Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Keselamatan Perbankan Internet

June 30, 2011 by  
Filed under Info Perbankan

SENTIASA BERWASPADA TERHADAP KESELAMATAN PERBANKAN INTERNET ANDA!

Pada 11 April 2011, media melaporkan berita tentang seorang pengguna yang terpedaya dengan email yang diterima, yang menyatakan bahawa akaun banknya telah dibekukan. Bagi membolehkan akaun tersebut diaktifkan semula, pengguna tersebut diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan di dalam laman web yang disertakan dalam pautannya (link) dalam email tersebut.

Laman web tersebut seakan-akan laman web bank pengguna tersebut. Selepas butiran peribadi tersebut dimasukkan, sebanyak RM5000 dalam akaun pengguna tersebut telah lesap.

Perkhidmatan perbankan internet telah bermula di Malaysia sejak tahun 2001. Menurut kajian oleh AC Nielsen, perbankan internet merupakan salah satu perkhidmatan yang popular digunakan oleh pengguna internet di Malaysia.

Kes penipuan email yang dikenali sebagai phishing ini bukanlah sesuatu yang baru. Bagi mereka yang mengetahui tentang kewujudannya, akan segera memadam email tersebut. Namun begitu, masih ada juga mangsa yang terjebak kerana email phishing yang meletakkan pautan ke laman web palsu yang seakan-akan seperti laman web yang sebenarnya.

Ini telah mengelirukan mangsa sehingga menyebabkan mereka memasukkan butir-butir peribadi mereka. Menurut satu kaji selidik, yang dijalankan oleh Universiti Havard pada tahun 2006, laman web phishing yang direka bentuk dengan baik dapat memperdaya 90% orang yang mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Wang hasil peluh mangsa dipancing oleh penipu dengan beberapa klik sahaja.  [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]