Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Apa Itu Program Affiliate

August 9, 2010 by  
Filed under Program Affiliate

Salah satu cara yang mudah untuk menjana pendapatan di internet dan PERCUMA ialah menyertai program-program affiliate di internet.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Wakil Pemasaran (Affiliate Marketer)?

Di internet, banyak laman web atau penganjur program menawarkan peluang ini. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.

Program affiliate yang berbayar memerlukan anda membeli produk mereka terlebih dahulu, kemudian anda ditawarkan menjadi agen mereka. Program affiliate percuma pula, anda tidak perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka dan anda dibenarkan menyertai program ini tanpa sebarang caj.

Ada juga sesetengah laman web menyediakan program affliate tertutup. Walaupun program ini disediakan secara percuma, hanya mereka yang dijemput sahaja dibenarkan untuk menyertai program ini. Sebagai contoh affliate dari jomseminar.com dan rahsiainternet.com.

Seperti yang dinyatakan mengenai program tertutup ini, pihak penganjur kebiasaannya akan memilih mereka yang memiliki jumlah prospek yang ramai. Contohnya, saya memiliki senarai prospek dari mailing list saya dan saya telah ditawarkan menyertai program affliate mereka. Dengan memiiliki prospek yang berpotensi untuk membeli produk, pihak penganjur tidak ragu-ragu menawarkan program ini kepada anda. Komisyen yang diberikan juga adalah tinggi.

Mengenai pendapatan yang diperolehi dari penyertaan program affliate, ianya bergantung kepada perjanjian perkongsian hasil keuntungan antara penganjur dan agen. Antara produk yang popular dan sering menawarkan komisyen yang tinggi ialah produk digital. Purata jumlah peratus pembahagian keuntungan ialah antara 30% hingga 70%.

Berbeza pula jika anda menyertai program affliate untuk produk-produk fizikal. Komisyen yang ditawarkan adalah antara 5% hingga 15% sahaja. Faktor utama kenapa produk fizikal ini tidak menawarkan komisyen yang tinggi adalah kerana kos-kos produk ini adalah lebih banyak berbanding produk digital.

Anda perlu bijak memilih program-program affliate di internet dan jangan mudah terpedaya, jika anda ditawarkan menjadi jutawan atau orang kaya baru hanya menyertai program affliate! Dapatkan panduan yang betul dan minta pandangan dengan mereka yang lebih berpengalaman sebelum anda terjebak dengan aktiviti spam, scam atau skim cepat kaya!

Selamat Ber’Affiliate’.

Kegagalan Bukan Penghalang Kejayaan

August 5, 2010 by  
Filed under Motivasi

Kegagalan memang tidak dapat dielakkan kerana ia adalah seperti satu kitaran kehidupan. Ada kalanya kita berada di puncak, dan ada kalanya kita berada di bawah. Tanpa kegagalan manusia tidak akan dapat mempelajari dan menghargai kehidupan mereka. Namun begitu, kegagalan bukanlah satu halangan kepada kejayaan tetapi kegagalan ialah satu batu loncatan untuk anda mengecapi kejayaan.

Tahukah anda ramai pemain bola sepak terkemuka seperti Robinho dan Ronaldinho berasal dari keluarga yang miskin? Mereka tidak memiliki apa-apa kekayaan pada usia kanak-kanak mereka. Mereka hanyalah seperti remaja lain yang bermain bola di kaki lima dan gelanggang futsal sehinggalah usaha gigih telah membawa kejayaan kepada mereka menjadi pemain bola sepak profesional untuk mewakili negara Brazil.

Mengapa perlu bersedih dengan kegagalan? Ada sesetengah jenis orang yang tidak tahan dengan kegagalan sehingga mencabut nyawa sendiri sebagai jalan penyelesaian. Padahal itu bukanlah jalan penyelesaian sebenar yang dicari-cari malah akibat daripada tindakan ini keluarga si mati pula yang menghadapi masalah.

Saya terkejut dengan kejadian bunuh diri pelakon popular siri drama Winter Sonata dari Korea, Park Yong-Ha. Perlukah bunuh diri disebabkan kegagalan? Saya tertarik dengan kata-kata penulis buku Berani Gagal, Bili Lim iaitu “Muflis Lebih Baik Daripada Mati”. Sekurang-kurangnya orang yang muflis masih lagi boleh mulakan hidup baru dengan lebih yakin dan kesilapan lalu menjadi pengajaran untuk berjaya.

Jika anda menghadapi kegagalan jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan ulangi kesilapan yang sama. Satu kejayaan besar adalah disebabkan oleh banyak kegagalan kecil dan juga mungkin kegagalan besar yang dilalui sepanjang perjalanan mengecapi kejayaan tersebut.

Setiap kegagalan membawa pengajaran dan meningkatkan kualiti pemikiran anda di dalam membuat keputusan. Jadi fikir-fikirkanlah mengapa anda gagal. Anda ingin mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet? Bersedialah menghadapi banyak kegagalan kerana itu adalah perjalanan yang anda perlu harungi untuk mengecapi kejayaan dalam apa bidang sekalipun.

Kelebihan Perniagaan Internet

August 1, 2010 by  
Filed under Info Perniagaan

Anda mungkin sudah mengeluh atau sedikit lemah semangat dengan huraian ringkas mengenai pemikiran dan kepercayaan terhadap mitos yang telah saya dedahkan. Usah gelisah, mari kita fahami apakah kelebihan dan peluang yang disediakan oleh perniagaan internet yang sebenar.

1. Tidak memerlukan ruang pejabat dan modal yang besar

Untuk memiliki ruang pejabat yang besar dan mempunyai kelengkapan perabot dan pelbagai alat elektrik, anda memerlukan modal berpuluh ribu ringgit. Tetapi satu berita baik untuk anda, perniagaan internet tidak memerlukan modal sebesar itu. Paling tinggi hanya bawah RM500 atau paling murah bawah RM100.

Dalam perniagaan internet, anda hanya perlu laman web yang simple tetapi berkesan, hosting (tapak web) dan talian internet. Sudah tentu perlu memiliki komputer atau komputer riba. Anda tidak perlu memilik ruang pejabat rasmi,
sebaliknya anda boleh melakukan di mana sahaja selagi ada sambungan ke internet.

Tips: Di internet, anda boleh mendapatkan diskaun-diskaun bagi barangan/produk tertentu seperti domain name dan hosting. Caranya, anda mencari di google dengan menaip seperti “domain name coupon” atau “hosting coupon”. Gunakan peluang yang ada ini di permulaan bisnes anda, dan inilah antara yang saya lakukan untuk menjimatkan kos.

2. Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka

Tidak seperti perniagaan konvensional, jika anda melakukan perniagaan ini maka sudah semestinya anda perlu mempunyai beberapa orang pekerja tetap. Maka sudah pasti anda perlu membayar gaji bulanan atau harian kepada mereka. Sebaliknya, tidak untuk perniagaan internet, anda boleh melakukan bisnes berseorangan atau bersama isteri atau suami tersayang hanya di rumah. Juga, anda mampu memiliki beberapa perniagaan internet dalam satu masa.

3. Boleh diautomasikan

Perniagaan internet membolehkan beberapa kerja diautomasikan, bermaksud anda boleh meninggalkan perniagaan anda semasa anda sedang bercuti. Walaupun anda tidak masuk ke internet selama seminggu pun semasa sedang
bercuti, internet atau sistem akan melakukan segalanya untuk anda. Bagi kes ini, ia berlaku kepada produk jenis digital yang menggunakan sistem pembayaran kad kredit atau seperti program google adsense dan affiliate.

Namun, jika tidak diautomasikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerja dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu kita melakukannya. Sebagai contoh seperti pembayaran online menggunakan kad kredit. Kita hanya menerima bayaran, tetapi pihak lain yang akan menguruskan pembelian kad kredit tersebut.

4. Mampu memiliki banyak perniagaan dalam satu masa

Seperti diterangkan di atas, perniagaan internet memberikan kelebihan kepada anda untuk memiliki laman web perniagaan internet lebih daripada satu seperti 3, 5, 7 atau lebih daripada itu dalam satu masa. Bahkan, anda masih mampu menguruskan semua laman web perniagaan tersebut berseorangan.

Memiliki banyak laman web adalah perlu agar wujudnya multiple sources of income. Dengan adanya beberapa laman web, maka pendapatan harian dan bulanan anda adalah hasil jumlah kesemua dari laman web anda tersebut. Contoh
pendapatan bagi setiap laman web bagi setiap bulan:

Laman web 1 = RM1000
Laman web 2 = RM1500
Laman web 3 = RM700
Laman web 3 = RM2000
TOTAL = RM RM5200

5. Tiada tekanan fizikal dan mental

Anda tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya dan tidak akan ada sesiapa yang boleh menekan perasaan dan mental anda seperti di pejabat yang sentiasa dimarahi oleh bos, serta gosip-gosip negatif di tempat kerja. Di dalam perniagaan
internet, andalah yang menentukan segalanya. Masa kerja, cuti, rehat dan sebagainya, semuanya di tangan anda!

6. Tiada lagi istilah buka kedai 9 – 6

Perniagaan konvensional biasanya bermula dari jam seawal 9 pagi dan berakhir jam 6 petang, tidak termasuk waktu tambahan. Para pelanggan biasanya hanya akan datang pada waktu tersebut sahaja. Tidak lagi bagi perniagaan internet,
semuanya akan berlaku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Bahkan, pelanggan anda adalah dari seluruh dunia termasuk dari negara sendiri. Kedai anda iaitu laman web perniagaan anda akan tetap dibuka 24 jam tanpa henti melainkan anda menutup laman web tersebut.

7. Prospek begitu besar dan meluas

Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 billion orang. Manakala pengguna internet di Malaysia pula adalah dianggarkan seramai 10 juta
orang, manakala di Asia adalah dianggar sebanyak 380 juta orang iaitu paling ramai di dunia.

Sila rujuk http://www.internetworldstats.com/stats.htm untuk statistik pengguna internet sedunia.

8. Mudah dimulakan dan rendah risiko

Sesiapa yang pandai membaca dan mengira, maka mereka boleh melakukan perniagaan internet. Tiada pilih kasih dan sesiapa sahaja boleh melakukannya, malah risiko yang mungkin dihadapi atau ditanggung tidaklah sebesar perniagaan
konvensional.

Kredit kepada SmartZul dari http://blog.smartusaha.com