Google Adwords Sumber Pendapatan Google Inc
March 31, 2011 by zACk
Filed under Info Perniagaan

Google Inc merupakan satu syarikat search engine yang terbesar dalam dunia dan merupakan No.1 dalam internet (kategori enjin carian). Seperti yang kita tahu, mereka menawarkan perkhidmatan percuma jika kita menggunakan enjin carian mereka.
Jadi, di mana mereka menjana keuntungan? Dalam dunia ni, mana ada benda yang percuma, betul tak?
Mereka sebenarnya telah membuat duit dari servis enjin carian percuma tersebut. Caranya ialah menawarkan tawaran iklan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengiklan yang dipanggil Google Adwords. Ia merupakan salah satu dari berpuluh program PPC (pay per click) yang ada di internet
Pihak yang berminat mengiklan dengan Google, akan dipanggil Advertiser. Sebenarnya mereka inilah yang memberi keuntungan kepada Google. Mereka akan mengiklan dengan Google dan kemudian membida nilai keyword yang ingin digunakan. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Pengalaman Pertama Berceramah
Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah sesi ceramah pertama dalam hidup saya. Saya ada cerita mengenai jemputan ceramah tersebut di sini sebelum ini. Dalam artikel kali ini, saya hanya nak bercerita mengenai pengalaman pertama saya ini.
Pertamanya, terima kasih kepada Kelab Titian Asli UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) yang telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah ini.

Ceramah yang saya berikan ini adalah kepada golongan orang asli. Kawasannya agak jauh ke pedalaman sehingga saya perlukan masa 30 minit untuk sampai ke kampung tersebut dari pekannya. Walaupun guest saya bukanlah dari golongan professional atau bekerjaya, tapi ia merupakan permulaan yang baik untuk saya. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Zack Dijemput Beri Ceramah?
Saya merupakan salah seorang dari ahli Kelab PERMATA Selangor. Kelab ini merupakan 1 kelab yang ditubuhkan semata-mata bagi mendedahkan masyarakat terutama di kalangan pelajar tentang dunia perniagaan, mendidik sedikit sebanyak tentang dunia perniagaan, dan juga bertujuan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di kalangan usahawan.
Saya merupakan salah seorang ahli yang tidak akan terlepas menyertai apa sahaja program keusahawanan sekiranya dianjurkan oleh Kelab PERMATA ini.
Pada Isnin yang lepas (7 Mac 2011), saya telah dihubungi oleh salah seorang pelajar UIA yang juga merupakan ahli Kelab PERMATA ini. Saya dimaklumkan bahawa pelajar UIA akan menganjurkan 1 program usahawan di Kg Sg Gapoi, Bentong, Pahang hasil usahasama dengan pihak kelab PERMATA.

Apa yang buatkan saya lebih terkejut adalah saya dihubungi kerana diminta untuk memberikan ceramah semasa di sana nanti. Mungkin saya dipanggil kerana ada yang perasan saya suka bercakap dan berikan pendapat semasa aktiviti usahawan Kelab PERMATA sebelum ini (Ye kot~).
Dan 1 faktor lagi adalah kerana saya mengusahakan perniagaan menjual kerepek bersama keluarga saya. Pelajar2 UIA ini menganjurkan seminar usahawan yang difokuskan pada produk perusahaan kerepek. Jadi, nanti saya diminta untuk membebel pasal kerepek la nanti.
[Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Website AzrulDotBiz Down?
Terkejut bila beberapa hari yang lepas website saya tidak boleh diakses. Tu pun nasib baik saya perasan apabila ada seorang hamba Allah ni beritahu saya pasal website saya melalui SMS yang ia tidak boleh dibuka. Bukan 1, tapi kesemua website saya. Mak aih! Lari trafik saya yang sedia ada.
Bila saya buka dan semak, memang betul seperti apa yang orang tu cakap. Aduhai, saya dah tepuk dahi dah. Takkan masalah payment pulak kan?
Kesemua website dihost di bawah satu akaun hosting yang sama. Saya gunakan hosting yang disediakan oleh Hostgator disebabkan features nya yang sangat-sangat best. Lepas tu, saya check la dengan pihak Hostgator berkenaan akaun hosting saya.
Nak dipendekkan cerita, yang lagi terkejutnya bila dalam rekod mereka saya tak bayar perkhidmatan diorang dalam masa 6 bulan. Pelik kan? Padahal sebelum ni bila lewat bayar seminggu je, diorang dah block. Yang kes saya ni, sampai 6 bulan. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]







