya akan berkongsi apa sahaja, termasuk dari segi perniagaan internet, konvesional, teknik pemasaran, motivasi, inspirasi, peribadi dan banyak lagi. Diharap anda semua dapat memberi support penuh kepada saya.
Di akhir kata, terima kasih banyak-banyak kerana sudi melawat laman web ini. Dan jika tidak keberatan, sila subscribe blog saya dengan mengisi email anda pada bahagian sidebar. Jadi sebarang post terbaru akan terus dihantar ke email anda secara automatik.








