Bayar Saman Anda Sekarang! Kenapa?
Wah! Sekarang ni ramai yang saya lihat berpusu-pusu ke kaunter pembayaran saman untuk melunaskan saman yang tertunggak. Ini disebabkan gara-gara berita yang telah diumumkan oleh kerajaan. Antara isi pengumuman tersebut adalah:
1. Diskaun sehingga 50%
2. Disenaraihitamkan
3. Dihadapkan ke mahkamah
4. Kompaun saman akan dinaikkan
Di sini saya kongsikan berita tersebut yang saya perolehi dari laman web online BERNAMA.
PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama) — Rakyat Malaysia mempunyai sebelas hari lagi untuk membayar saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan berhubung kesalahan lalu lintas kerana tempoh itu tidak akan disambung, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang masih memiliki saman tertunggak untuk membuat bayaran di pejabat pos atau secara online melalui Portal MyEG.
“Tempoh dah nak habis. Tempoh ini tidak akan disambung. Sekarang ada 11 hari lagi. Jangan bayar pada saat-saat akhir,” katanya kepada media selepas memberi penjelasan lanjut berhubung kadar baru kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang akan berkuat kuasa 1 Mac ini.
Sebelum ini, kerajaan pada Ogos tahun lepas mengambil keputusan bagi menangguhkan sementara sekatan urusniaga (senarai hitam) bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu sehingga 28 Februari ini.
Solah berkata kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah ditangguhkan.
Selain itu, pesalah trafik juga tidak dikenakan mata demerit bagi saman yang diselesaikan dalam tempoh tersebut dan orang ramai diberi pilihan untuk melangsaikannya secara ansuran atau sekaligus.
Solah juga berkata sekiranya terdapat sebarang pertikaian, orang ramai boleh menghubungi agensi penguat kuasa yang mengeluarkan saman.
Data yang dikeluarkan Pemandu sehingga 3 Feb lepas menunjukkan hanya 13.43 peratus saman pada tahun 2000 hingga 2009 dilangsaikan daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM3.533 bilion.
Kutipan mulai Mei 2010 itu membabitkan tiga agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pembayaran saman tertinggi atau 14.61 peratus, dilangsaikan kepada PDRM diikuti JPJ sebanyak 11.78 peratus dan DBKL 3.19 peratus yang berjumlah RM371.481 juta.
Solah berkata saman yang dikeluarkan PDRM boleh dibayar di JPJ mulai 15 Mac ini, dan sebaliknya, sebulan selepas itu. Pada rabu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan kadar baru bagi empat kategori kesalahan berbanding tiga sebelum ini, dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300, mengikut jenis dan kelas kenderaan, tahap keseriusan serta jenis kesalahan.
Tempoh pembayaran pula dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.
Selepas hari ke-60, saman yang tidak dilangsaikan akan didaftar sebagai kes di mahkamah.
– BERNAMA
Jadi kesimpulannya, cepat2 la bayar saman ya! Saya pun baru nak pergi bayar ni. Yosh!
Pentingnya Unsur Positif Dalam Perniagaan
February 7, 2011 by zACk
Filed under Pembangunan Diri
Hari ini saya ingin kongsikan anda 1 artikel yang saya peroleh daripada salah satu post di dalam forum komuniti usahawan Malaysia iaitu forum wangcyber.
Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat mendidik dan menyedarkan kita tentang sifat positif yang sebenarnya. Semoga ia akan menjadi renungan kepada semua terutama mereka yang ingin bergelar usahawan yang berjaya.
Hari ini saya melawat sebuah Nurseri kelapa sawit.. Ia adalah satu lawatan Agronomi yang dilakukan secara routine. Yang menarik perhatian saya ialah tokeh nurseri itu sendiri.. Personaliti positifnya yang disemat diminda membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan cita-cita intrepreneur ku.. Tokeh nurseri itu juga adalah produk yang dihasilkan melalui skim intrepreneur..
Apa yang akan saya bincangkan bukanlah berkisarkan tentang lawatan yang dilakukan siang tadi, akan tetapi ia lebih kepada perbualan kami semasa menjamu selera diwarung Asam Pedas Madu Tiga di Kulai.
Walaupun perbualan kami lebih berunsur kepada Metafizik, akan tetapi bagi saya, ia ada asasnya. Kami bercerita tentang tenaga positif dan bersangka baik pada orang. Unsur positif yang kita tanam ini boleh mewujudkan ruang persekitaran yang harmoni dan secara tidak langsung menarik unsur positif daripada persekitaran yang lain untuk memasuki atmosfera ruang persekitaran kita.
Apabila kita terjemahkan unsur positif ini ke atmosfera perniagaan kita maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu ruang pasaran yang juga positif, dengan kata lain ruang pasaran atau pelanggan kita akan berkembang mengikut trend menaik, dan apabila ini terjadi sudah tentu ia akan memberi momentum positif yang berterusan terhadap perniagaan yang kita jalankan.
Unsur positif yang diberikan juga mestilah ikhlas dan terpimpin. Target atau cita-cita positif mestilah jelas tanpa sebarang kekaburan. Unsur negatif mestilah dijauhkan sama sekalai. Memang di akui, unsur negatif akan sentiasa bermain di minda kita.
Rugi, hilang pelanggan, bagi rasuah baru boleh dapat tender, kita kena menipu orang baru boleh berjaya.., cina bolehlah, sebab takde halal-haram, kita orang islam, tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini,.. kena jolok perempuan baru boleh dapat projek, kena ada pelincir, gagal dan bermacam-macam lagi. Ini adalah unsur negatif yang biasa diperkatakan oleh kebanyakkan usahawan (walaupun bukan semua)…
Saya setuju dengan tokeh nursery tu, memang kebanyakkan mereka suka membuat tanggapan negatif, terutama kepada pegawai kerajaan yang menjaga tender. Perlu diingat, tidak semua pegawai kerajaan suka makan suap. Cubalah sebelum pergi interview tender, fikir positif dulu, betulkan niat kita, ingat rezeki datang daripada Allah, bukannya dari pemberi tender. Niat kita pun mestilah bulat dan bertekad hanya kerana Allah. Ini tidak, sebelum pergi tender pun sudah allocate duit untuk bagi kononnya ‘komisyen’ kepada pemberi tender, jadi sudah tentulah kita akan di interview dengan orang yang suka makan suap. Tenaga negatif yang kita tanam diruang kita ini juga akan menarik tenaga negatif daripada ruang lain.
Sebenarnya, orang Islam boleh lebih Berjaya daripada orang bukan islam, bukan sahaja berfikiran positif malah sebagai muslimin kita ada senjata yang lebih mujarab daripada itu.. Kita ada sembahyang sunat Hajat untuk kita berdoa kepada tuhan secara khas untuk mencapai tujuan kita..Malah kita juga ada sembahyang sunat Istikharah yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita berada didalam kekeliruan dalam urusan perniagaan kita.
Yang pentingnya, kita jangan tinggalkan sembahyang walaupun satu waktu. Pasangkan niat 100% ikhlas kerana Allah. Sebenarnya, inilah yang paling susah sebab kita akan diuji dan bukan itu sahaja kita juga akan di hasut oleh syaitan yang akan sentiasa untuk cuba memesongkan kita. Dalam hal ni pun kita kena berfikiran positif, kita tidak perlu marah syaitan yang menggoda kita, biarkanlah dia buat kerja dia, janji kita berpegang kepada prinsip kita dan selalulah berdoa, InsyaAllah, kita akan Berjaya..
Ingatlah, sesungguhnya Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.. Robin Hood tetap salah kerana mencuri walaupun hasilnya diberikan kepada orang miskin..Tidak kira apa alasannya, salah tetap salah..
Sekian
Apakah Itu Ikhlas Yang Sebenarnya?
February 4, 2011 by zACk
Filed under Renungan Hari Jumaat
Artikel ini dipetik khas untuk renungan pada hari Jumaat. Peringatan untuk diri sendiri dan ingin dikongsi dengan pembaca setia blog AzrulDotBiz.
Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, secara automatik ikhlasnya akan terbatal.
Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata, ”Ambillah, saya ikhlas…”
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. “Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, “Yang ikhlas” @ “Yang Benar”
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, awal-awal lagi dah terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:
- kerana suruhanNya
- kerana keredhoaanNya
- kerana arahanNya
- kerana mentaatiNya
- kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.
Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah dan banyak lagi.
Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:
- awal
- pertengahan
- akhir
Kerosakan Awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata, “Inilah masanya nak jadi popular.” “Aku akan jadi terkenal…” “Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.” Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan Pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, “Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”
Kerosakan Akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, “Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.” Waktu itu maka datanglah rasa ujub (riak) hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.
“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.
Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalau pun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya.
Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah
Tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah.
p/s – Terima kasih kepada penulis artikel. Trackbacks Sent!
Senjata Penjualan Phero-X Kami – Flyers
Seperti yang telah saya ceritakan mengenai kehebatan flyers dalam pemasaran secara offline, saya telah gunakan teknik tersebut dalam memasarkan produk minyak wangi Phero-X. Alhamdulillah, penjualannya sangat memberansangkan dan apa yang lebih mengejutkan lagi, saya mengaplikasikan teknik ini bersungguh-sungguh dan mampu menjual lebih laju daripada pemasaran internet.
Jadi di sini saya ingin kongsikan flyers yang saya cipta dan telah membantu saya membuat jualan yang sangat memberansangkan. Ia nampak simple, tapi percayalah ia telah berikan saya jualan beratus-ratus botol kepada saya.
Teknik ini mungkin sesuai dengan produk Phero-X dan tidak kepada semua jenis produk. Apa yang penting adalah anda perlu lakukan try and error terlebih dahulu. Kini saya dalam proses try and error untuk menjual produk D’Carbo2 dengan menggunakan flyers.








