Sejarah Nama Gelaran Saya
Salam sejahtera. Minta maaf ya, sebab hari ni saya masih belum mahu bercerita apa-apa lagi tentang projek yang saya jalankan sekarang ini.
Dalam post ini, saya nak ceritakan sedikit tentang diri saya.
Jika anda membaca di ruangan About Me, anda akan dapati nama gelaran saya dikalangan usahawan dan pembeli adalah Zack. Sebenarnya ada sebab saya menggunakan nama ini. Bukan bertujuan untuk mempunyai nama yang agak komersial, tapi sebagai sebenarnya ia memudahkan saya.
Saya menggunakan nama gelaran kerana apabila ada seseorang yang tidak saya kenali menghubungi saya, kemudian dia/beliau memanggil saya dengan nama “ZACK”, jadi saya tahu ia mesti mengenai urusan perniagaan. Dan kenapa saya memilih nama Zack (bukan nama John, Leman, etc) juga bersebab.
Nama saya Muhammad Azrul, dan rakan biasa panggil saya dengan nama Azrul. Jadi saya hanya ambil 1 huruf dari nama saya untuk dijadikan nama panggilan.
A.Z.R.U.L.
Mari kita tinggalkan huruf Z terlebih dahulu. Dan sesuaikan huruf lain dalam perbualan harian.
Huruf A – “Ada apa-apa yang boleh saya bantu encik A”
Macam pelik je bunyinya kan?
Huruf R – “Encik R, bagaimana cara ini boleh dilakukan?”
Kalau boleh sebut R, ok la jugak. Tapi kalau orang tu sebut “agh” (tak boleh sebut R), kan dah jadi kelakar.
Huruf U – “Encik U, tak nak order makan dulu ke?”
Lagi la pelik!

Huruf L – “Mr L, can you help me settle this case?”
Chewah, macam hero dalam cite “Death Note: L Change The World”
Jadi sebab tu la saya gune nama Zack (huruf Z). Itulah sedikit sejarah penggunaan nama Zack dalam kamus hidup saya.
Saya Kembali!
Salam sejahtera pelawat sekalian.
Saya minta maaf sangat-sangat kerana sudah lama tidak update post terbaru. Saya sangat sibuk uruskan dengan kerja-kerja offline. Alhamdulillah projek datang tak henti-henti. Lepas 1, ada lagi rezeki yang datang. Syukur sangat.
Tapi, kesibukan saya sangat teruk. Sekarang ni pun banyak penghantaran yang masih tertangguh kerana saya ada masalah sikit dengan syarikat penghantaran kurier.
Lagipun sekarang ni saya outstation, dan stock dalam tangan dah habis. Kalau nak buat penghantaran pun kena tunggu balik rumah. Apapun, saya minta maaf kepada pembeli yang lambat menerima produk. Jika anda tidak boleh menunggu dan mahukan duit, sila beritahu dan saya akan pulangkan duit anda semula.
Untuk pengetahuan anda, sebaik sahaja Final Exam tamat dan cuti semester bermula, saya belum pernah berehat dan enjoy. Almaklumlah, banyak hutang yang perlu saya selesaikan. Saya perlu membuat jualan dengan lebih banyak daripada biasa. Jadi masa cuti nilah masa yang paling sesuai untuk saya pulun.
Salah satu projek yang saya peroleh adalah membangun dan maintain website bagi Kejohanan Street Soccer Terbuka Selangor. Tapi mungkin tarikh perlawanan akan ditunda ke tarikh 1 Feb 2011. Saya juga sedang giat membangunkan beberapa software dengan seorang lecturer dari UiTM Jengka. Kami bersama-sama bercadang ingin komersialkan produk ini.
Dalam tulisan yang akan datang, saya akan ceritakan mengenai projek-projek yang saya sedang dan akan lakukan ya. Jumpa lagi~
Yosh!







