Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Buat Duit Dengan Google Adsense

May 5, 2011 by  
Filed under Google Adsense

Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher (iaitu anda) untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang dibayar oleh pihak Google terhadap iklan Advertiser yang diklik oleh pengunjung di blog anda. Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, anda harus mengetahui bagaimana Google Inc menjana pendapatan berbillion US dollar setiap tahun.

Untuk memaksimakan keuntungan mereka, maka Google menyediakan program yang dipanggil sebagai Google Adsense Program iaitu mereka melakukan syndication terhadap iklan-iklan Advertisers ini ke laman-laman web atau blog publisher (anda) yang menyertai program Google Adsense.

Jadi, sekiranya pengunjung tidak melakukan klik di Google Adwords di bahagian sponsored pautan (sebelah kanan/atas laman web Google) tetapi melakukan klik di laman web atau blog mereka yang menyertai Google Adsense tersebut, Google masih lagi dapat menjana keuntungan. Dan yang lebih menarik lagi, [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Apa Itu Program Affiliate

August 9, 2010 by  
Filed under Program Affiliate

Salah satu cara yang mudah untuk menjana pendapatan di internet dan PERCUMA ialah menyertai program-program affiliate di internet.

Pada dasarnya, program affiliate ini sebagai satu bentuk program yang memberi peluang kepada anda sebagai pengguna internet untuk menjadi salah seorang wakil pemasaran program tersebut atau dikenali sebagai agen. Anda berusaha dan membantu pengusaha atau penganjur program ini memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dan hasil dari jualan tersebut anda akan diberi komisyen.

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Wakil Pemasaran (Affiliate Marketer)?

Di internet, banyak laman web atau penganjur program menawarkan peluang ini. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.

Program affiliate yang berbayar memerlukan anda membeli produk mereka terlebih dahulu, kemudian anda ditawarkan menjadi agen mereka. Program affiliate percuma pula, anda tidak perlu membeli produk atau perkhidmatan mereka dan anda dibenarkan menyertai program ini tanpa sebarang caj.

Ada juga sesetengah laman web menyediakan program affliate tertutup. Walaupun program ini disediakan secara percuma, hanya mereka yang dijemput sahaja dibenarkan untuk menyertai program ini. Sebagai contoh affliate dari jomseminar.com dan rahsiainternet.com.

Seperti yang dinyatakan mengenai program tertutup ini, pihak penganjur kebiasaannya akan memilih mereka yang memiliki jumlah prospek yang ramai. Contohnya, saya memiliki senarai prospek dari mailing list saya dan saya telah ditawarkan menyertai program affliate mereka. Dengan memiiliki prospek yang berpotensi untuk membeli produk, pihak penganjur tidak ragu-ragu menawarkan program ini kepada anda. Komisyen yang diberikan juga adalah tinggi.

Mengenai pendapatan yang diperolehi dari penyertaan program affliate, ianya bergantung kepada perjanjian perkongsian hasil keuntungan antara penganjur dan agen. Antara produk yang popular dan sering menawarkan komisyen yang tinggi ialah produk digital. Purata jumlah peratus pembahagian keuntungan ialah antara 30% hingga 70%.

Berbeza pula jika anda menyertai program affliate untuk produk-produk fizikal. Komisyen yang ditawarkan adalah antara 5% hingga 15% sahaja. Faktor utama kenapa produk fizikal ini tidak menawarkan komisyen yang tinggi adalah kerana kos-kos produk ini adalah lebih banyak berbanding produk digital.

Anda perlu bijak memilih program-program affliate di internet dan jangan mudah terpedaya, jika anda ditawarkan menjadi jutawan atau orang kaya baru hanya menyertai program affliate! Dapatkan panduan yang betul dan minta pandangan dengan mereka yang lebih berpengalaman sebelum anda terjebak dengan aktiviti spam, scam atau skim cepat kaya!

Selamat Ber’Affiliate’.

Twitter Boleh Buat Duit?

January 5, 2010 by  
Filed under Twitter

twitter2Twitter merupakan perkhidmatan yang masih lagi baru dan muda. Tapi ia telah meletup dalam masa yang sangat-sangat singkat. Wow! Saya sendiri macam tak percaya yang twitter boleh merebak dengan sangat-sangat cepat. Apa-apapun, ia sebenarnya dipengaruhi oleh fungsinya yang simple iaitu dengan fungsi “follower”. Fungsi inilah yang membantu twitter berkembang dengan sangat cepat disamping promosi yang dilakukan oleh kebanyakan internet marketer di seluruh dunia.

Sesetengah orang masih lagi tertanya-tanya bagaimana caranya untuk buat duit dengan twitter. Sebenarnya terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan untuk buat duit dengan twitter ini asalkan anda kreatif untuk memanipulasi sistem yang ditawarkan oleh twitter. Cara yang paling mudah adalah dengan mengumpul follower seramai boleh untuk dijadikan sebagai ‘list’. Dengan senarai follower ini, ia sebenarnya membantu anda untuk membina kredebiliti dengan lebih mudah dan melakukan pelbagai promosi.  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]