Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Final Exam Semakin Hampir

October 7, 2010 by  
Filed under Peribadi

Wah! Rasanya macam sekejap sangat rasanya. Bulan 7 start semester, ni dah nak sampai hujung semester dah. Pejam celik, dan nak sampai final exam.

Fuuhuh~ Bila dikira dengan jari, rasa cuak badak plak. ;) Mana taknya, tak tahu la cukup ke tak ilmu di dada. Ayoyo…

Sekarang ni saya tengah sibuk buat persiapan untuk menjawab paper. Bukan final paper, tapi test 2 paper. Hadoyai~ Time macam ni la baru lecturer semuanya nak hentam test 2. Yang sakitnya kat kitorang la sebagai student ni. Tapi nak buat macam mana kan, dan namapun pelajar.

Minggu lepas, minggu ni, dan juga minggu depan adalah minggu yang sangat-sangat sibuk. Dengan report yang nak kena hantar, presentation lagi. Ni minggu depan pun ada 1 lagi presentation nak kene buat, dengan test nya lagi. Bukan nak merungut atau melenguh ke, saya just nak beritahu apa yang berlaku pada saya.

Jadi lepas ni kalau anda ternanti-nanti post terbaru dari saya, harap anda faham-faham sajalah ya. Biasalah, budak belajar lagi. Tapi walau apa pun, saya cuba sedaya upaya untuk mencuri masa bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai blogger sambilan. Hehehe~

Sebenarnya sambil saya mengarang post ni, buku ada depan mata. Mula-mulanya taknak la buat post apa-apa kat blog. Tapi dah berapa hari asyik terbayang kat blog jer.

Sah aku dah SANGAP! ;)

Sangap berblogging daa~ Ni kira dah lepas gian la ni. Ok lah, InsyaAllah lepas saya habis final exam, saya akan berkongsi lebih banyak cerita dan ilmu yang menarik. Saya pun tak sabar-sabar nak cerita tentang HUKUM TARIKAN.

Jumpa lagi!

Yosh~

Permalink Setting Terbaik

October 3, 2010 by  
Filed under SEO

Dalam post kali ini, saya nak kongsikan Permalink Setting terbaik bagi blog wordpress anda. Ini kerana, dengan permalink setting yang betul akan membuatkan blog anda mesra enjin carian. Mesra enjin carian bermaksud blog anda akan lebih mudah disenaraikan dengan keyword-keyword carian pelawat.

Tahukah anda bahawa Spider enjin carial akan crawl pada urutan berikut untuk mengindex sesuatu blog:

  1. URL blog
  2. TITLE blog anda
  3. DESCRIPTION blog anda
  4. Dan kemudian barulah berdasarkan pada KEYWORD yang mana dipengaruhi oleh keyword density yang terdapat di dalam blog anda.
  5. CONTENT blog anda.

Cuba anda perhatikan 2 link berikut:  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Lelaki Kacak/Hodoh Dan Perempuan

October 1, 2010 by  
Filed under Koleksi Lawak

Hari ni tiba-tiba mood happening pulak rasanya. So, ni saya nak kongsikan satu cerita lawak mengenai lelaki dan perempuan. Hurm, betul berlaku ke apa yang ada dalam cerita ni?

Lu Pikir La Sendiri!

Kalau lelaki kacak pendiam
Perempuan akan cakap: Wow, cool giler.
Kalau lelaki hodoh pendiam
Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus.

Kalau lelaki kacak berbuat jahat
Perempuan akan kata: Nobody’s perfect.
Kalau lelaki hodoh berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Patutpun, muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: Wah! Machonya, macam hero filem!
Kalau lelaki hodoh menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia.

Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Sepadan sangat.
Kalau lelaki hodoh dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tu!

Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada.
Kalau lelaki hodoh ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)

Kalau lelaki kacak penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus. Penuh kasih sayang.
Kalau lelaki hodoh penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi.

Kalau lelaki kacak bawa BMW
Perempuan akan cakap: Matching. Hebat luar dalam.
Kalau lelaki hodoh bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana?

Kalau lelaki kacak tak mahu bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki hodoh tak mau bergambar
Perempuan akan kata: Tak sanggup tengok hasilnya ye?

Kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen.
Kalau lelaki hodoh menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu, memang begitu.

Kalau lelaki kacak bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on.
Kalau lelaki hodoh bersedih hati
Perempuan akan kata: Kuat nangis!! Lelaki ke bukan ni?

Wee ~