Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Tekanan Bertimpa-Timpa, Apa Akan Anda Buat?

January 12, 2012 by  
Filed under Pembangunan Diri

Setiap orang tidak pernah terlepas daripada tekanan ataupun stress termasuk juga saya. Tekanan berpunca daripada persekitaran sekeliling, duit dan juga emosi.

Contoh-contoh punca tekanan seperti:

1. Hutang
2. Cara bekerja yang memenatkan
3. Perlukan duit di saat kecemasan
4. Percintaan
5. Pergaduhan

Tekanan yang paling teruk sekali apabila salah satu daripada punca tekanan ini bergabung dengan punca yang lain.

Sebagai contoh tekanan persekitaran dan juga duit membuatkan seseorang tu bertambah lagi tertekan. Tapi kalau ketiga-tiga element bergabung, kadang-kadang orang yang kuat pun boleh sampai nak bunuh diri.  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Tahun Baru, Apa Yang Nak Saya Lakukan?

January 11, 2012 by  
Filed under Peribadi

Salam sejahtera kepada pelawat.

Fuh, sudah lama sangat rasanya blog ini bersawang dan tidak dikemas kini dengan entri-entri yang terbaru. Saya yang terlalu sibuk, ataupun dah malas nak menulis? Ntah la… Susah nak cakap.

Tapi walau apa pun, sebenarnya saya mengharap sesuatu yang baru untuk tahun baru ni. Sudah pastilah azam yang baru. Tapi kalau azam baru, tapi tiada kesungguhan tiada, memang confirm azam tu takkan terlaksana langsung.

Jadi di tahun baru ni, saya berazam mahu lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh tanpa ada sifat menangguh.

Saya juga bercadang ingin melalukan rombakan besar pada blog saya. Dari segi theme, content dan banyak lagi. Ia akan mengambil masa yang agak panjang. InsyaAllah saya akan cuba siapkan perubahan itu dalam bulan Januari ini juga.

Tak lupa kepada pengunjung yang masih setia mengunjungi blog saya walaupun tidak terdapat entri baru. Terima kasih berbanyak saya ucapkan. Saya cuba untuk komited membangunkan blog ini ke tahap yang lebih tinggi lagi, InsyaAllah.

Akhir kata, semoga di tahun baru ni kita sama-sama akan melakukan sesuatu perkara yang ‘besar’ dan bersejarah dalam hidup masing-masing.

Amin~