Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Link Professional Dengan Domain Sendiri

May 12, 2010 by  
Filed under Online

301-Permanent-RedirectBaiklah pada post kali ini, saya akan ajarkan teknik yang sedikit advance. Sebenarnya ia masih merupakan 1 teknik yang masih boleh dikatakan sebagai teknik asas. Sekiranya anda betul-betul serius ingin menjana pendapatan berganda daripada program affiliate, teknik tidak boleh dipandang enteng.

PEHATIAN: Teknik ini khusus untuk mereka yang telah tahu mengenai asas hosting, domain dan juga direktori.

.

Untuk permulaan, saya ingin membuka mata anda dengan menunjukkan 2 link berikut:

1. http://www.dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul

2. http://www.azrul.biz/dcarbo

Kedua-dua link ini adalah merupakan link affiliate D’Carbo saya. Konsepnya mudah iaitu “Sembunyikan Link Affiliate Anda“. Cuma pada kali ini, saya sembunyikan link affiliate itu dengan menggunakan domain dan juga direktori pada hosting saya (menggunakan kaedah redirect). Cuba anda letakkan cursor mouse pada link di bawah, [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Sembunyikan Link Affiliate Anda [tinyURL.com]

May 4, 2010 by  
Filed under Online

Pengguna di internet ada bermacam-macam jenis iaitu ada yang jenis berhati-hati dan ada juga yang jenis pakai redah sahaja. Bagi mereka yang jenis berhati-hati, mereka akan memantau apa sahaja link yang telah diberikan kepada mereka dengan cara melihat kepada hyperlink yang sebenar. Sebagai contoh, lihat rajah di bawah:

hyperlink-dcarbo

Cara paling mudah adalah anda letakkan cursor mouse anda pada link yang mahukan, kemudian lihat pada hujung bawah sebelah kiri browser anda. Ia akan menunjukkan link asalnya. Anda akan rugi sekiranya prospect anda merupakan pengguna seperti ini. Ini kerana sekiranya anda menggunakan link affiliate anda sebagai contoh:

http://dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul (terlalu panjang)

Prospect tersebut hanya perlu menaip:

http://dcarbo4u.com (lebih pendek)

Sekiranya pelawat yang datang tidak meletakkan ID affiliate, maka sistem tidak dapat menanam cookies ID affiliate anda pada komputernya dan membuatkan anda kehilangan komisen jika pelawat tersebut membuat pembelian. Walaupun anda telah membina hyperlink bagi memudahkan pelawat untuk klik link affiliate anda, tapi ada juga pengguna di internet yang dengki tidak mahu anda memperoleh komisen (mereka tahu link tersebut adalah ID affiliate). Apakah penyelesaiannya? [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]

Promosi Melalui Facebook [SHARE]

April 30, 2010 by  
Filed under Online

Kini, laman web sosial facebook telah semakin popular dalam kalangan masyarakat dunia. Kita sendiri yang berada di Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana facebook banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Kebiasaannya laman web sosial digunakan untuk kita mencari rakan-rakan melalui internet. Tapi facebook telah berani melakukan revolusi yang mana pihak facebook menyesuaikan supaya mereka yang menjalankan perniagaan boleh melakukan promosi disamping berinteraksi dengan pelanggan dalam laman web social networking tersebut.

Facebook telah memberikan taparan hebat kepada laman web social networking yang lain. Tahukah anda laman web social networking yang pertama adalah Friendster.com? Tapi sekarang ni, “friendster” sudah jarang disebut berbanding “facebook”.

Contoh paling mudah apabila kita tanya rakan kita,

“Buat apa ke cyber cafe?”

Dan mungkin mereka akan menjawab,

“Apa lagi, online facebook la”

Tidakkah anda tertanya-tanya kenapa ramai orang memilih facebook sebagai tempat untuk mereka bersosial melalui internet? Dari pengamatan saya sendiri, saya dapat merumuskan beberapa faktor:

1. Facebook lebih privacy yang mana sukar untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan spamming. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]