Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Twitter Boleh Buat Duit?

January 5, 2010 by  
Filed under Twitter

twitter2Twitter merupakan perkhidmatan yang masih lagi baru dan muda. Tapi ia telah meletup dalam masa yang sangat-sangat singkat. Wow! Saya sendiri macam tak percaya yang twitter boleh merebak dengan sangat-sangat cepat. Apa-apapun, ia sebenarnya dipengaruhi oleh fungsinya yang simple iaitu dengan fungsi “follower”. Fungsi inilah yang membantu twitter berkembang dengan sangat cepat disamping promosi yang dilakukan oleh kebanyakan internet marketer di seluruh dunia.

Sesetengah orang masih lagi tertanya-tanya bagaimana caranya untuk buat duit dengan twitter. Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk buat duit dengan twitter ini asalkan anda kreatif untuk memanipulasi sistem yang ditawarkan oleh twitter. Cara yang paling mudah adalah dengan mengumpul follower seramai boleh untuk dijadikan sebagai ‘list’. Dengan senarai follower ini, ia sebenarnya membantu anda untuk membina kredebiliti dengan lebih mudah dan melakukan pelbagai promosi. 

Tapi, ada juga golongan yang pada saya menggunakan cara yang saya rasakan salah dan membuatkan orang menyampah untuk ‘follow’. Cara bagaimana yang mereka lakukan? Cuba lihat antara tweet mereka dari gambar rajah di bawah:

twitter1

Anda lihat, bukankah ia hanya penuh dengan tweet promosi sahaja. Jujur saya cakap, kalau macam ni saya pun malas nak follow. Kita nak follow orang lain sebab nak tahu mengenai perkembangan dirinya, bukan untuk dijadikan tempat promosi bermacam-macam produk. Ia boleh dilakukan, tapi memadailah.

Ianya sama seperti anda membina mailing list. Tidak guna kalau mailing list anda banyak tapi semuanya sampah tidak boleh mendatangkan hasil kerana mereka tidak suka anda yang hanya tawarkan bahan promosi sahaja.

Renungkanlah~ ;)

Related Posts with Thumbnails


Comments

Leave a Reply