Keputusan Perlawanan Malaysia vs Lebanon
Pertemuan di antara pasukan bola sepak Malaysia dan Lebanon untuk kelayakan pusingan ke-2 Sukan Olimpik semalam memang terbukti sengit kerana masing-masing ingin mencipta kemenangan bagi layak ke pusingan seterusnya.

Masing-masing yang terikat dengan keputusan seri 0-0 pada perlawanan pertama 19 Jun 2011 tempoh hari, membuatkan kedua-dua pasukan bermain bermatian-matian bagi menempah tempat ke pusingan yang seterusnya semalam.
Syabas diucapkan kepada pasukan Malaysia kerana mampu bertahan walaupun diasak bertubi-tubi oleh pasukan Lebanon pada pusingan separuh masa kedua akibat daripada Malaysia yang bermain hanya 10 orang.
Diharap pasukan olimpik Malaysia ini bakal menjulang kejayaan seterusnya dan memahatkan nama negara kembali dalam arena bola sepak. Go, Malaysian Tigers!
p/s – Seperti apa yang saya agak, Malaysia menang 2-1.
Keputusan UEFA Champions League MU vs Chealsea
Masa menulis post ini, saya rasa sangat-sangat teruja sebab team yang saya sokong dah MENANG. Habis saja game tersebut, saya terus menulis tentang post ini. Dua pertembungan kelab ini sudah pasti menjadi tumpuan seluruh dunia.

Perlawanan UEFA Champions League antara Manchester United dan Chelsea (perlawanan timbal balik pertama) berlangsung di Stamford Bridge dan bermula tepat 2.45 pagi 7 April 2011 waktu Malaysia. Saya menonton perlawanan ni di Restoran Aliff Seksyen 13, Shah Alam.
Jika anda tidak menonton perlawanan ini, di sini saya ceritakan detail mengenai perlawanan tersebut:
Minit 24: Jaringan GOL yang dilakukan oleh [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Bayar Saman Anda Sekarang! Kenapa?
Wah! Sekarang ni ramai yang saya lihat berpusu-pusu ke kaunter pembayaran saman untuk melunaskan saman yang tertunggak. Ini disebabkan gara-gara berita yang telah diumumkan oleh kerajaan. Antara isi pengumuman tersebut adalah:
1. Diskaun sehingga 50%
2. Disenaraihitamkan
3. Dihadapkan ke mahkamah
4. Kompaun saman akan dinaikkan
Di sini saya kongsikan berita tersebut yang saya perolehi dari laman web online BERNAMA.
PUTRAJAYA, 17 Feb (Bernama) — Rakyat Malaysia mempunyai sebelas hari lagi untuk membayar saman tertunggak dan menikmati kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan berhubung kesalahan lalu lintas kerana tempoh itu tidak akan disambung, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang masih memiliki saman tertunggak untuk membuat bayaran di pejabat pos atau secara online melalui Portal MyEG.
“Tempoh dah nak habis. Tempoh ini tidak akan disambung. Sekarang ada 11 hari lagi. Jangan bayar pada saat-saat akhir,” katanya kepada media selepas memberi penjelasan lanjut berhubung kadar baru kompaun bagi kesalahan lalu lintas yang akan berkuat kuasa 1 Mac ini.
Sebelum ini, kerajaan pada Ogos tahun lepas mengambil keputusan bagi menangguhkan sementara sekatan urusniaga (senarai hitam) bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu sehingga 28 Februari ini.
Solah berkata kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak, termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah ditangguhkan.
Selain itu, pesalah trafik juga tidak dikenakan mata demerit bagi saman yang diselesaikan dalam tempoh tersebut dan orang ramai diberi pilihan untuk melangsaikannya secara ansuran atau sekaligus.
Solah juga berkata sekiranya terdapat sebarang pertikaian, orang ramai boleh menghubungi agensi penguat kuasa yang mengeluarkan saman.
Data yang dikeluarkan Pemandu sehingga 3 Feb lepas menunjukkan hanya 13.43 peratus saman pada tahun 2000 hingga 2009 dilangsaikan daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM3.533 bilion.
Kutipan mulai Mei 2010 itu membabitkan tiga agensi iaitu JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pembayaran saman tertinggi atau 14.61 peratus, dilangsaikan kepada PDRM diikuti JPJ sebanyak 11.78 peratus dan DBKL 3.19 peratus yang berjumlah RM371.481 juta.
Solah berkata saman yang dikeluarkan PDRM boleh dibayar di JPJ mulai 15 Mac ini, dan sebaliknya, sebulan selepas itu. Pada rabu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan kadar baru bagi empat kategori kesalahan berbanding tiga sebelum ini, dengan kompaun minimum sebanyak RM40 dan maksimum RM300, mengikut jenis dan kelas kenderaan, tahap keseriusan serta jenis kesalahan.
Tempoh pembayaran pula dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pembayaran pada hari pertama hingga hari ke-15, pada hari 16 hingga hari ke-30 dan pada hari ke-31 hingga hari ke-60.
Selepas hari ke-60, saman yang tidak dilangsaikan akan didaftar sebagai kes di mahkamah.
– BERNAMA
Jadi kesimpulannya, cepat2 la bayar saman ya! Saya pun baru nak pergi bayar ni. Yosh!
Selamat Tahun Baru 2011
Salam sejahtera.
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada anda.
Apabila kita cerita mengenai TAHUN BARU, ia biasanya dikaitkan dengan azam. Jadi, apakah azam anda tahun baru ini dan adakah azam anda tahun lepas telah pun terlaksana? Sama ada sudah tercapai ataupun tidak, 2010 telah pun menjadi lipatan sejarah.
Sekarang kita buka lembaran baru dalam tahun 2011 bagi memperbaiki apa sahaja kekurangan yang berlaku dalam tahun 2010. Jangan pula apabila azam tahun 2010 tidak tercapai, kita terus melupakannya. Ia boleh dicapai dengan azam anda dalam tahun ini.
Secara jujurnya, azam saya tahun 2010 banyak yang belum dapat saya laksanakan. Banyak perkara masih lagi tertunggak dan tidak dilaksanakan dengan baik. Masa ini adalah masa yang tepat untuk kita menilai semula tentang punca atau penyebab azam kita tidak dapat dicapai. Dan baikinya dalam tahun 2011.
Dari pengalaman saya sendiri, banyak azam saya tidak terlaksa adalah disebabkan gara-gara malas dan juga pegangan prinsip yang tidak cukup kuat. Kalau nak bicara tentangnya banyak-banyak pun tak guna kan? Perkara dah lepas. Jadi marilah kita sama-sama perbaiki segala kekurangan dan jadikan hidup tahun 2011 ini sebagai tahun yang bermakna.
Lagi sekali saya ucapkan,
SELAMAT TAHUN BARU!
Lelaki Kacak/Hodoh Dan Perempuan
October 1, 2010 by zACk
Filed under Koleksi Lawak

Hari ni tiba-tiba mood happening pulak rasanya. So, ni saya nak kongsikan satu cerita lawak mengenai lelaki dan perempuan. Hurm, betul berlaku ke apa yang ada dalam cerita ni?
Lu Pikir La Sendiri!
Kalau lelaki kacak pendiam
Perempuan akan cakap: Wow, cool giler.
Kalau lelaki hodoh pendiam
Perempuan akan cakap: Eh perasan bagus.
Kalau lelaki kacak berbuat jahat
Perempuan akan kata: Nobody’s perfect.
Kalau lelaki hodoh berbuat jahat
Perempuan akan cakap: Patutpun, muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki kacak menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: Wah! Machonya, macam hero filem!
Kalau lelaki hodoh menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: Entah2 kawan dia.
Kalau lelaki kacak dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Sepadan sangat.
Kalau lelaki hodoh dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: Mesti kena bomoh perempuan tu!
Kalau lelaki kacak ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: Jangan sedih, kan saya ada.
Kalau lelaki hodoh ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: (terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)
Kalau lelaki kacak penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Perasaannya halus. Penuh kasih sayang.
Kalau lelaki hodoh penyayang binatang
Perempuan akan cakap: Sesama keluarga memang harus menyayangi.
Kalau lelaki kacak bawa BMW
Perempuan akan cakap: Matching. Hebat luar dalam.
Kalau lelaki hodoh bawa BMW
Perempuan akan cakap: Bang, bosnya mana?
Kalau lelaki kacak tak mahu bergambar
Perempuan akan cakap: Pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau lelaki hodoh tak mau bergambar
Perempuan akan kata: Tak sanggup tengok hasilnya ye?
Kalau lelaki kacak menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Ini barulah lelaki gentlemen.
Kalau lelaki hodoh menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: Naluri pembantu, memang begitu.
Kalau lelaki kacak bersedih hati
Perempuan akan cakap: Let me be your shoulder to cry on.
Kalau lelaki hodoh bersedih hati
Perempuan akan kata: Kuat nangis!! Lelaki ke bukan ni?
Wee ~
Selamat Hari Raya

Salam 1Malaysia.
Fuh, lama betul saya tidak buat post baru untuk tatapan bacaan anda. Bukan apa, saya sangat busy dengan study dan juga perniagaan kecil-kecilan yang saya lakukan. Kalau dapat online pun, hanya sempat check email, support ticket, dan juga pembelian pelanggan melalui online.
Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan saya minta maaf
banyak-banyak zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini sekiranya saya ada melakukan kesalahan. Kita adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan di atas muka bumi ini dan saya sedar saya banyak melakukan kesalahan dan kesilapan kepada ramai orang.
Banyak kesilapan yang telah saya lakukan sebelum ini, dan juga masalah yang saya timbulkan sendiri. Kesilapan yang paling banyak adalah hutang yang telah saya cipta. Semuanya disebabkan perniagaan yang musnah separuh jalan disebabkan banyak faktor antaranya:
1. Rakan kongsi yang tidak jujur dalam perniagaan bersama
2. Sifat malas yang tidak sungguh-sungguh untuk diubati
3. Masalah akibat kesilapan pengurusan perniagaan
4. Mindset yang tidak fokus kepada apa yang dilakukan
Sempena Aidilfitri ini, saya nekad berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan Hukum Tarikan (Law Of Attraction) untuk menyelesaikan semua masalah yang ada. Alhamdulillah, sejak penggunaan Hukum Tarikan dalam kehidupan
sejak akhir-akhir ini, segala apa yang saya mahukan menjadi termasuk dari segi jualan perniagaan. Kalau ada masa, saya akan ceritakan apa itu Hukum Tarikan ya.
Kesemua keuntungan hasil jualan yang ada akan saya gunakan untuk menyelesaikan kesemua hutang piutang yang telah saya cipta sendiri. Semuanya disebabkan pemikiran yang cepat terpengaruh dengan pujuk rayu orang yang mempunyai muslihat kepentingan diri sendiri dan pemikiran yang tidak berfikir panjang.
Kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini atau sesiapa yang pernah berurusan dengan saya dan kita mempunyai konflik, saya minta maaf banyak-banyak. Saya sedaya upaya hendak menyelesaikan kesemua konflik yang saya timbulkan.
3 tahun adalah tempoh saya mencipta kesemua masalah ini, dan saya mahu SETAHUN untuk saya menyelesaikan kesemuanya. Syukurlah saya orang yang tidak pernah menyesal tentang apa yang berlaku tapi saya anggapnya sebagai satu pelajaran yang sangat berguna untuk diri sendiri.
Kepada peminat blog ini, nasihat saya jagalah hubungan anda dengan orang sekitar anda dan ingatlah, sekiranya anda dibenci oleh orang, adalah sangat susah untuk anda meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.
p/s – kepada rakan-rakan, berikanlah saya peluang untuk berubah dan peluang untuk menyelesaikan semua masalah satu per satu.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk mengharungi semua cabaran ini. Semoga dengan dugaanMu ini akan membuatkan aku lebih matang dalam membuat keputusan dalam kehidupan.
Sekali lagi ingin saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan? BACA INI DULU!
Artikel ini dipetik dari blog D’Carbo
Salam sejahtera pembaca sekalian,
Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya membaca post ini terlebih dahulu. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah simple yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan Twitter follower.
Kami juga akan terangkan serba ringkas beberapa fungsi yang ada di laman blog ini untuk anda gunakan dan membuatkan anda lebih enjoy untuk membaca di blog ini.
Di laman blog ini, anda akan memperoleh pelbagai informasi yang sangat berguna untuk penjagaan kenderaan anda secara menyeluruh terutama dari segi penjagaan enjin. Kami sentiasa mengemas kini blog ini untuk memberikan bahan informasi terkini mengenai penjagaan kenderaan anda.
Teruskan membaca post ini bagi meneruskan langkah penting yang baru saja saya katakan tadi. [Bacaan Selanjutnya, Sila Klik Di Sini]
Selamat Tahun baru!
Waah! Cepat sungguh masa berlalu. Begitu pantas 2009 meniggalkan kita. Banyak kenangan yang berlaku dalam tahun 2009 yang mana menjadikan pengalaman yang cukup bermakna dalam diri saya. Bagi diri saya, tahun 2009 adalah merupakan tahun kekecewaan kegagalan bagi diri saya. Kesemua yang saya rancangkan berakhir di tengah-tengah tanpa mengakhirinya. Saya akan ceritakan next time ye.
Masa 31 Dec yang lepas, saya telah melakukan persiapan penuh untuk program affiliate saya pada sebelah petang. Ini kerana pada sebelah malam saya ingin keluar bersama rakan-rakan untuk melihat bunga api yang dah lama saya tak tengok. Saya tak pergi ke KL pun, kerana confirm kat sana sesak gila teruk. Saya hanya tengok bunga api dekat Seksyen 7 Shah Alam je.
Fuh, pertama saya dalam sejarah hidup saya yang Shah Alam sesesak macam tu. Biasanya kalau sesak pun pada sebelah pagi sebab ramai student nak pergi kelas (seksyen 7 dekat dengan UiTM Shah Alam). Tapi apa yang penting, rasa seronok sangat sebab dapat jumpa rakan-rakan lama. Semester baru dah nak buka pada minggu hadapan. Tu yang mereka semua dah balik. Macam-macam yang kami sembangkan, sampai tak sedar jam dah tunjuk pukul 4 pagi.
Kepada anda semua pula, apa pengalaman di tahun baru? Duduk rumah tengok bunga raya api depan TV je ke? Tak kira la walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan…….
SELAMAT TAHUN BARU!








