Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Google Adwords Sumber Pendapatan Google Inc

March 31, 2011 by  
Filed under Info Perniagaan

Google Inc merupakan satu syarikat search engine yang terbesar dalam dunia dan merupakan No.1 dalam internet (kategori enjin carian). Seperti yang kita tahu, mereka menawarkan perkhidmatan percuma jika kita menggunakan enjin carian mereka.

Jadi, di mana mereka menjana keuntungan? Dalam dunia ni, mana ada benda yang percuma, betul tak?

Mereka sebenarnya telah membuat duit dari servis enjin carian percuma tersebut. Caranya ialah menawarkan tawaran iklan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk mengiklan yang dipanggil Google Adwords. Ia merupakan salah satu dari berpuluh program PPC (pay per click) yang ada di internet

Pihak yang berminat mengiklan dengan Google, akan dipanggil Advertiser. Sebenarnya mereka inilah yang memberi keuntungan kepada Google. Mereka akan mengiklan dengan Google dan kemudian membida nilai keyword yang ingin digunakan. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Perbezaan MLM Dan Affiliate

January 24, 2011 by  
Filed under Info Perniagaan

Mungkin anda semua sedia maklum mengenai konsep MLM iaitu konsep perniagaan berbilang tingkat dengan memasarkan dan menjual produk syarikat MLM tersebut. Tidak perlu saya sebut perniagaan MLM yang ada di Malaysia, beribu-ribu syarikat yang menawarkan pelbagai servis dan perkhidmatan kepada ahli-ahli MLM.

Sejarah saya di MLM suatu ketika dahulu di mana saya menjadi ahli MLM di sebuah syarikat memasarkan produk aromatherapy dan kosmetik, saya dilatih menjadi ahli MLM dengan menghadiri setiap kelas yang diadakan setiap minggu. Dari situ saya pelajari pelbagai teknik approach prospek, teknik penjualan, memahami sistem marketing MLM dan sebagainya.

Walaupun syarikat berikan pelbagai ilmu berkenaan MLM, tetapi masih ada yang tidak dapat hasilkan pendapatan yang lumayan. Mungkin mereka tidak pandai melakukan teknik perniagaan MLM, tidak pandai berkata-kata ayat-ayat manis untuk approach prospek join bisnes MLM mereka. Bahkan, mereka banyak kehabisan wang membawa prospek ke syarikat untuk mengikuti setiap function mingguan syarikat MLM tersebut. Begitu susah sekali mereka melakukan perniagaan MLM hinggakan kawan-kawannya anggap mereka adalah mat “MLM”, ajak orang buat duit, sampai kawan-kawan melarikan diri jika diajak minum-minum di kedai dan sebagainya. ;-)

Walaupun begitu sukar, masih ramai yang melakukan perniagaan MLM sehinggalah ke hari ini dan sudah ramai yang berjaya. Tetapi, dengan adanya platform INTERNET, konsep affiliate telah berkembang dari setahun ke setahun, semakin ramai yang telah mengubah dari platform MLM (konsep offline) suatu ketika dahulu ke platform affiliate (konsep online). Di mana pada hari ini, semakin ramai menggunakan platform internet untuk memasarkan produk mereka khususnya menggunakan konsep affiliate.

Konsep affiliate ini di mana penjual produk menawarkan komisen kepada affiliator yang memasarkan produk penjual tersebut. Peratus komisen akan dibayar berdasarkan tetapan peratus komisen dari penjual kepada affiliator tidak kira produk fizikal atau digital.

Contohnya saya memasarkan produk D’Carbo2, saya telah memasang sistem affiliate di mana sesiapa sahaja boleh mempromosi produk tersebut mereka melakukan pendaftaran sistem affiliate saya. Komisen affiliator saya sudah tetapkan seperti yang telah tertera di halaman affiliate produk tersebut.

Konsep affiliate ini bagi saya begitu SMART and low maintenance di mana saya tidak perlu bersusah payah melakukan promosi produk saya, jumpa prospek, keluar ayat manis dan sebagainya. Anda yang “kosong” mengenai MLM pun boleh melakukan konsep affiliate, tidak perlu mahir berkata-kata, hanya promosikan produk penjual di platform INTERNET, biarkan sahaja “sales letter” ataupun “laporan percuma” berkata-berkata kepada prospek anda tanpa perlu bersusah payah mengeluarkan keringat, tenaga untuk menerangkan kepada pembeli tentang isi perut produk tersebut.

Dengan adanya affiliate anda hanya perlu peruntukan 2 hingga 3 jam sehari melakukan promosi, duduk di kerusi empuk anda di depan PC sambil menikmati minuman kegemaran anda. Anda tidak perlu bersusah payah berpanas, berhujan, keluar rumah mencari prospek dan sebagainya, biarkan INTERNET menjalankan tugasnya 24 jam sehari, 7 hari seminggu memasarkan produk anda. Anda hanya membuat semakan akaun bank anda, promosi dan jualan mencurah-curah!!

Secara kesimpulannya, saya anggap konsep affiliate adalah konsep yang amat tepat dan paling mudah sekali pada masa kini berbanding menggunakan konsep MLM seperti dahulu. Sebenarnya konsep affliate ini sudah lama di jalankan oleh syarikat-syarikat di luar negara seperti Commission Junction (Produk Fizikal), Pay per sign Up, Click Bank (Produk Digital), Amazon dan sebagainya. Mereka dengan mudah sekali meraih pendapatan kerana terdapat beribu-ribu affiliator yang memasarkan produk syarikat menggunakan konsep affiliate. Semakin ramai yang mendapat status jutawan dengan adanya sistem affiliate ini.

Kelebihan Perniagaan Internet

August 1, 2010 by  
Filed under Info Perniagaan

Anda mungkin sudah mengeluh atau sedikit lemah semangat dengan huraian ringkas mengenai pemikiran dan kepercayaan terhadap mitos yang telah saya dedahkan. Usah gelisah, mari kita fahami apakah kelebihan dan peluang yang disediakan oleh perniagaan internet yang sebenar.

1. Tidak memerlukan ruang pejabat dan modal yang besar

Untuk memiliki ruang pejabat yang besar dan mempunyai kelengkapan perabot dan pelbagai alat elektrik, anda memerlukan modal berpuluh ribu ringgit. Tetapi satu berita baik untuk anda, perniagaan internet tidak memerlukan modal sebesar itu. Paling tinggi hanya bawah RM500 atau paling murah bawah RM100.

Dalam perniagaan internet, anda hanya perlu laman web yang simple tetapi berkesan, hosting (tapak web) dan talian internet. Sudah tentu perlu memiliki komputer atau komputer riba. Anda tidak perlu memilik ruang pejabat rasmi,
sebaliknya anda boleh melakukan di mana sahaja selagi ada sambungan ke internet.

Tips: Di internet, anda boleh mendapatkan diskaun-diskaun bagi barangan/produk tertentu seperti domain name dan hosting. Caranya, anda mencari di google dengan menaip seperti “domain name coupon” atau “hosting coupon”. Gunakan peluang yang ada ini di permulaan bisnes anda, dan inilah antara yang saya lakukan untuk menjimatkan kos.

2. Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka

Tidak seperti perniagaan konvensional, jika anda melakukan perniagaan ini maka sudah semestinya anda perlu mempunyai beberapa orang pekerja tetap. Maka sudah pasti anda perlu membayar gaji bulanan atau harian kepada mereka. Sebaliknya, tidak untuk perniagaan internet, anda boleh melakukan bisnes berseorangan atau bersama isteri atau suami tersayang hanya di rumah. Juga, anda mampu memiliki beberapa perniagaan internet dalam satu masa.

3. Boleh diautomasikan

Perniagaan internet membolehkan beberapa kerja diautomasikan, bermaksud anda boleh meninggalkan perniagaan anda semasa anda sedang bercuti. Walaupun anda tidak masuk ke internet selama seminggu pun semasa sedang
bercuti, internet atau sistem akan melakukan segalanya untuk anda. Bagi kes ini, ia berlaku kepada produk jenis digital yang menggunakan sistem pembayaran kad kredit atau seperti program google adsense dan affiliate.

Namun, jika tidak diautomasikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerja dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu kita melakukannya. Sebagai contoh seperti pembayaran online menggunakan kad kredit. Kita hanya menerima bayaran, tetapi pihak lain yang akan menguruskan pembelian kad kredit tersebut.

4. Mampu memiliki banyak perniagaan dalam satu masa

Seperti diterangkan di atas, perniagaan internet memberikan kelebihan kepada anda untuk memiliki laman web perniagaan internet lebih daripada satu seperti 3, 5, 7 atau lebih daripada itu dalam satu masa. Bahkan, anda masih mampu menguruskan semua laman web perniagaan tersebut berseorangan.

Memiliki banyak laman web adalah perlu agar wujudnya multiple sources of income. Dengan adanya beberapa laman web, maka pendapatan harian dan bulanan anda adalah hasil jumlah kesemua dari laman web anda tersebut. Contoh
pendapatan bagi setiap laman web bagi setiap bulan:

Laman web 1 = RM1000
Laman web 2 = RM1500
Laman web 3 = RM700
Laman web 3 = RM2000
TOTAL = RM RM5200

5. Tiada tekanan fizikal dan mental

Anda tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya dan tidak akan ada sesiapa yang boleh menekan perasaan dan mental anda seperti di pejabat yang sentiasa dimarahi oleh bos, serta gosip-gosip negatif di tempat kerja. Di dalam perniagaan
internet, andalah yang menentukan segalanya. Masa kerja, cuti, rehat dan sebagainya, semuanya di tangan anda!

6. Tiada lagi istilah buka kedai 9 – 6

Perniagaan konvensional biasanya bermula dari jam seawal 9 pagi dan berakhir jam 6 petang, tidak termasuk waktu tambahan. Para pelanggan biasanya hanya akan datang pada waktu tersebut sahaja. Tidak lagi bagi perniagaan internet,
semuanya akan berlaku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Bahkan, pelanggan anda adalah dari seluruh dunia termasuk dari negara sendiri. Kedai anda iaitu laman web perniagaan anda akan tetap dibuka 24 jam tanpa henti melainkan anda menutup laman web tersebut.

7. Prospek begitu besar dan meluas

Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 billion orang. Manakala pengguna internet di Malaysia pula adalah dianggarkan seramai 10 juta
orang, manakala di Asia adalah dianggar sebanyak 380 juta orang iaitu paling ramai di dunia.

Sila rujuk http://www.internetworldstats.com/stats.htm untuk statistik pengguna internet sedunia.

8. Mudah dimulakan dan rendah risiko

Sesiapa yang pandai membaca dan mengira, maka mereka boleh melakukan perniagaan internet. Tiada pilih kasih dan sesiapa sahaja boleh melakukannya, malah risiko yang mungkin dihadapi atau ditanggung tidaklah sebesar perniagaan
konvensional.

Kredit kepada SmartZul dari http://blog.smartusaha.com

Mengapa Saya Memilih Perniagaan Internet?

May 5, 2010 by  
Filed under Info Perniagaan

internet_5g

Tajuk di atas adalah soalan yang sering diajukan kepada saya daripada kawan-kawan sebaik sahaja mereka bertanyakan tentang pekerjaan yang saya lakukan sekarang. Soalan di atas juga boleh diajukan pada diri anda sendiri, untuk sesiapa yang masih lagi kurang jelas tentang bagaimana struktur perniagaan internet ini berjalan.

Ada banyak cara untuk mendapatkan wang melalui bidang perniagaan, tetapi mengapa saya memilih perniagaan internet berbanding perniagaan offline? Bagi saya, jawapan yang paling mudah adalah perniagaan internet amat mudah dan cepat untuk di mulakan.

Pada mulanya, saya mengendalikan perniagaan secara offline iaitu menjual produk secara konvesional. Tapi kemudian saya cuba menjual secara online, dan ternyata ia lebih memudahkan. Sampai rakan saya heran melihat saya, katanya berniaga tapi asyik mengadap laptop sahaja. ;)

Saya mengambil contoh pengalaman kawan saya yang mahu memulakan perniagaan menjual handphone sebelum ini. Sememangnya banyak perkara yang perlu diambil kira semasa peringkat awal contohnya nak dapatkan kedai sewa, pembekal, pekerja dan hal-hal yang lain yang kadang kala merumitkan jika ada sesuatu masalah. Tetapi, untuk mulakan perniagaan internet ianya hanya memerlukan masa kurang daripada sehari untuk menguruskan sewa hosting, domain atau kemungkinan hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk mulakan perniagaan internet ini. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Produk Fizikal VS Produk Digital

December 28, 2009 by  
Filed under Info Perniagaan

Berdasarkan tajuk artikel, sudah tentulah ia berkaitan dengan perniagaan internet bukan? Sebabnya, ada ke orang jual produk digital secara offline? Mungkin ada, tapi sangat jarang untuk kita menjumpainya. Baiklah, dalam artikel kali ini kita akan berbicara mengenai kelebihan dan kekurangan penjualan produk fizikal dan digital di internet. Ini adalah pendapat saya sendiri dan mungkin anda mempunyai pendapat yang boleh diutarakan di ruangan comment. :)

Kelebihan Produk Fizikal

Untuk berbicara mengenai kelebihan dalam penjualan produk fizikal, ia terbahagi kepada 2 iaitu mereka yang membuat jualan ulangan bagi produk yang sama (repeat sale) ataupun hanya dengan sekali jualan sahaja. Potensi penjualan produk yang mampu memberikan repeat sale sangatlah lumayan kerana anda tidak perlu pening untuk mendapatkan pelanggan baru. Pelanggan yang telah sedia ada akan membuat pembelian ulangan dari anda sekiranya produk yang digunakan telah habis. Sungguhpun begitu, jika anda menjual produk yang turut dijual oleh orang lain, anda mesti memastikan yang mereka akan membuat jualan ulangan dari anda, bukan dari orang lain.

Kekurangan Produk Fizikal

Produk fizikal adalah produk yang boleh disentuh. Jadi satu masalah dalam penjualan produk fizikal adalah dari segi penghantaran. Sekarang ini telah jadi satu kemudahan yang mana anda boleh penghantaran hanya dengan menggunakan perkhidmatan poslaju. Tapi bukan semua produk boleh dipos dengan menggunakan poslaju. Kerana mereka mempunyai syarat-syarat barang yang tidak boleh dipos seperti barangan cecair, barang mudah pecah dan banyak lagi. Sebagai penyelesaian anda boleh dapatkan perkhidmatan syarikat lain seperti GDex.

Di peringkat permulaan anda pasti mampu untuk menguruskannya kerana laman web anda belum terkenal. Tapi apabila ia telah terkenal, anda hendaklah mempunyai satu department syarikat yang khas untuk menguruskan proses penghantaran produk ini.

Kelebihan Produk Digital

Ini adalah produk yang sangat mudah dijual dan mempunyai margin keuntungan yang paling tinggi iaitu 100%. Jika anda menjual produk fizikal, katakan modal anda RM100 dan menjualnya dengan harga RM140, margin keuntungan anda baru sahaja 40%. Tapi jika anda menjual produk digital, anda hanya perlu peruntukan masa dan sedikit kos sahaja untuk hasilkannya. Kemudian anda boleh menjualnya tanpa had sampai bila-bila. Jika anda menjualnya dengan harga RM100, itu adalah keuntungan BERSIH! Anda juga tidak perlu untuk menyimpan stock dan menyusahkan diri untuk ulang alik ke pejabat pos untuk membuat penghantaran produk.

Kekurangan Produk Digital

Sekiranya anda menjual produk seperti ebook ataupun software, sudah pasti tidak akan berlaku jualan ulangan bagi produk yang sama. Takkan orang nak beli banyak kali pula kan. Tapi ini berbeza dengan anda membuat produk yang memerlukan ‘subscription fee’ iaitu langganan berbayar. Kalau anda berniat untuk melakukan cara ini dalam market Malaysia, baik lupakan sahaja. Bukan hendak menghina, tapi kalau rakyat Malaysia ini ditawarkan dengan sesuatu yang melibatkan langganan berbayar pasti ia sangat sukar diambil bahagian.

Ini sangat berbeza dengan orang lain di luar negara, mereka sanggup membayar walau harga berapapun asalkan mereka dapat apa yang mereka nak. Sebagai contoh laman web yang membuat ruangan untuk mendownload. Pada pasaran antarabangsa bersepah-sepah. Tapi kalau dalam Malaysia?

Saya telah kemukakan beberapa pro dan contra. Semoga ia sedikit sebanyak memberikan anda gambaran jenis produk yang akan anda pilih untuk menjalankan perniagaan di internet. Semoga berjaya!