Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

12 Kata-kata Motivasi Untuk Anda

September 29, 2010 by  
Filed under Motivasi

Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah?

Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi perasan negatif tersebut?

Di sini saya berikan 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri.

Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda.

Cuba hayati maknanya:

  1. Esok jadi tahun

  2. Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan BUAT!

  3. Apa yang anda hendak takutkan?

  4. “Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak”

    Mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda TIDAK BOLEH, itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, LAKUKANNYA!!

  5. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan ‘hutan’? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?

  6. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – DI MANA KAMU BERAKHIR?

  7. Biar diri kamu yang sebenar menyinar

  8. “Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan. Dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu. Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu?

    Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kam. Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu. selalu.”

  9. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain. Dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, CANTIK SEBENARNYA DATANG DARI JIWA.

  10. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.

  11. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus ‘mahu’ dan terus berjuang!

  12. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!

  13. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!

  14. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?

  15. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan ‘mustahil’, kamu tentu sudah ‘putus asa’ sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah. Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

Fikir-fikirkan, dan jangan sekadar membaca. PRAKTIKKAN!!

Setting Comment Blacklist

September 28, 2010 by  
Filed under Blog

Pemilik blog biasanya tidak akan pernah terlepas daripada pelbagai coment SPAM yang dihantar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Untuk mengatasi masalah ini, majoritinya akan menggunakan plugin SPAM Blocker seperti Akismet dan lain-lain lagi.

Walau bagaimanapun, pasti akan ada yang terlepas dan dapat menembusi SPAM Blocker ini. Jadi, di sinilah “Comment Blacklist” pada setting akaun WORDPRESS anda akan berfungsi. Ini kerana spammer biasanya akan menghantar comment yang mempunyai keyword yang telah anda blacklist. Jadi fungsi setting ini adalah untuk menyekat keyword-keyword yang biasa digunakan oleh spammer.

Apa yang anda perlu lakukan adalah:

1. Login ke akaun WordPress anda.

2. Klik DISCUSSION pada tab Setting.

3. Scroll ke bawah sedikit untuk melihat ruangan COMMENT BLACKLIST.

4. Copy and Paste kesemua keyword yang saya berikan di bawah pada ruangan tersebut.

5. Dan akhir sekali jangan lupa klik SAVE CHANGES.

-online
4u
adipex
advicer
baccarrat
blackjack
bllogspot
booker
byob
car-rental-e-site
car-rentals-e-site
carisoprodol
casino
casinos
chatroom
cialis
coolcoolhu
coolhu
credit-card-debt
credit-report-4u
cwas
cyclen
cyclobenzaprine
dating-e-site
day-trading
debt-consolidation
debt-consolidation-consultant
discreetordering
duty-free
dutyfree
equityloans
fioricet
flowers-leading-site
freenet-shopping
freenet
gambling-
hair-loss
health-insurancedeals-4u
homeequityloans
homefinance
holdem
holdempoker
holdemsoftware
holdemtexasturbowilson
hotel-dealse-site
hotele-site
hotelse-site
incest
insurance-quotesdeals-4u
insurancedeals-4u
jrcreations
levitra
macinstruct
mortgage-4-u
mortgagequotes
online-gambling
onlinegambling-4u
ottawavalleyag
ownsthis
palm-texas-holdem-game
paxil
penis
pharmacy
phentermine
poker-chip
poze
pussy
rental-car-e-site
ringtones
roulette
shemale
shoes
slot-machine
texas-holdem
thorcarlson
top-site
top-e-site
tramadol
trim-spa
ultram
valeofglamorganconservatives
viagra
vioxx
xanax
zolus
adipex
ambien
ativan
advicer
baccarrat
ballhoneys
booker
buy online
carisoprodol
meridia
casino
casinos
phentermine
chatroom
cialis
clitoris
cyclen
cyclobenzaprine
day-trading
tramadol
discreetordering
dutyfree
duty-free
vicodin
fioricet
freenet-shopping
headsetplus
hentai
hydrocodone
hydrocone
incest
ionamin
lipitor
lopressor
macinstruct
meridia
mlmleads.name
online-gambling
paxil
pest-control
phentermine
platinum-celebs
poker-chip
poze
prescription
propecia
protonix
prozac
slot-machine
soma
soma
taboo
tenuate
trablinka
tramadol
tredgf
trim-spa
ultram
viagra
vicodin
xanax
xenical
ytmnsfw.com
zithromax
zolus
zyban
zenegra

Buka Kedai Dalam UiTM

September 27, 2010 by  
Filed under Peribadi

Setiap orang yang menjalankan perniagaan pasti inginkan kemajuan dari sebelumnya. Begitu juga saya. Saya sentiasa mahukan pembaharuan yang lebih baik dalam menjalankan perniagaan.

Sekadar ingin berkongsi sedikit update tentang diri ini. Sekarang ini saya dalam proses untuk memohon mendapatkan 1 tapak kedai dalam UiTM bagi menjual pakaian dan barangan wanita. Syukur Alhamdulillah, sekarang ini saya tinggal lagi 2 langkah saja untuk memiliki kedai sendiri.

Langkah 1 – Dapatkan kelulusan daripada Dekan fakulti.
Langkah 2 – Dapatkan kelulusan daripada MEDEC.

Saya harapkan kesemuanya selesai sebelum UiTM tutup untuk bercuti dalam bulan 11 ini. Ini kerana waktu cuti semester hujung tahun ini boleh saya gunakan sebagai waktu untuk mengemas dan mencantikkan kedai sebelum buka semester baru pada penghujung Disember 2010.

Bila difikirkan dan berangan-angan, jadi semakin tak sabar pulak rasanya supaya nak sampai waktu tersebut. Apapun, saya bersyukur sangat sebab Hukum Tarikan yang saya amalkan menjadi. Walaupun pencapaian saya tidaklah sebesar mana jika nak dibandingkan dengan usahawan yang lain, yang penting Bulan September saya tahun ini lebih baik dari Bulan September saya tahun lepas.

Anda pula bagaimana? Adakah Sepetember tahun ini lebih baik dari tahun lepas? Atau adakah ia sama atau ia lebih teruk? Fikir-fikirkanlah ya! ;)

Selamat Hari Raya

September 26, 2010 by  
Filed under Umum

Salam 1Malaysia.

Fuh, lama betul saya tidak buat post baru untuk tatapan bacaan anda. Bukan apa, saya sangat busy dengan study dan juga perniagaan kecil-kecilan yang saya lakukan. Kalau dapat online pun, hanya sempat check email, support ticket, dan juga pembelian pelanggan melalui online.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan saya minta maaf

banyak-banyak zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini sekiranya saya ada melakukan kesalahan. Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan di atas muka bumi ini dan saya sedar saya banyak melakukan kesalahan dan kesilapan kepada ramai orang.

Banyak kesilapan yang telah saya lakukan sebelum ini, dan juga masalah yang saya timbulkan sendiri. Kesilapan yang paling banyak adalah hutang yang telah saya cipta. Semuanya disebabkan perniagaan yang musnah separuh jalan disebabkan banyak faktor antaranya:

1. Rakan kongsi yang tidak jujur dalam perniagaan bersama
2. Sifat malas yang tidak sungguh-sungguh untuk diubati
3. Masalah akibat kesilapan pengurusan perniagaan
4. Mindset yang tidak fokus kepada apa yang dilakukan

Sempena Aidilfitri ini, saya nekad berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan Hukum Tarikan (Law Of Attraction) untuk menyelesaikan semua masalah yang ada. Alhamdulillah, sejak penggunaan Hukum Tarikan dalam kehidupan

sejak akhir-akhir ini, segala apa yang saya mahukan menjadi termasuk dari segi jualan perniagaan. Kalau ada masa, saya akan ceritakan apa itu Hukum Tarikan ya. :)

Kesemua keuntungan hasil jualan yang ada akan saya gunakan untuk menyelesaikan kesemua hutang piutang yang telah saya cipta sendiri. Semuanya disebabkan pemikiran yang cepat terpengaruh dengan pujuk rayu orang yang mempunyai muslihat kepentingan diri sendiri dan pemikiran yang tidak berfikir panjang.

Kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini atau sesiapa yang pernah berurusan dengan saya dan kita mempunyai konflik, saya minta maaf banyak-banyak. Saya sedaya upaya hendak menyelesaikan kesemua konflik yang saya timbulkan.

3 tahun adalah tempoh saya mencipta kesemua masalah ini, dan saya mahu SETAHUN untuk saya menyelesaikan kesemuanya. Syukurlah saya orang yang tidak pernah menyesal tentang apa yang berlaku tapi saya anggapnya sebagai satu pelajaran yang sangat berguna untuk diri sendiri.

Kepada peminat blog ini, nasihat saya jagalah hubungan anda dengan orang sekitar anda dan ingatlah, sekiranya anda dibenci oleh orang, adalah sangat susah untuk anda meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

p/s – kepada rakan-rakan, berikanlah saya peluang untuk berubah dan peluang untuk menyelesaikan semua masalah satu per satu.

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi semua cabaran ini. Semoga dengan dugaanMu ini akan membuatkan aku lebih matang dalam membuat keputusan dalam kehidupan.

Sekali lagi ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN.