Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Berfikiran Positif Dalam Perniagaan

December 9, 2011 by  
Filed under Pembangunan Diri

Hari ini saya akan bercerita tentang tenaga positif dan bersangka baik pada orang. Unsur positif yang kita tanam ini boleh mewujudkan ruang persekitaran yang harmoni dan secara tidak langsung menarik unsur positif daripada persekitaran yang lain untuk memasuki atmosfera ruang persekitaran kita.

Apabila kita terjemahkan unsur positif ini ke atmosfera perniagaan kita maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu ruang pasaran yang juga positif. Dengan kata lain ruang pasaran atau pelanggan kita akan berkembang mengikut trend menaik, dan apabila ini terjadi sudah tentu ia akan memberi momentum positif yang berterusan terhadap perniagaan yang kita jalankan.

Unsur positif yang diberikan juga mestilah ikhlas dan terpimpin. Target atau cita-cita positif mestilah jelas tanpa sebarang kekaburan. Unsur negatif mestilah dijauhkan sama sekali. Memang diakui, unsur negatif akan sentiasa bermain di minda kita.

“Rugi, hilang pelanggan, bagi rasuah baru boleh dapat tender, kita kena menipu orang baru boleh berjaya, cina bolehlah, sebab takde halal-haram, kita orang islam, tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini, kena jolok perempuan baru boleh dapat projek, kena ada pelincir, gagal” dan bermacam-macam lagi. Ini adalah unsur negatif yang biasa diperkatakan oleh kebanyakkan usahawan (walaupun bukan semua).

Kebanyakkan mereka suka membuat tanggapan negatif, terutama kepada pegawai kerajaan yang menjaga tender. Perlu diingat, tidak semua pegawai kerajaan suka makan suap. Cubalah sebelum pergi interview tender, fikir positif dahulu, betulkan niat kita, ingat rezeki datang daripada Allah, bukannya dari pemberi tender. Niat kita pun mestilah bulat dan bertekad hanya kerana Allah. InsyaAllah, jalan mencari rezeki kita akan menjadi lebih mudah.  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]