Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Tahun Baru, Apa Yang Nak Saya Lakukan?

January 11, 2012 by  
Filed under Peribadi

Salam sejahtera kepada pelawat.

Fuh, sudah lama sangat rasanya blog ini bersawang dan tidak dikemas kini dengan entri-entri yang terbaru. Saya yang terlalu sibuk, ataupun dah malas nak menulis? Ntah la… Susah nak cakap.

Tapi walau apa pun, sebenarnya saya mengharap sesuatu yang baru untuk tahun baru ni. Sudah pastilah azam yang baru. Tapi kalau azam baru, tapi tiada kesungguhan tiada, memang confirm azam tu takkan terlaksana langsung.

Jadi di tahun baru ni, saya berazam mahu lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh tanpa ada sifat menangguh.

Saya juga bercadang ingin melalukan rombakan besar pada blog saya. Dari segi theme, content dan banyak lagi. Ia akan mengambil masa yang agak panjang. InsyaAllah saya akan cuba siapkan perubahan itu dalam bulan Januari ini juga.

Tak lupa kepada pengunjung yang masih setia mengunjungi blog saya walaupun tidak terdapat entri baru. Terima kasih berbanyak saya ucapkan. Saya cuba untuk komited membangunkan blog ini ke tahap yang lebih tinggi lagi, InsyaAllah.

Akhir kata, semoga di tahun baru ni kita sama-sama akan melakukan sesuatu perkara yang ‘besar’ dan bersejarah dalam hidup masing-masing.

Amin~

Perancangan Di Bulan Ramadhan

June 22, 2011 by  
Filed under Peribadi

Hanya tinggal 39 hari sahaja lagi untuk kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Dan ini adalah saat-saat yang dinanti-nantikan untuk menunaikan Rukun Islam yang ketiga. Bukan itu saja, ia juga turut dinantikan bagi peniaga yang ingin menambah pendapatan.

Sekarang ini, saya pasti di kebanyakkan tempat sudah menutup penjualan tapak ramadhan. Seperti di Shah Alam sendiri, tarikh akhir untuk mendapatkan tapak di bazaar ramadhan adalah pada 17 Jun yang lalu. Dan syukur Alhamdulillah, saya berjaya dapatkan 1 tapak untuk berniaga nanti.

Walaupun saya berniaga secara online, tapi rezeki di musim seperti ini tidak boleh dilepaskan. Kerana pada waktu inilah kuasa membeli kita meningkat walhal dah banyak kali diberitahu bahawa di bulah Ramadhan adalah bulan untuk berjimat.

Nak buat macam mana, pembeli yang nak makan macam-macam masa buka puasa, kita sebagai peniaga hanya menjual saja. ;) Jika anda merupakan salah seorang yang akan berniaga di bulan Ramadhan nanti, apakah jenis makanan yang akan anda jual? [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Pengalaman Pertama Berceramah

March 29, 2011 by  
Filed under Peribadi

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah sesi ceramah pertama dalam hidup saya. Saya ada cerita mengenai jemputan ceramah tersebut di sini sebelum ini. Dalam artikel kali ini, saya hanya nak bercerita mengenai pengalaman pertama saya ini. :)

Pertamanya, terima kasih kepada Kelab Titian Asli UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) yang telah diberi kepercayaan untuk menyampaikan ceramah ini.

Ceramah yang saya berikan ini adalah kepada golongan orang asli. Kawasannya agak jauh ke pedalaman sehingga saya perlukan masa 30 minit untuk sampai ke kampung tersebut dari pekannya. Walaupun guest saya bukanlah dari golongan professional atau bekerjaya, tapi ia merupakan permulaan yang baik untuk saya. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Zack Dijemput Beri Ceramah?

March 10, 2011 by  
Filed under Peribadi

Saya merupakan salah seorang dari ahli Kelab PERMATA Selangor. Kelab ini merupakan 1 kelab yang ditubuhkan semata-mata bagi mendedahkan masyarakat terutama di kalangan pelajar tentang dunia perniagaan, mendidik sedikit sebanyak tentang dunia perniagaan, dan juga bertujuan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di kalangan usahawan.

Saya merupakan salah seorang ahli yang tidak akan terlepas menyertai apa sahaja program keusahawanan sekiranya dianjurkan oleh Kelab PERMATA ini.

Pada Isnin yang lepas (7 Mac 2011), saya telah dihubungi oleh salah seorang pelajar UIA yang juga merupakan ahli Kelab PERMATA ini. Saya dimaklumkan bahawa pelajar UIA akan menganjurkan 1 program usahawan di Kg Sg Gapoi, Bentong, Pahang hasil usahasama dengan pihak kelab PERMATA.

 

Apa yang buatkan saya lebih terkejut adalah saya dihubungi kerana diminta untuk memberikan ceramah semasa di sana nanti. Mungkin saya dipanggil kerana ada yang perasan saya suka bercakap dan berikan pendapat semasa aktiviti usahawan Kelab PERMATA sebelum ini (Ye kot~).

Dan 1 faktor lagi adalah kerana saya mengusahakan perniagaan menjual kerepek bersama keluarga saya. Pelajar2 UIA ini menganjurkan seminar usahawan yang difokuskan pada produk perusahaan kerepek. Jadi, nanti saya diminta untuk membebel pasal kerepek la nanti. ;) [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Website AzrulDotBiz Down?

March 9, 2011 by  
Filed under Peribadi

Terkejut bila beberapa hari yang lepas website saya tidak boleh diakses. Tu pun nasib baik saya perasan apabila ada seorang hamba Allah ni beritahu saya pasal website saya melalui SMS yang ia tidak boleh dibuka. Bukan 1, tapi kesemua website saya. Mak aih! Lari trafik saya yang sedia ada.

Bila saya buka dan semak, memang betul seperti apa yang orang tu cakap. Aduhai, saya dah tepuk dahi dah. Takkan masalah payment pulak kan?

Kesemua website dihost di bawah satu akaun hosting yang sama. Saya gunakan hosting yang disediakan oleh Hostgator disebabkan features nya yang sangat-sangat best. Lepas tu, saya check la dengan pihak Hostgator berkenaan akaun hosting saya.

Nak dipendekkan cerita, yang lagi terkejutnya bila dalam rekod mereka saya tak bayar perkhidmatan diorang dalam masa 6 bulan. Pelik kan? Padahal sebelum ni bila lewat bayar seminggu je, diorang dah block. Yang kes saya ni, sampai 6 bulan. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Sejarah Nama Gelaran Saya

December 4, 2010 by  
Filed under Peribadi

Salam sejahtera. Minta maaf ya, sebab hari ni saya masih belum mahu bercerita apa-apa lagi tentang projek yang saya jalankan sekarang ini. ;) Dalam post ini, saya nak ceritakan sedikit tentang diri saya.

Jika anda membaca di ruangan About Me, anda akan dapati nama gelaran saya dikalangan usahawan dan pembeli adalah Zack. Sebenarnya ada sebab saya menggunakan nama ini. Bukan bertujuan untuk mempunyai nama yang agak komersial, tapi sebagai sebenarnya ia memudahkan saya.

Saya menggunakan nama gelaran kerana apabila ada seseorang yang tidak saya kenali menghubungi saya, kemudian dia/beliau memanggil saya dengan nama “ZACK”, jadi saya tahu ia mesti mengenai urusan perniagaan. Dan kenapa saya memilih nama Zack (bukan nama John, Leman, etc) juga bersebab.

Nama saya Muhammad Azrul, dan rakan biasa panggil saya dengan nama Azrul. Jadi saya hanya ambil 1 huruf dari nama saya untuk dijadikan nama panggilan.

A.Z.R.U.L.

Mari kita tinggalkan huruf Z terlebih dahulu. Dan sesuaikan huruf lain dalam perbualan harian.

Huruf A – “Ada apa-apa yang boleh saya bantu encik A”

Macam pelik je bunyinya kan?

Huruf R – “Encik R, bagaimana cara ini boleh dilakukan?”

Kalau boleh sebut R, ok la jugak. Tapi kalau orang tu sebut “agh” (tak boleh sebut R), kan dah jadi kelakar.

Huruf U – “Encik U, tak nak order makan dulu ke?”

Lagi la pelik!

Huruf L – “Mr L, can you help me settle this case?”

Chewah, macam hero dalam cite “Death Note: L Change The World

Jadi sebab tu la saya gune nama Zack (huruf Z). Itulah sedikit sejarah penggunaan nama Zack dalam kamus hidup saya. :)

Saya Kembali!

December 2, 2010 by  
Filed under Peribadi

Salam sejahtera pelawat sekalian.

Saya minta maaf sangat-sangat kerana sudah lama tidak update post terbaru. Saya sangat sibuk uruskan dengan kerja-kerja offline. Alhamdulillah projek datang tak henti-henti. Lepas 1, ada lagi rezeki yang datang. Syukur sangat.

Tapi, kesibukan saya sangat teruk. Sekarang ni pun banyak penghantaran yang masih tertangguh kerana saya ada masalah sikit dengan syarikat penghantaran kurier.

Lagipun sekarang ni saya outstation, dan stock dalam tangan dah habis. Kalau nak buat penghantaran pun kena tunggu balik rumah. Apapun, saya minta maaf kepada pembeli yang lambat menerima produk. Jika anda tidak boleh menunggu dan mahukan duit, sila beritahu dan saya akan pulangkan duit anda semula.

Untuk pengetahuan anda, sebaik sahaja Final Exam tamat dan cuti semester bermula, saya belum pernah berehat dan enjoy. Almaklumlah, banyak hutang yang perlu saya selesaikan. Saya perlu membuat jualan dengan lebih banyak daripada biasa. Jadi masa cuti nilah masa yang paling sesuai untuk saya pulun. :)

Salah satu projek yang saya peroleh adalah membangun dan maintain website bagi Kejohanan Street Soccer Terbuka Selangor. Tapi mungkin tarikh perlawanan akan ditunda ke tarikh 1 Feb 2011. Saya juga sedang giat membangunkan beberapa software dengan seorang lecturer dari UiTM Jengka. Kami bersama-sama bercadang ingin komersialkan produk ini.

Dalam tulisan yang akan datang, saya akan ceritakan mengenai projek-projek yang saya sedang dan akan  lakukan ya. Jumpa lagi~

Yosh!

Final Exam Semakin Hampir

October 7, 2010 by  
Filed under Peribadi

Wah! Rasanya macam sekejap sangat rasanya. Bulan 7 start semester, ni dah nak sampai hujung semester dah. Pejam celik, dan nak sampai final exam.

Fuuhuh~ Bila dikira dengan jari, rasa cuak badak plak. ;) Mana taknya, tak tahu la cukup ke tak ilmu di dada. Ayoyo…

Sekarang ni saya tengah sibuk buat persiapan untuk menjawab paper. Bukan final paper, tapi test 2 paper. Hadoyai~ Time macam ni la baru lecturer semuanya nak hentam test 2. Yang sakitnya kat kitorang la sebagai student ni. Tapi nak buat macam mana kan, dan namapun pelajar.

Minggu lepas, minggu ni, dan juga minggu depan adalah minggu yang sangat-sangat sibuk. Dengan report yang nak kena hantar, presentation lagi. Ni minggu depan pun ada 1 lagi presentation nak kene buat, dengan test nya lagi. Bukan nak merungut atau melenguh ke, saya just nak beritahu apa yang berlaku pada saya.

Jadi lepas ni kalau anda ternanti-nanti post terbaru dari saya, harap anda faham-faham sajalah ya. Biasalah, budak belajar lagi. Tapi walau apa pun, saya cuba sedaya upaya untuk mencuri masa bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai blogger sambilan. Hehehe~

Sebenarnya sambil saya mengarang post ni, buku ada depan mata. Mula-mulanya taknak la buat post apa-apa kat blog. Tapi dah berapa hari asyik terbayang kat blog jer.

Sah aku dah SANGAP! ;)

Sangap berblogging daa~ Ni kira dah lepas gian la ni. Ok lah, InsyaAllah lepas saya habis final exam, saya akan berkongsi lebih banyak cerita dan ilmu yang menarik. Saya pun tak sabar-sabar nak cerita tentang HUKUM TARIKAN.

Jumpa lagi!

Yosh~

Buka Kedai Dalam UiTM

September 27, 2010 by  
Filed under Peribadi

Setiap orang yang menjalankan perniagaan pasti inginkan kemajuan dari sebelumnya. Begitu juga saya. Saya sentiasa mahukan pembaharuan yang lebih baik dalam menjalankan perniagaan.

Sekadar ingin berkongsi sedikit update tentang diri ini. Sekarang ini saya dalam proses untuk memohon mendapatkan 1 tapak kedai dalam UiTM bagi menjual pakaian dan barangan wanita. Syukur Alhamdulillah, sekarang ini saya tinggal lagi 2 langkah saja untuk memiliki kedai sendiri.

Langkah 1 – Dapatkan kelulusan daripada Dekan fakulti.
Langkah 2 – Dapatkan kelulusan daripada MEDEC.

Saya harapkan kesemuanya selesai sebelum UiTM tutup untuk bercuti dalam bulan 11 ini. Ini kerana waktu cuti semester hujung tahun ini boleh saya gunakan sebagai waktu untuk mengemas dan mencantikkan kedai sebelum buka semester baru pada penghujung Disember 2010.

Bila difikirkan dan berangan-angan, jadi semakin tak sabar pulak rasanya supaya nak sampai waktu tersebut. Apapun, saya bersyukur sangat sebab Hukum Tarikan yang saya amalkan menjadi. Walaupun pencapaian saya tidaklah sebesar mana jika nak dibandingkan dengan usahawan yang lain, yang penting Bulan September saya tahun ini lebih baik dari Bulan September saya tahun lepas.

Anda pula bagaimana? Adakah Sepetember tahun ini lebih baik dari tahun lepas? Atau adakah ia sama atau ia lebih teruk? Fikir-fikirkanlah ya! ;)

Update Terbaru?

February 14, 2010 by  
Filed under Peribadi

Setelah sekian lama (lebih dari sebulan) blog ini tidak di update, saya akhirnya membuat tulisan yang terbaru. Banyak masalah yang berlaku dalam kehidupan saya sejak akhir2 ini. Banyak dugaan, cabaran yang amat besar mendatang. Saya cuma berdoa agar saya dikuatkan diri bagi mengharungi semua cubaan ini.

Sekarang saya dalam proses pengembangan syarikat baru kami. Syarikat baru kami adalah Extreme Revolution Resources (E-REV). Syarikat ini adalah khusus untuk membuat marketing produk Phero-X dan beberapa produk yang lain. Dan untuk makluman anda juga, kami juga telah mempunyai seorang duta Phero-X bagi syarikat kami sendiri. :) Siapa orangnya? Di post akan datang saya akan tuliskan satu post khas untuk bercerita mengenainya. Tunggu~~

Next Page »