Keselamatan Perbankan Internet
June 30, 2011 by zACk
Filed under Info Perbankan
SENTIASA BERWASPADA TERHADAP KESELAMATAN PERBANKAN INTERNET ANDA!
Pada 11 April 2011, media melaporkan berita tentang seorang pengguna yang terpedaya dengan email yang diterima, yang menyatakan bahawa akaun banknya telah dibekukan. Bagi membolehkan akaun tersebut diaktifkan semula, pengguna tersebut diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan di dalam laman web yang disertakan dalam pautannya (link) dalam email tersebut.
Laman web tersebut seakan-akan laman web bank pengguna tersebut. Selepas butiran peribadi tersebut dimasukkan, sebanyak RM5000 dalam akaun pengguna tersebut telah lesap.
Perkhidmatan perbankan internet telah bermula di Malaysia sejak tahun 2001. Menurut kajian oleh AC Nielsen, perbankan internet merupakan salah satu perkhidmatan yang popular digunakan oleh pengguna internet di Malaysia.
Kes penipuan email yang dikenali sebagai phishing ini bukanlah sesuatu yang baru. Bagi mereka yang mengetahui tentang kewujudannya, akan segera memadam email tersebut. Namun begitu, masih ada juga mangsa yang terjebak kerana email phishing yang meletakkan pautan ke laman web palsu yang seakan-akan seperti laman web yang sebenarnya.
Ini telah mengelirukan mangsa sehingga menyebabkan mereka memasukkan butir-butir peribadi mereka. Menurut satu kaji selidik, yang dijalankan oleh Universiti Havard pada tahun 2006, laman web phishing yang direka bentuk dengan baik dapat memperdaya 90% orang yang mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Wang hasil peluh mangsa dipancing oleh penipu dengan beberapa klik sahaja. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Keputusan Perlawanan Malaysia vs Lebanon
Pertemuan di antara pasukan bola sepak Malaysia dan Lebanon untuk kelayakan pusingan ke-2 Sukan Olimpik semalam memang terbukti sengit kerana masing-masing ingin mencipta kemenangan bagi layak ke pusingan seterusnya.

Masing-masing yang terikat dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan pertama 19 Jun 2011 tempoh hari, membuatkan kedua-dua pasukan bermain bermatian-matian bagi menempah tempat ke pusingan yang seterusnya semalam.
Syabas diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana mampu bertahan walaupun diasak bertubi-tubi oleh pasukan Lebanon pada pusingan separuh masa kedua akibat daripada Malaysia yang bermain hanya 10 orang.
Diharap pasukan olimpik Malaysia ini bakal menjulang kejayaan seterusnya dan memahatkan nama negara kembali dalam arena bola sepak. Go, Malaysian Tigers!
p/s – Seperti apa yang saya agak, Malaysia menang 2-1.
Perancangan Di Bulan Ramadhan
Hanya tinggal 39 hari sahaja lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Dan ini adalah saat-saat yang dinanti-nantikan untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga. Bukan itu saja, ia juga turut dinantikan bagi peniaga yang ingin menambah pendapatan.
Sekarang ini, saya pasti di kebanyakkan tempat sudah menutup penjualan tapak ramadhan. Seperti di Shah Alam sendiri, tarikh akhir untuk mendapatkan tapak di bazaar ramadhan adalah pada 17 Jun yang lalu. Dan syukur Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan 1 tapak untuk berniaga nanti.
Walaupun saya berniaga secara online, tapi rezeki di musim seperti ini tidak boleh dilepaskan. Kerana pada waktu inilah kuasa membeli kita meningkat walhal dah banyak kali diberitahu bahawa di bulah Ramadhan adalah bulan untuk berjimat.
Nak buat macam mana, pembeli yang nak makan macam-macam masa buka puasa, kita sebagai peniaga hanya menjual saja.
Jika anda merupakan salah seorang yang akan berniaga di bulan Ramadhan nanti, apakah jenis makanan yang akan anda jual? [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Portfolio (Static Website): streetsoccer.azrul.biz
June 19, 2011 by zACk
Filed under Static Website, Static Website
Laman web ini adalah merupakan satu halaman yang bertujuan bagi menyampaikan maklumat mengenai pertandingan Street Soccer 3v3 Terbuka Selangor. Halaman ini juga bertujuan bagi memudahkan peserta yang jauh dan berminat untuk sertai pertandingan ini boleh mendaftar secara online sahaja.
Pertandingan ini adalah merupakan projek yang dijalankan oleh syarikat rakan saya dan saya juga turut dijemput bagi menjalin usaha sama untuk menjayakannya.
Maaflah jika paparan di bawah sedikit blur. Sebab saya terpaksa kurangkan resolusinya agar gambar ni tidak terlalu besar. Harap anda bersabar jika paparan di bawah lambat loading ye. Ataupun [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Portfolio (Ministe WpBlog): AnakBijak.com
June 18, 2011 by zACk
Filed under Minisite WpBlog, Minisite WpBlog
Ministe WpBlog ini adalah halaman yang menceritakan mengenai produk Score-A. Minisite WpBlog ini dibangunkan sepenuhnya oleh saya termasuk design dan juga susunan isi kandungan dalam halaman tersebut.
Tempoh yang saya perlukan untuk menyiapkan Minisite WpBlog AnakBijak.com adalah selama seminggu. Syukur Alhamdulillah, pemilik halaman tersebut sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Maaflah jika paparan di bawah sedikit blur. Sebab saya terpaksa kurangkan resolusinya agar gambar ni tidak terlalu besar. Harap anda bersabar jika [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Portfolio Saya
June 13, 2011 by zACk
Filed under Pembangunan WeBlog
Salam sejahtera pelawat.
Tahukah anda bahawa cabang perniagaan saya bukanlah hanya semata-mata kepada produk fizikal dan kepada perniagaan secara konvesional sahaja? Seperti yang anda sedia maklum, produk yang saya pasarkan terdiri daripada produk fizikal sahaja dan saya turut pasarkannya di kedai.
Tetapi sebenarnya pembabitan saya dalam dunia perniagaan secara online bermula melalui produk maya iaitu ebook. Dengan ebook tersebut, saya berjaya membuat jualan melebihi 100 unit dalam 1 hari semasa hari pelancaran. Mungkin ia tidaklah begitu hebat jika dibandingkan dengan IM yang lain, tetapi ia adalah merupakan 1 permulaan yang baik.
Hari ini, saya tidak lagi menjual produk maya walaupun saya tahu ia mampu memberikan pulangan 100% tanpa sebarang modal ulangan. Walaupun begitu, saya tidak terus meninggalkan dunia maya begitu sahaja. Sebenarnya saya menambah cabang perniagaan baru iaitu saya fokus kepada penjualan produk fizikal dan juga PEMBINAAN LAMAN WEB dan juga design.
Sehi
ngga sekarang, saya telah membina banyak laman web, blog dan juga shopping cart kepada mereka yang ingin menggunakan servis saya. Setakat ini, syukur Alhamdulillah kesemua pelanggan yang membuat laman web mahupun blog dengan menggunakan servis dari saya amat berpuas hati dengan hasilnya.
Pada mulanya, saya membina website/blog dengan menggunakan orang ketiga untuk menghasilkan design. Kini saya juga telah menambah servis yang terbaru iaitu saya turut menawarkan servis design website/blog.
Jadi jika anda berminat, anda boleh mengupah saya:
1. Membina website/blog/shoping cart anda
2. Menghasilkan design untuk website/blog/shopping cart anda

Saya akan menambah servis saya dari masa ke semasa mengikut masa terluang saya dan kepakaran staf yang sedia ada. Untuk melihat dengan lebih terperinci mengenai servis yang saya tawarkan, sila layari halaman servis. Jika anda ingin melihat portfolio yang telah saya siapkan, anda boleh melihatnya di bawah kategori portfolio pada bahagian menu.
InsyaAllah saya akan berikan servis yang terbaik untuk anda.







