Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Phero-X Dan Lelaki

January 10, 2010 by  
Filed under Fakta, Phero-X, D'Carbo Dan Syarikat

Tom_Cruise

Adakah anda tahu apa itu Phero-X? Jika anda tidak ketahui apakah produk ini, anda boleh layari laman web di bawah untuk dapatkan maklumat lanjut:

Phero-X Haruman Peransang Berahi Wanita

Kaum lelaki tidak seperti kaum perempuan yang telah mempunyai tarikan semula jadinya yang sendiri. Ada sesetengah kaum lelaki mempunyai daya tarikan yang terlampau sedikit. Jadi sebab tu kenapa adanya lelaki yang ‘expose’, dan ada yang tidak. ‘Expose’ ini termasuk dari pandangan mata lelaki dan juga pandangan mata perempuan yang lain.

Tahukah anda bagaimana setiap orang ada tarikan terhadap orang lain?

Inilah kelebihan yang ada pada manusia ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Setiap orang mempunyai hormon peransang penarik, yang dipanggil sebagai ‘pheromones’. Pheromones merupakan sejenis hormon yang dirembeskan dari liang-liang peluh manusia ke persekitaran. Dalam hari seharian kita, pheromones lah yang mempengaruhi keadaan persekitaran komunikasi kita.

Pheromones ini berupaya mempengaruhi orang di persekitaran kita tetang cara layanan yang akan diterima dan kesan ketaranya boleh dilihat pada manusia yang berlainan jantina. Satu contoh mudah yang boleh saya ceritakan mengenai kegunaan pheromones ini adalah melalui 2 orang lelaki yang [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Twitter Boleh Buat Duit?

January 5, 2010 by  
Filed under Twitter

twitter2Twitter merupakan perkhidmatan yang masih lagi baru dan muda. Tapi ia telah meletup dalam masa yang sangat-sangat singkat. Wow! Saya sendiri macam tak percaya yang twitter boleh merebak dengan sangat-sangat cepat. Apa-apapun, ia sebenarnya dipengaruhi oleh fungsinya yang simple iaitu dengan fungsi “follower”. Fungsi inilah yang membantu twitter berkembang dengan sangat cepat disamping promosi yang dilakukan oleh kebanyakan internet marketer di seluruh dunia.

Sesetengah orang masih lagi tertanya-tanya bagaimana caranya untuk buat duit dengan twitter. Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk buat duit dengan twitter ini asalkan anda kreatif untuk memanipulasi sistem yang ditawarkan oleh twitter. Cara yang paling mudah adalah dengan mengumpul follower seramai boleh untuk dijadikan sebagai ‘list’. Dengan senarai follower ini, ia sebenarnya membantu anda untuk membina kredebiliti dengan lebih mudah dan melakukan pelbagai promosi.  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Coretan Azam 2010

January 3, 2010 by  
Filed under Peribadi

2010Waah! Sungguh cepat masa berlalu dan secara tak sedar kita dah pun meninggalkan tahun 2009 yang mana saya anggapnya sebagai tahun kegagalan saya. Selepas saya merenung kembali kisah di tahun 2009, saya sedar yang saya telah lakukan banyak kesilapan dalam mengejar impian seorang usahawan yang berjaya. Apakah kesilapan tersebut? Tiadanya KUASA FOKUS.

Pada tahun tersebut, apa sahaja peluang yang saya rasakan boleh mendatangkan duit pasti saya ingin lakukan. Pada mulanya memang ia membuahkan hasil, saya berjaya menjana ribuan ringgit dengan peluang yang saya dapat itu, tetapi semuanya terbengkalai di tengah jalan. Memang saya akui terdapat masalah yang melanda, tapi apa yang saya buat adalah terus lari dari masalah tersebut dan mencari satu peluang yang baru. Dan sekarang saya sedar inilah kesilapan yang paling teruk saya lakukan.

Di lembaran 2010, saya akan buka buku baru untuk meneruskan hidup dengan lebih berdisiplin. InsyaAllah, pengalaman yang ada di tahun 2009 akan saya jadikan sebagai Guru saya YANG PALING HEBAT! Saya harap kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi. Apa yang penting adalah FOKUS!

Apabila kita bercerita mengenai azam, terdapat 2 golongan manusia yang berbeza:

1. Menceritakan azam kepada orang lain supaya ia menjadi pembakar diri untuk mengotakan apa yang dikata

2. Simpan azam tersebut seorang diri dan apabila ia telah berjaya, baru ia diceritakan kepada orang lain bahawa kejayaan itu adalah merupakan azam di awal tahun.

Bagi diri saya, saya adalah merupakan golongan yang pertama. Saya suka menceritakan azam, matlamat dan apa target saya supaya ia menjadi api pembakar semngat yang membara di dalam diri. Saya memberitahu orang supaya satu hari nanti akan ada orang yang perli saya sekiranya tindakan saya tidak ke arah azam dan matlamat yang telah saya beritahu. Dengan sindirian tersebut, ia akan menjadi api semangat untuk melaksanankan apa yang dikata.

Ini adalah azam saya untuk tahun 2010:

1. Menunaikan tanggungjawab kepada Allah dengan sempurna.

2. Bawa nama syarikat kami (saya dan partner) ke peringkat yang mana semua orang akan sebut mengenainya.

3. Miliki Nissan Fairlady itulah kereta idaman ku. :D

4. Mempunyai hidup yang lebih berdisiplin, mengikut segala jadual yang telah ditetapkan.

5. Perbaiki keputusan dalam pelajaran.

6. Memiliki kewangan dan aset yang kukuh sekurang-kurangnya sebiji rumah bagi peringkat permulaan.

Rasanya inilah azam paling besar yang ingin saya capai. Owh ya, saya baru berumur 20 tahun pada 2010 ni tau! ;) Muda lagi saya ni. Hohoho!

Apa pula azam anda? Jom kongsikan di ruangan comment!

Selamat Tahun baru!

January 2, 2010 by  
Filed under Umum

bunga api

Waah! Cepat sungguh masa berlalu. Begitu pantas 2009 meniggalkan kita. Banyak kenangan yang berlaku dalam tahun 2009 yang mana menjadikan pengalaman yang cukup bermakna dalam diri saya. Bagi diri saya, tahun 2009 adalah merupakan tahun kekecewaan kegagalan bagi diri saya. Kesemua yang saya rancangkan berakhir di tengah-tengah tanpa mengakhirinya. Saya akan ceritakan next time ye.

Masa 31 Dec yang lepas, saya telah melakukan persiapan penuh untuk program affiliate saya pada sebelah petang. Ini kerana pada sebelah malam saya ingin keluar bersama rakan-rakan untuk melihat bunga api yang dah lama saya tak tengok. Saya tak pergi ke KL pun, kerana confirm kat sana sesak gila teruk. Saya hanya tengok bunga api dekat Seksyen 7 Shah Alam je.

Fuh, pertama saya dalam sejarah hidup saya yang Shah Alam sesesak macam tu. Biasanya kalau sesak pun pada sebelah pagi sebab ramai student nak pergi kelas (seksyen 7 dekat dengan UiTM Shah Alam). Tapi apa yang penting, rasa seronok sangat sebab dapat jumpa rakan-rakan lama. Semester baru dah nak buka pada minggu hadapan. Tu yang mereka semua dah balik. Macam-macam yang kami sembangkan, sampai tak sedar jam dah tunjuk pukul 4 pagi. ;)

Kepada anda semua pula, apa pengalaman di tahun baru? Duduk rumah tengok bunga raya api depan TV je ke? Tak kira la walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan…….

SELAMAT TAHUN BARU!