Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Tekanan Bertimpa-Timpa, Apa Akan Anda Buat?

January 12, 2012 by  
Filed under Pembangunan Diri

Setiap orang tidak pernah terlepas daripada tekanan ataupun stress termasuk juga saya. Tekanan berpunca daripada persekitaran sekeliling, duit dan juga emosi.

Contoh-contoh punca tekanan seperti:

1. Hutang
2. Cara bekerja yang memenatkan
3. Perlukan duit di saat kecemasan
4. Percintaan
5. Pergaduhan

Tekanan yang paling teruk sekali apabila salah satu daripada punca tekanan ini bergabung dengan punca yang lain.

Sebagai contoh tekanan persekitaran dan juga duit membuatkan seseorang tu bertambah lagi tertekan. Tapi kalau ketiga-tiga element bergabung, kadang-kadang orang yang kuat pun boleh sampai nak bunuh diri.  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Berfikiran Positif Dalam Perniagaan

December 9, 2011 by  
Filed under Pembangunan Diri

Hari ini saya akan bercerita tentang tenaga positif dan bersangka baik pada orang. Unsur positif yang kita tanam ini boleh mewujudkan ruang persekitaran yang harmoni dan secara tidak langsung menarik unsur positif daripada persekitaran yang lain untuk memasuki atmosfera ruang persekitaran kita.

Apabila kita terjemahkan unsur positif ini ke atmosfera perniagaan kita maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu ruang pasaran yang juga positif. Dengan kata lain ruang pasaran atau pelanggan kita akan berkembang mengikut trend menaik, dan apabila ini terjadi sudah tentu ia akan memberi momentum positif yang berterusan terhadap perniagaan yang kita jalankan.

Unsur positif yang diberikan juga mestilah ikhlas dan terpimpin. Target atau cita-cita positif mestilah jelas tanpa sebarang kekaburan. Unsur negatif mestilah dijauhkan sama sekali. Memang diakui, unsur negatif akan sentiasa bermain di minda kita.

“Rugi, hilang pelanggan, bagi rasuah baru boleh dapat tender, kita kena menipu orang baru boleh berjaya, cina bolehlah, sebab takde halal-haram, kita orang islam, tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini, kena jolok perempuan baru boleh dapat projek, kena ada pelincir, gagal” dan bermacam-macam lagi. Ini adalah unsur negatif yang biasa diperkatakan oleh kebanyakkan usahawan (walaupun bukan semua).

Kebanyakkan mereka suka membuat tanggapan negatif, terutama kepada pegawai kerajaan yang menjaga tender. Perlu diingat, tidak semua pegawai kerajaan suka makan suap. Cubalah sebelum pergi interview tender, fikir positif dahulu, betulkan niat kita, ingat rezeki datang daripada Allah, bukannya dari pemberi tender. Niat kita pun mestilah bulat dan bertekad hanya kerana Allah. InsyaAllah, jalan mencari rezeki kita akan menjadi lebih mudah.  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Pentingnya Unsur Positif Dalam Perniagaan

February 7, 2011 by  
Filed under Pembangunan Diri

Hari ini saya ingin kongsikan anda 1 artikel yang saya peroleh daripada salah satu post di dalam forum komuniti usahawan Malaysia iaitu forum wangcyber.

Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat mendidik dan menyedarkan kita tentang sifat positif yang sebenarnya. Semoga ia akan menjadi renungan kepada semua terutama mereka yang ingin bergelar usahawan yang berjaya.

Hari ini saya melawat sebuah Nurseri kelapa sawit.. Ia adalah satu lawatan Agronomi yang dilakukan secara routine. Yang menarik perhatian saya ialah tokeh nurseri itu sendiri.. Personaliti positifnya yang disemat diminda membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan cita-cita intrepreneur ku.. Tokeh nurseri itu juga adalah produk yang dihasilkan melalui skim intrepreneur..

Apa yang akan saya bincangkan bukanlah berkisarkan tentang lawatan yang dilakukan siang tadi, akan tetapi ia lebih kepada perbualan kami semasa menjamu selera diwarung Asam Pedas Madu Tiga di Kulai.

Walaupun perbualan kami lebih berunsur kepada Metafizik, akan tetapi bagi saya, ia ada asasnya. Kami bercerita tentang tenaga positif dan bersangka baik pada orang. Unsur positif yang kita tanam ini boleh mewujudkan ruang persekitaran yang harmoni dan secara tidak langsung menarik unsur positif daripada persekitaran yang lain untuk memasuki atmosfera ruang persekitaran kita.

Apabila kita terjemahkan unsur positif ini ke atmosfera perniagaan kita maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu ruang pasaran yang juga positif, dengan kata lain ruang pasaran atau pelanggan kita akan berkembang mengikut trend menaik, dan apabila ini terjadi sudah tentu ia akan memberi momentum positif yang berterusan terhadap perniagaan yang kita jalankan.

Unsur positif yang diberikan juga mestilah ikhlas dan terpimpin. Target atau cita-cita positif mestilah jelas tanpa sebarang kekaburan. Unsur negatif mestilah dijauhkan sama sekalai. Memang di akui, unsur negatif akan sentiasa bermain di minda kita.

Rugi, hilang pelanggan, bagi rasuah baru boleh dapat tender, kita kena menipu orang baru boleh berjaya.., cina bolehlah, sebab takde halal-haram, kita orang islam, tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini,.. kena jolok perempuan baru boleh dapat projek, kena ada pelincir, gagal dan bermacam-macam lagi. Ini adalah unsur negatif yang biasa diperkatakan oleh kebanyakkan usahawan (walaupun bukan semua)…

Saya setuju dengan tokeh nursery tu, memang kebanyakkan mereka suka membuat tanggapan negatif, terutama kepada pegawai kerajaan yang menjaga tender. Perlu diingat, tidak semua pegawai kerajaan suka makan suap. Cubalah sebelum pergi interview tender, fikir positif dulu, betulkan niat kita, ingat rezeki datang daripada Allah, bukannya dari pemberi tender. Niat kita pun mestilah bulat dan bertekad hanya kerana Allah. Ini tidak, sebelum pergi tender pun sudah allocate duit untuk bagi kononnya ‘komisyen’ kepada pemberi tender, jadi sudah tentulah kita akan di interview dengan orang yang suka makan suap. Tenaga negatif yang kita tanam diruang kita ini juga akan menarik tenaga negatif daripada ruang lain.

Sebenarnya, orang Islam boleh lebih Berjaya daripada orang bukan islam, bukan sahaja berfikiran positif malah sebagai muslimin kita ada senjata yang lebih mujarab daripada itu.. Kita ada sembahyang sunat Hajat untuk kita berdoa kepada tuhan secara khas untuk mencapai tujuan kita..Malah kita juga ada sembahyang sunat Istikharah yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita berada didalam kekeliruan dalam urusan perniagaan kita.

Yang pentingnya, kita jangan tinggalkan sembahyang walaupun satu waktu. Pasangkan niat 100% ikhlas kerana Allah. Sebenarnya, inilah yang paling susah sebab kita akan diuji dan bukan itu sahaja kita juga akan di hasut oleh syaitan yang akan sentiasa untuk cuba memesongkan kita. Dalam hal ni pun kita kena berfikiran positif, kita tidak perlu marah syaitan yang menggoda kita, biarkanlah dia buat kerja dia, janji kita berpegang kepada prinsip kita dan selalulah berdoa, InsyaAllah, kita akan Berjaya..

Ingatlah, sesungguhnya Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.. Robin Hood tetap salah kerana mencuri walaupun hasilnya diberikan kepada orang miskin..Tidak kira apa alasannya, salah tetap salah..

Sekian

Apakah Itu Ikhlas Yang Sebenarnya?

February 4, 2011 by  
Filed under Renungan Hari Jumaat

Artikel ini dipetik khas untuk renungan pada hari Jumaat. Peringatan untuk diri sendiri dan ingin dikongsi dengan pembaca setia blog AzrulDotBiz.

Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya. Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.

Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.

Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas walaupun sebelum ini ikhlas, secara automatik ikhlasnya akan terbatal.

Contoh-contoh bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:

Membantu seseorang sambil berkata, ”Ambillah, saya ikhlas…”

Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. “Saya tolong awak ini ikhlas, tapi sedih, awak menolak..”

Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, “Yang ikhlas” @ “Yang Benar”

Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, awal-awal lagi dah terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, cuma berusaha moga-moga jadi ikhlas dan moga-moga diterima Allah.

ERTI IKHLAS

Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis-jenis yang lain. Tidak dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).

Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran, mengajar, berdakwah, menolong, motivasi, forum, ceramah, belajar, semata-mata kerana Allah:

  1. kerana suruhanNya
  2. kerana keredhoaanNya
  3. kerana arahanNya
  4. kerana mentaatiNya
  5. kerana patuh padaNya

Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu, dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak dicampur atau bercampur selain Allah – itulah ikhlas – dorongannya satu. Apa yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab niat semata-mata kerana Allah.

Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat-niat yang lain dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan, hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan – maka ia tidak khalis atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi.

Di akhirat nanti Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana-kerana” yang selain dari “kerana Allah”.

Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti berdakwah, mengajar, gotong-royong, baca Al-Quran di depan orang, forum, upacara memberi hadiah dan banyak lagi.

Khususul Nafs – kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak kerana kurang menyuluh hati. Awal-awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti membuat rumah di atas lumpur.

Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:

  1. awal
  2. pertengahan
  3. akhir

Kerosakan Awal
Contohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati kecilnya berkata, “Inilah masanya nak jadi popular.” “Aku akan jadi terkenal…” “Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.” Ada juga yang berniat untuk menghentam seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.

Kerosakan Pertengahan
Niat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah, ada pendengar yang angguk-angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata, “Hebat juga aku hingga ada orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”

Kerosakan Akhir
Niat dan sewaktu berceramah tidak ada apa-apa yang rosak, berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang bersama di dalam kereta berkata, “Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang menangis.” Waktu itu maka datanglah rasa ujub (riak) hingga lupa ia semua itu datang dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba-tiba siap sahaja rumah itu terus runtuh.

Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita, tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh itu buatlah kerja-kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima amalan kita atau ditolak.

“Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu, tapi amalan hati kamu.”

Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata-mata, tetapi ada orang mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.

Dalam menghadapi keadaan dimana susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang berikut:

Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa-apa sebelum ini. Kalau pun ada berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya.
Berilah selalu hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan Mu, ya Allah

Tiada siapa pun yang tahu tentang ikhlas kecuali Allah. Ikhlas ni adalah rahsia di dalam rahsia Allah.

p/s – Terima kasih kepada penulis artikel. Trackbacks Sent!

Pentingnya To-Do-List Dalam Kehidupan

January 10, 2011 by  
Filed under Pembangunan Diri

Salam sejahtera pelawat setia Azrul.biz.

Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan satu artikel tentang perkara yang sentiasa dipandang enteng oleh kebanyakan individu. Ia adalah berkenaan dengan ungkapan “apa yang ingin kita lakukan selepas ini?”, ataupun “what’s next?”.

Kenapa saya katakan dipandang enteng? Sebabnya, adakah anda sentiasa mengambil berat tentang apa yang ingin anda lakukan pada masa akan datang? Adakah anda dapat lakukan kesemuanya tanpa terlupa satu pun perkara yang ingin dilakukan.

Kita sebagai manusia sama ada yang sudah bekerja mahupun yang masih belajar mempunyai banyak perkara yang ingin diurus dan ingin diselesaikan dalam kehidupan seharian. Tapi apa yang biasa kita lakukan, hanya fikirkan dalam otak sahaja. Betulkan?

Tapi dari pengalaman saya sendiri, apa yang kita ingin lakukan hanya difikir dan diingat dalam otak sahaja mampu menambah tekanan yang banyak kepada diri kita sendiri. Masakan tidak, banyak perkara yang ingin dilakukan, dan kita sumbatkan kesemua perkara tersebut dalam kepala.

Bila ada perkara yang terlepas pandang ataupun terlupa untuk dilakukan, barulah kita hendak menyesal dan marah-marah kerana terlupa. Kalau marah pada diri sendiri tak mengapalah. Ni tidak, sampai orang sekeliling pun kena tempiasnya.

Itulah yang berlaku pada saya. Saya masih lagi belajar, dan dalam masa yang sama saya menjalankan perniagaan dengan menjual lebih dari satu jenis produk. Dengan masalah perniagaan, tugasan, assignment, kuiz, dan peperiksaan banyak menghantui. Belum ditambah lagi dengan masalah keluarga.

Jadi kalau apa yang ingin anda lakukan disumbatkan juga ke dalam kepala anda, boleh rasa tak macam mana padat dan sendatnya otak anda tu? Jadi sebab itulah pentingnya To-Do-List ini. Saya bermula mengamalkan penggunaan To-Do-List pada awal tahun 2010 apabila saya perhatikan banyak perkara yang saya terlupa nak lakukan.

Jadi saya cuba untuk membuat To-Do-List yang mana saya tuliskan di dalam 1 buku perkara-perkara yang ingin saya lakukan. Seperti siapkan assignment, hantar barangan tempahan, beli barang, dan sebagainya. Kesemuanya saya muatkan dalam To-Do-List tersebut. Selepas setahun saya amalkan, saya nampak kesan penggunaannya.

Kini, saya tidak lagi rasakan tekanan seperti dulu, dan apa yang paling penting semua perkara yang saya ingin lakukan telah dapat diselesaikan satu persatu tanpa anda yang tertinggal. Dengan cara ini juga, saya dapat memanfaatkan masa 24 jam yang ada dalam 1 hari.

Baiklah, di sini saya kongsikan cara penggunaan To-Do-List saya kepada anda:

1. Sekiranya terlintas untuk melakukan sesuatu, SERTA MERTA tuliskan di dalam To-Do-List tanpa menangguh.

2. Jika perkara yang anda ingin selesaikan tersebut mempunyai banyak langkah, senaraikan setiap langkah tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh anda ingin siapkan assignment study. Tapi untuk menyiapkannya, anda perlukan data dari rakan anda. Jadi anda mungkin boleh lakukan seperti ini:

  • Ambil data assignment dari Abu
  • Siapkan pengiraan daripada data assignment
  • Lengkapkan keseluruhan data yang lain
  • Print Assignment
  • Hantar Assignment

Dengan membuat penyenaraian seperti ini, anda sebenarnya telah mengurankan tekanan yang berada dalam fikiran anda.

3. Sebaik sahaja anda selesai lakukan perkara yang terdapat dalam To-Do-List tersebut, anda boleh gariskan potongkannya sebagai tanda ia telah selesai dilakukan. Sebagai contoh:

  • Ambil data assignment dari Abu
  • Siapkan pengiraan daripada data assignment
  • Lengkapkan keseluruhan data yang lain
  • Print Assignment
  • Hantar Assignment

4. Perkara PALING PENTING ialah, tanamkan sifat untuk selesaikan kesemua perkara dalam To-Do-List anda TANPA bertangguh dan cuba untuk selesaikannya dengan kadar segera.

Empat langkah mudah yang saya pasti anda pun boleh lakukan. Insyaallah nanti saya akan kongsikan gambar To-Do-List saya kepada anda. Diharap selepas anda baca artikel ini dan masih belum mengamalkan penggunaan To-Do-List, anda buatlah ya. Insyaallah ia sangat membantu dalam kehidupan seharian.

12 Kata-kata Motivasi Untuk Anda

September 29, 2010 by  
Filed under Motivasi

Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah?

Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi perasan negatif tersebut?

Di sini saya berikan 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri.

Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda.

Cuba hayati maknanya:

  1. Esok jadi tahun

  2. Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan BUAT!

  3. Apa yang anda hendak takutkan?

  4. “Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak”

    Mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda TIDAK BOLEH, itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, LAKUKANNYA!!

  5. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan ‘hutan’? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?

  6. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – DI MANA KAMU BERAKHIR?

  7. Biar diri kamu yang sebenar menyinar

  8. “Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan. Dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu. Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu?

    Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kam. Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu. selalu.”

  9. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain. Dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, CANTIK SEBENARNYA DATANG DARI JIWA.

  10. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.

  11. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus ‘mahu’ dan terus berjuang!

  12. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!

  13. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!

  14. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?

  15. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan ‘mustahil’, kamu tentu sudah ‘putus asa’ sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah. Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

Fikir-fikirkan, dan jangan sekadar membaca. PRAKTIKKAN!!

Kegagalan Bukan Penghalang Kejayaan

August 5, 2010 by  
Filed under Motivasi

Kegagalan memang tidak dapat dielakkan kerana ia adalah seperti satu kitaran kehidupan. Ada kalanya kita berada di puncak, dan ada kalanya kita berada di bawah. Tanpa kegagalan manusia tidak akan dapat mempelajari dan menghargai kehidupan mereka. Namun begitu, kegagalan bukanlah satu halangan kepada kejayaan tetapi kegagalan ialah satu batu loncatan untuk anda mengecapi kejayaan.

Tahukah anda ramai pemain bola sepak terkemuka seperti Robinho dan Ronaldinho berasal dari keluarga yang miskin? Mereka tidak memiliki apa-apa kekayaan pada usia kanak-kanak mereka. Mereka hanyalah seperti remaja lain yang bermain bola di kaki lima dan gelanggang futsal sehinggalah usaha gigih telah membawa kejayaan kepada mereka menjadi pemain bola sepak profesional untuk mewakili negara Brazil.

Mengapa perlu bersedih dengan kegagalan? Ada sesetengah jenis orang yang tidak tahan dengan kegagalan sehingga mencabut nyawa sendiri sebagai jalan penyelesaian. Padahal itu bukanlah jalan penyelesaian sebenar yang dicari-cari malah akibat daripada tindakan ini keluarga si mati pula yang menghadapi masalah.

Saya terkejut dengan kejadian bunuh diri pelakon popular siri drama Winter Sonata dari Korea, Park Yong-Ha. Perlukah bunuh diri disebabkan kegagalan? Saya tertarik dengan kata-kata penulis buku Berani Gagal, Bili Lim iaitu “Muflis Lebih Baik Daripada Mati”. Sekurang-kurangnya orang yang muflis masih lagi boleh mulakan hidup baru dengan lebih yakin dan kesilapan lalu menjadi pengajaran untuk berjaya.

Jika anda menghadapi kegagalan jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan ulangi kesilapan yang sama. Satu kejayaan besar adalah disebabkan oleh banyak kegagalan kecil dan juga mungkin kegagalan besar yang dilalui sepanjang perjalanan mengecapi kejayaan tersebut.

Setiap kegagalan membawa pengajaran dan meningkatkan kualiti pemikiran anda di dalam membuat keputusan. Jadi fikir-fikirkanlah mengapa anda gagal. Anda ingin mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet? Bersedialah menghadapi banyak kegagalan kerana itu adalah perjalanan yang anda perlu harungi untuk mengecapi kejayaan dalam apa bidang sekalipun.

3 Tips Sebelum Tetapkan Matlamat Anda

May 7, 2010 by  
Filed under Motivasi

key_successDalam menjalankan perniagaan mahupun bekerja makan gaji, penetapan matlamat adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Cuba bayangkan sekiranya seseorang tukang rumah membina rumah tanpa pelan atau tanpa mempunyai gambaran lakaran rumah? Saya yakin sudah tentu rumah akan dibina dengan tidak sempurna.

Sepertimana juga dalam perniagaan internet, jika tiada penetapan matlamat dalam perancangan perniagaan, sudah tentu kita mungkin banyak menghadapi masalah ketika menjalankan perniagaan tersebut. Namun dalam penetapan matlamat, kita tidak hanya menulis matlamat di atas sekeping nota kertas sahaja dan mengharapkan ia menjadi kenyataan secara tiba- tiba.

Jadi matlamat sebenarnya harus dirancang dengan teliti dan perlu mengambil kira banyak faktor. Tidak kira apa sahaja faktor yang akan menetapkan matlamat anda, yang paling penting sebenarnya adalah minat anda yang sangat mendalam terhadap matlamat tersebut. Baiklah, apakah 3 tips sebelum anda tetapkan matlamat anda? [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

2009 Akan Berakhir

December 29, 2009 by  
Filed under Motivasi

Tinggal 2 hari saja lagi sebelum lembaran baru bagi tahun yang baru akan dibuka. Di penghujung tahun ini, cuba kita muhasabah diri kita apakah perkara membanggakan yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Adakah segala matlamat dan azam yang kita telah sematkan pada awal tahun dahulu telah berjaya kita kecapi? Adakah perkara yang kita lakukan sepanjang tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya?

Diri anda, anda sahaja yang tahu. Bagi saya pula, terlalu banyak perubahan yang telah saya lalui dan saya lakukan. Terlalu banyak onak dan duri yang telah saya lalui. Mari saya ceritakan sedikit pengalaman yang terjadi dalam kehidupan saya di tahun 2009 yang tidak akan saya lupakan.

lampe(perkara yang berlaku mengikut kronologi)

1. Saya berhenti menjalankan bisnes “Lampe Berger”

2. Saya join bisnes ceramic (Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd)

3. Saya berhenti buat kerana syarikat ditahan oleh BNM. Syarikat masih beroperasi tapi mempunyai masalah dengan pengaliran wang tunai. Jadi saya berhenti sehingga keadaan syarikat stabil semula.

4. Saya buat forex. Untung banyak dan akhirnya satu hari saya rugi besar akibat tindakan b***h rakan rumah saya.

5. Akibat kerugian, saya lost everything. Dan saya terpaksa bermula semula. Saya mencari satu produk berkualiti untuk diniagakan dan akhirnya saya memilih produk Phero-X.

6. Cuba untuk menjual handphone. Tapi atas kesilapan tidak selidik mengenai handphone terlebih dahulu, ia menjadi beban baru kepada saya dan partner. Dan sekarang terpaksa membayar refund kepada mereka sedangkan handphone tersebut berlambak dalam tangan untuk saya jual terlebih dahulu.

7. Jualan Phero-X memberansangkan dan saya harap momentum kami akan berterusan agar semua masalah yang ada dapat kami selesaikan segera.

Walaupun banyak perkara yang berlaku, saya tidak pernah berputus asa. Saya jadikan ini sebagai pengajaran yang sangat bermakna dalam proses untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Ingatlah, “GURU YANG PALING HEBAT ADALAH PENGAJARAN