Perbezaan MLM Dan Affiliate
January 24, 2011 by zACk
Filed under Info Perniagaan
Mungkin anda semua sedia maklum mengenai konsep MLM iaitu konsep perniagaan berbilang tingkat dengan memasarkan dan menjual produk syarikat MLM tersebut. Tidak perlu saya sebut perniagaan MLM yang ada di Malaysia, beribu-ribu syarikat yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan kepada ahli-ahli MLM.
Sejarah saya di MLM suatu ketika dahulu di mana saya menjadi ahli MLM di sebuah syarikat memasarkan produk aromatherapy dan kosmetik, saya dilatih menjadi ahli MLM dengan menghadiri setiap kelas yang diadakan setiap minggu. Dari situ saya pelajari pelbagai teknik approach prospek, teknik penjualan, memahami sistem marketing MLM dan sebagainya.
Walaupun syarikat berikan pelbagai ilmu berkenaan MLM, tetapi masih ada yang tidak dapat hasilkan pendapatan yang lumayan. Mungkin mereka tidak pandai melakukan teknik perniagaan MLM, tidak pandai berkata-kata ayat-ayat manis untuk approach prospek join bisnes MLM mereka. Bahkan, mereka banyak kehabisan wang membawa prospek ke syarikat untuk mengikuti setiap function mingguan syarikat MLM tersebut. Begitu susah sekali mereka melakukan perniagaan MLM hinggakan kawan-kawannya anggap mereka adalah mat “MLM”, ajak orang buat duit, sampai kawan-kawan melarikan diri jika diajak minum-minum di kedai dan sebagainya.
Walaupun begitu sukar, masih ramai yang melakukan perniagaan MLM sehinggalah ke hari ini dan sudah ramai yang berjaya. Tetapi, dengan adanya platform INTERNET, konsep affiliate telah berkembang dari setahun ke setahun, semakin ramai yang telah mengubah dari platform MLM (konsep offline) suatu ketika dahulu ke platform affiliate (konsep online). Di mana pada hari ini, semakin ramai menggunakan platform internet untuk memasarkan produk mereka khususnya menggunakan konsep affiliate.
Konsep affiliate ini di mana penjual produk menawarkan komisen kepada affiliator yang memasarkan produk penjual tersebut. Peratus komisen akan dibayar berdasarkan tetapan peratus komisen dari penjual kepada affiliator tidak kira produk fizikal atau digital.
Contohnya saya memasarkan produk D’Carbo2, saya telah memasang sistem affiliate di mana sesiapa sahaja boleh mempromosi produk tersebut mereka melakukan pendaftaran sistem affiliate saya. Komisen affiliator saya sudah tetapkan seperti yang telah tertera di halaman affiliate produk tersebut.
Konsep affiliate ini bagi saya begitu SMART and low maintenance di mana saya tidak perlu bersusah payah melakukan promosi produk saya, jumpa prospek, keluar ayat manis dan sebagainya. Anda yang “kosong” mengenai MLM pun boleh melakukan konsep affiliate, tidak perlu mahir berkata-kata, hanya promosikan produk penjual di platform INTERNET, biarkan sahaja “sales letter” ataupun “laporan percuma” berkata-berkata kepada prospek anda tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan keringat, tenaga untuk menerangkan kepada pembeli tentang isi perut produk tersebut.
Dengan adanya affiliate anda hanya perlu peruntukan 2 hingga 3 jam sehari melakukan promosi, duduk di kerusi empuk anda di depan PC sambil menikmati minuman kegemaran anda. Anda tidak perlu bersusah payah berpanas, berhujan, keluar rumah mencari prospek dan sebagainya, biarkan INTERNET menjalankan tugasnya 24 jam sehari, 7 hari seminggu memasarkan produk anda. Anda hanya membuat semakan akaun bank anda, promosi dan jualan mencurah-curah!!
Secara kesimpulannya, saya anggap konsep affiliate adalah konsep yang amat tepat dan paling mudah sekali pada masa kini berbanding menggunakan konsep MLM seperti dahulu. Sebenarnya konsep affliate ini sudah lama di jalankan oleh syarikat-syarikat di luar negara seperti Commission Junction (Produk Fizikal), Pay per sign Up, Click Bank (Produk Digital), Amazon dan sebagainya. Mereka dengan mudah sekali meraih pendapatan kerana terdapat beribu-ribu affiliator yang memasarkan produk syarikat menggunakan konsep affiliate. Semakin ramai yang mendapat status jutawan dengan adanya sistem affiliate ini.
D’Carbo2, Revolusi Penjagaan Kereta!
January 21, 2011 by zACk
Filed under Info Produk, Phero-X, D'Carbo Dan Syarikat
Pernahkah anda dengar tentang produk jenama D’Carbo atau sekarang dikenali dengan nama D’Carbo2? Banner produk ini terpampang indah di header sebelah kanan blog saya ni.
Baiklah, mungkin anda belum pernah dengar ataupun ketahui tentang produk ini. D’Carbo2 adalah merupakan produk yang sangat berkualiti dan berkuasa bagi enjin anda. Kini, produk D’Carbo2 semakin diterima bagi kebanyakan individu yang sangat sayangkan keretanya.
Bukan itu sahaja, kini D’Carbo2 telah tersedia dengan pelan pemasaran affiliate yang mampu memberi pulangan lumayan kepada para pengedarnya. Tapi, dalam post ni saya tak nak lah cerita panjang mengenai pelan pemasaran tersebut, saya hanya nak kongsikan mengenai produk ini.
Kurang pick-up kah kereta anda?
Kuat minyak kah kereta anda?
Susah nak dihidupkan di waktu pagi?
Kurang power?
Dan banyak lagi masalah melibatkan enjin.
Yang lagi teruk lagi, kereta tak boleh start sebabnya lubang valve tersumbat.
Kalau semua masalah ini terjadi kepada anda dan hantarkannya ke bengkel, tahu apa mekanik akan cakap?
You TOP OVERHAUL saja la~ Terus ok semua maaa~ Haiya, RM1000 saja~
Hehehehe… Tapi, cukup budget ke nak top overhaul tu? Lagi-lagi kereta anda kene park kat bengkel diorang 3-4 hari. Kalau lagi lama, susah anda nanti bila tiada kereta. Sebab itulah saya perkenalkan D’Carbo2 kerana dengan produk ini, anda tidak perlu lagi lakukan Top Overhaul dengan kos mahal tu.
D’Carbo2 mampu MEMBERSIHKAN ENJIN sama seperti anda lakukan top overhaul. Selepas penggunaan D’Carbo2, prestasi kenderaan anda akan terasa baru, 90% seperti keluar dari kilang. WOW! Menakjubkan!
Saya tidak cakap kosong ya! Saya sendiri merupakan seorang pengguna D’Carbo2 dan sudah rasakan kesannya.
Tahukah anda:
Setiap kali kereta anda dihidupkan dan bergerak, karbon akan terhasil dan melekat pada piston, valve dan juga pada dinding kebuk pembakaran enjin. Semakin jauh jarak perjalanan kereta atau APA SAHAJA KENDERAAN, kerak karbon yang terbentuk akan jadi semakin banyak dan menebal.
Disebabkan kehadiran karbon inilah yang menyebabkan prestasi kenderaan anda menurun. Jika kerak semakin tebal, dan anda tidak buangnya, itulah yang boleh menyebabkan kereta susah nak dihidupkan kerana valve telah tersumbat.
Fungsi sebenar D’Carbo2 adalah mengaktifkan semula karbon yang terbentuk ini dalam bentuk ASAP PUTIH (kenderaan petrol) untuk keluar melalui ekzos dan BUKAN bersifat menghakis karbon ini daripada enjin anda. Jadi penggunaan D’Carbo2 ini sama sekali TIDAK AKAN merosakkan apa-apa komponen dalam kereta anda.
Tahukah anda:
Proses TOP OVERHAUL sebenarnya mempunyai keburukan iaitu ia boleh merosakkan komponen enjin anda?
Mekanik akan menggunakan kertas pasir yang paling kasar untuk membuang kerak karbon yang terbentuk. Ia akan kikis karbon sehingga ia tertanggal daripada komponen enjin anda. Dengan penggunaan kertas pasir ini, sudah pasti sedikit sebanyak menghakis saiz sebenar komponen tersebut.
Itu belum campur lagi kesilapan atau kecuaian yang MUNGKIN dilakukan oleh mereka. Sebagai contoh, valve enjin anda terjatuh dari atas meja dan bengkok. Kemudian mereka akan hubungi anda untuk memberitahu bahawa ada valve yang bengkok dan mesti diganti. Lihat, kena keluar duit lagi~
Dengan penggunaan D’Carbo2, kesemua ini dapat dielakkan. Malah, anda boleh lakukan dengan tangan anda sendiri tanpa perlu bantuan dari sesiapa. Jika anda berminat dengan produk D’Carbo2 ini, boleh dapatkan maklumat lanjut dan teruskan untuk pembelian di laman web www.DCarbo4u.com.
Pentingnya To-Do-List Dalam Kehidupan
January 10, 2011 by zACk
Filed under Pembangunan Diri
Salam sejahtera pelawat setia Azrul.biz.
Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan satu artikel tentang perkara yang sentiasa dipandang enteng oleh kebanyakan individu. Ia adalah berkenaan dengan ungkapan “apa yang ingin kita lakukan selepas ini?”, ataupun “what’s next?”.
Kenapa saya katakan dipandang enteng? Sebabnya, adakah anda sentiasa mengambil berat tentang apa yang ingin anda lakukan pada masa akan datang? Adakah anda dapat lakukan kesemuanya tanpa terlupa satu pun perkara yang ingin dilakukan.
Kita sebagai manusia sama ada yang sudah bekerja mahupun yang masih belajar mempunyai banyak perkara yang ingin diurus dan ingin diselesaikan dalam kehidupan seharian. Tapi apa yang biasa kita lakukan, hanya fikirkan dalam otak sahaja. Betulkan?
Tapi dari pengalaman saya sendiri, apa yang kita ingin lakukan hanya difikir dan diingat dalam otak sahaja mampu menambah tekanan yang banyak kepada diri kita sendiri. Masakan tidak, banyak perkara yang ingin dilakukan, dan kita sumbatkan kesemua perkara tersebut dalam kepala.
Bila ada perkara yang terlepas pandang ataupun terlupa untuk dilakukan, barulah kita hendak menyesal dan marah-marah kerana terlupa. Kalau marah pada diri sendiri tak mengapalah. Ni tidak, sampai orang sekeliling pun kena tempiasnya.
Itulah yang berlaku pada saya. Saya masih lagi belajar, dan dalam masa yang sama saya menjalankan perniagaan dengan menjual lebih dari satu jenis produk. Dengan masalah perniagaan, tugasan, assignment, kuiz, dan peperiksaan banyak menghantui. Belum ditambah lagi dengan masalah keluarga.
Jadi kalau apa yang ingin anda lakukan disumbatkan juga ke dalam kepala anda, boleh rasa tak macam mana padat dan sendatnya otak anda tu? Jadi sebab itulah pentingnya To-Do-List ini. Saya bermula mengamalkan penggunaan To-Do-List pada awal tahun 2010 apabila saya perhatikan banyak perkara yang saya terlupa nak lakukan.
Jadi saya cuba untuk membuat To-Do-List yang mana saya tuliskan di dalam 1 buku perkara-perkara yang ingin saya lakukan. Seperti siapkan assignment, hantar barangan tempahan, beli barang, dan sebagainya. Kesemuanya saya muatkan dalam To-Do-List tersebut. Selepas setahun saya amalkan, saya nampak kesan penggunaannya.
Kini, saya tidak lagi rasakan tekanan seperti dulu, dan apa yang paling penting semua perkara yang saya ingin lakukan telah dapat diselesaikan satu persatu tanpa anda yang tertinggal. Dengan cara ini juga, saya dapat memanfaatkan masa 24 jam yang ada dalam 1 hari.
Baiklah, di sini saya kongsikan cara penggunaan To-Do-List saya kepada anda:
1. Sekiranya terlintas untuk melakukan sesuatu, SERTA MERTA tuliskan di dalam To-Do-List tanpa menangguh.
2. Jika perkara yang anda ingin selesaikan tersebut mempunyai banyak langkah, senaraikan setiap langkah tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh anda ingin siapkan assignment study. Tapi untuk menyiapkannya, anda perlukan data dari rakan anda. Jadi anda mungkin boleh lakukan seperti ini:
- Ambil data assignment dari Abu
- Siapkan pengiraan daripada data assignment
- Lengkapkan keseluruhan data yang lain
- Print Assignment
- Hantar Assignment
Dengan membuat penyenaraian seperti ini, anda sebenarnya telah mengurankan tekanan yang berada dalam fikiran anda.
3. Sebaik sahaja anda selesai lakukan perkara yang terdapat dalam To-Do-List tersebut, anda boleh gariskan potongkannya sebagai tanda ia telah selesai dilakukan. Sebagai contoh:
- Ambil data assignment dari Abu
- Siapkan pengiraan daripada data assignment
- Lengkapkan keseluruhan data yang lain
- Print Assignment
- Hantar Assignment
4. Perkara PALING PENTING ialah, tanamkan sifat untuk selesaikan kesemua perkara dalam To-Do-List anda TANPA bertangguh dan cuba untuk selesaikannya dengan kadar segera.
Empat langkah mudah yang saya pasti anda pun boleh lakukan. Insyaallah nanti saya akan kongsikan gambar To-Do-List saya kepada anda. Diharap selepas anda baca artikel ini dan masih belum mengamalkan penggunaan To-Do-List, anda buatlah ya. Insyaallah ia sangat membantu dalam kehidupan seharian.
Selamat Tahun Baru 2011
Salam sejahtera.
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada anda.
Apabila kita cerita mengenai TAHUN BARU, ia biasanya dikaitkan dengan azam. Jadi, apakah azam anda tahun baru ini dan adakah azam anda tahun lepas telah pun terlaksana? Sama ada sudah tercapai ataupun tidak, 2010 telah pun menjadi lipatan sejarah.
Sekarang kita buka lembaran baru dalam tahun 2011 bagi memperbaiki apa sahaja kekurangan yang berlaku dalam tahun 2010. Jangan pula apabila azam tahun 2010 tidak tercapai, kita terus melupakannya. Ia boleh dicapai dengan azam anda dalam tahun ini.
Secara jujurnya, azam saya tahun 2010 banyak yang belum dapat saya laksanakan. Banyak perkara masih lagi tertunggak dan tidak dilaksanakan dengan baik. Masa ini adalah masa yang tepat untuk kita menilai semula tentang punca atau penyebab azam kita tidak dapat dicapai. Dan baikinya dalam tahun 2011.
Dari pengalaman saya sendiri, banyak azam saya tidak terlaksa adalah disebabkan gara-gara malas dan juga pegangan prinsip yang tidak cukup kuat. Kalau nak bicara tentangnya banyak-banyak pun tak guna kan? Perkara dah lepas. Jadi marilah kita sama-sama perbaiki segala kekurangan dan jadikan hidup tahun 2011 ini sebagai tahun yang bermakna.
Lagi sekali saya ucapkan,
SELAMAT TAHUN BARU!








