Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Senjata Penjualan Phero-X Kami – Flyers

February 1, 2011 by  
Filed under Offline

Seperti yang telah saya ceritakan mengenai kehebatan flyers dalam pemasaran secara offline, saya telah gunakan teknik tersebut dalam memasarkan produk minyak wangi Phero-X. Alhamdulillah, penjualannya sangat memberansangkan dan apa yang lebih mengejutkan lagi, saya mengaplikasikan teknik ini bersungguh-sungguh dan mampu menjual lebih laju daripada pemasaran internet.

Jadi di sini saya ingin kongsikan flyers yang saya cipta dan telah membantu saya membuat jualan yang sangat memberansangkan. Ia nampak simple, tapi percayalah ia telah berikan saya jualan beratus-ratus botol kepada saya.

Teknik ini mungkin sesuai dengan produk Phero-X dan tidak kepada semua jenis produk. Apa yang penting adalah anda perlu lakukan try and error terlebih dahulu. Kini saya dalam proses try and error untuk menjual produk D’Carbo2 dengan menggunakan flyers.

Kehebatan Flyers

December 28, 2009 by  
Filed under Offline

flyersDalam artikel kali ini, saya akan menceritakan mengenai salah satu kaedah pemasaran perniagaan secara offline iaitu pemasaran flyers. Saya pasti anda semua pasti pernah mendapat pelbagai flyers promosi produk mahupun perniagaan MLM. Anda lihat, baca dan terus anda buangkannya. Tapi tahukah anda walaupun ia nampaknya seperti satu kaedah promosi yang kurang berkesan (nampak macam membazir), tapi sebenarnya ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Ini bukan hanya cakap kosong kerana apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya dalam konsep pemasaran secara offline. Baiklah, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya dan juga partner bisnes tentang teknik promosi ini.

Perniagaan yang kami lakukan adalah menjual Phero-X. Semasa mahu bermula, saya mencadangkan kepada partner bisnes saya agar kami promosi dengan menggunakan flyers sahaja. Dia tidak yakin dan tidak bersungguh-sungguh untuk melakukannya kerana berasa yang teknik promosi ini kurang berkesan. Walaupun dia rasakan seperti itu, dia masih juga lakukan kerana ia telah jadi tugasnya (saya promosi bahagian online dan dia offline). Kemudian muncul beberapa masalah dan syukur kami dapat tanganinya (saya akan ceritakan kemudian).

Selepas masalah berjaya diselesaikan, macam tak sangka yang momentum penjualan Phero-X menjadi hanya dengan menggunakan flyers. Dan apa yang boleh saya katakan, momentumnya untuk sekali edar mampu bertahan sehingga 2 minggu. Wow! Lama bukan? Tapi itupun selepas saya lakukan banyak pengubahsuaian pada flyers tersebut. Semasa kami melakukan promosi secara offline, kami masih tidak mempunyai laman web sendiri khas untuk mendedahkan maklumat Phero-X dengan lebih detail. Tapi itupun kami berjaya hasilkan jualan walhal prospek hanya membaca sekeping kertas fotostat hitam putih TANPA WARNA.

Jadi, apakah masalah yang kami hadapi?

1. Flyers diedar, tapi masih tiada call bagi orang mendapatkannya.

2. Ada orang call, tapi hanya mahu demo dahulu yang belum tentu akan membelinya.

3. Prospek kurang yakin dengan keberkesannya.

4. Kurang menarik kerana penuh dengan ayat-ayat sahaja.

Analisa mengenai masalah yang wujud dilakukan.

1. Tiada ayat-ayat yang mengarahkan prospek untuk membuat tindakan seperti ayat “Dapatkan Sekarang”, “Hubungi Segera”, dan sewaktu dengannya.

2. Prospek tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

3. Jika kita menjual produk seperti minyak wangi, kebiasannya prospek mahu mencuba baunya terlebih dahulu.

4. Meyakinkan prospek dengan kehebatannya.

5. Meletakkan sesuatu gambar yang dapat menarik prospek untuk membaca flyers.

Penyelesaian yang diambil bagi menyelesaikannya.

1. Saya letakkan ayat arahan yang mengarah prospek untuk melakukan.

2. Menerangkan kepada prospek apa yang perlu dilakukan untuk membeli.

3. Saya letakkan satu bahagian anak panah yang mengarahkan prospek untuk mencuba bau Phero-X. Ayat tersebut adalah “Cuba Bau Phero-X Di Sini”. Jadi pada bahagian tersebut, kami titiskan Phero-X agar prospek dapat bau hanya dari kertas.

4. Letakkan gambar perempuan seksi menawan pada flyers. Jadi ini sedikit sebanyak akan menggalakkan prospek kami untuk membaca isi kandungannya.

5. Saya letakkan ayat yang ringkas tapi padat dengan isi. Apa yang saya tekankan adalah pada kelebihan jika prospek memakai pheromones ini.

6. Testimoni yang diterima dari pelanggan diletakkan supaya prospek berasa lebih yakin dan ingin mencuba.

Inilah apa yang kami lakukan dalam melakukan pemasaran flyers. Cubalah, pasti anda akan rasa keberkesannya. Tapi walau apa-apa pun, ia bergantung kepada produk yang anda jual dan siapa target prospek anda.