Digital: Hebatkah Software RefererX? (Siri 1)
April 12, 2011 by Azrul Mustapa
Filed under Review Produk
Salam sejahtera rakan-rakan.
Setelah sekian lama saya menyimpan hasrat untuk memiliki software RefererX ini, akhirnya apda tarikh 12 April 2011 saya keluarkan duit juga untuk mendapatkan software yang dikatakan hebat oleh ramai orang.
Saya dapatkan software ini dari seorang usahawan tempatan yang dikenali dengan nama Azlan. Beliau merupakan salah seorang dari puluhan otai internet marketer (IM) yang berjaya menjana pendapatan lumayan di internet.
Secara peribadi saya boleh katakan software ini sangat POWER . Kenapa Power? Sebab ianya dibangunkan oleh anak tempatan (ORANG MELAYU – Siapa kata melayu tak boleh maju).
Sebenarnya, saya dah lama mark software ini. Tapi belum sampai seru untuk gunakannya.
Sebelum ini saya lakukan perniagaan internet hanya dengan cara promosi secara biasa tanpa gunakan apa-apa software. Tapi sejak akhir-akhir ini terbuka pulak pintu hati untuk gunakan cara promosi dengan kaedah yang lain.
Apa Itu RefererX?
Software RefererX adalah sejenis software yang bekerja untuk melawat beribu-ribu website dan memberitahu website tersebut yang ianya datang dari sesuatu link website/URL tertentu.
Secara teknikalnya link website/URL ini dikenali sebagai “referer”. Pemilik dan pengunjung website-website yang dilawati tersebut akan dapat melihat “referer” ini melalui log lawatan/traffik atau log “recent referers/visit” yang terletak di website tersebut (sekiranya ada, contoh feedjit.com).
Jadi, dengan menggantikan “referer” ini kepada link affiliate/URL anda, secara tidak langsung ia akan bertindak sebagai satu medium promosi yang amat berkesan bagi memasarkan sama ada website anda sendiri, produk CPA (Clickbooth, Maxbounty), produk affiliate (Clickbank, Amazon, CJ), Website Adsense dan sebagainya.
Anda hanya perlu sasarkan lawatan RefererX ini ke website yang berkaitan dengan niche URL anda, dan lawat seberapa kerap yang mungkin bagi memastikan link yang anda promosikan itu tadi, dapat dilihat dengan lebih jelas. Hasilnya, banyaklah pengunjung akan klik link URL anda dan seterusnya akan dibawa terus ke link yang anda promosikan itu.
Apa Kelebihan Software RefererX Ini?
Dengan menggunakan RefererX anda boleh:
1. Buat duit dengan mudah dengan menjual barangan/perkhidmatan affiliate di Internet
2. Buat duit dengan mudah melalui pengiklanan AdSense
3. Menarik beribu-ribu pengunjung ke website anda dengan amat mudah
4. Membuat kerja-kerja pemasaran di Internet dengan cepat, mudah dan efektif
5. Membuat iklan percuma di beribu-ribu tempat, sebanyak mana yang anda mahu (seperti PPC percuma)
6. Meningkatkan backlink ke website anda dengan cepat dan mudah
7. Meningkatkan kedudukan website anda di search engine (SERP)
8. Menaikkan Alexa ranking website anda
Saya masih lagi dalam proses pembelajaran software ini. Nanti saya akan tunjukkan hasilnya kepada anda ya!
Artikel Berkaitan Dengan Artikel Di Atas:
- Digital: Hasil Penggunaan RefererX (Siri 2) Salam sejahtera pelawat sekalian. Bersyukur sangat rasanya kerana kini saya telah mempunyai pengunjung yang datang dari Indonesia. Setidaknya, blog saya...
- Produk Fizikal VS Produk Digital Berdasarkan tajuk artikel, sudah tentulah ia berkaitan dengan perniagaan internet bukan? Sebabnya, ada ke orang jual produk digital secara offline?...
- Sembunyikan Link Affiliate Anda [tinyURL.com] Pengguna di internet ada bermacam-macam jenis iaitu ada yang jenis berhati-hati dan ada juga yang jenis pakai redah sahaja. Bagi...
- Permalink Setting Terbaik Dalam post kali ini, saya nak kongsikan Permalink Setting terbaik bagi blog wordpress anda. Ini kerana, dengan permalink setting yang...
- Link Professional Dengan Domain Sendiri Baiklah pada post kali ini, saya akan ajarkan teknik yang sedikit advance. Sebenarnya ia masih merupakan 1 teknik yang masih...













salam tuan,
apa perkembangan software tu sekarang?
Salam.
Sekarang dah boleh digunakan semula. Harap2 la masalah down ni takkan berulang.
Saya dah suggest untuk besarkan lagi bandwith nyer, harap2 dia akan lakukan bagi menampung aktiviti software nih.
berapa harga software ni ek? berbaloi ke beli?
Software ni harga RM262… Kalau nak kata berbaloi, memang sangat2 berbaloi. Sekarang ni, saya tak perlu susah payah untuk dapatkan trafik daripada enjin carian. Gunakan software ni pun dah cukup.
Thanks for visit Mas ^_^ ..
Oh iiah maw bertanya juga mengenai software ini ..
kalau boleh tau kelebihan Software ini apa yah mas ?
terimakasih ^_^
Pernah dengar juga ya? Software ni fungsinya untuk meninggalkan jejak. Dengan meninggalkan jejak, si pemilik website yg telah kita tinggalkan jejak tu MUNGKIN akan datang ke laman web kita semula. Yang lebih menariknya, software ini boleh meninggalkan jejak ke beribu, malah boleh mencecah ratusan ribu laman web tanpa kita perlu bersusah payah.
wah sofwarenya bagus gan,,,tetapi saya tidak bisa berbisnis di internet,,saya ga punya modal,,,dan tidak punya keahlian dalam bidan bisnis di internet gan,,,
Sekarang ini sudah banyak laman web dan juga blog yang mengajar tentang dunia perniagaan internet. Mulakan dengan menuntut ilmu dahulu. Jangan takut untuk keluarkan duit untuk beli produk orang lain. Dari situlah kita akan belajar sedikit demi sedikit untuk menjalankan bisnes di internet.
[...] yang telah saya beritahu dalam post Hebatkah Software RefererX?, saya akan kongsikan kesan penggunaannya. Sebab itulah dalam tempoh 10 hari ni saya tidak lakukan [...]
salam ziarah… tak nak tumpang lalu.. nak duk sini … he..he.. thanks lawat blog anne…
pernah buah gak benda nie.. dan alhamdulillah memang berkesan…
Owh. Pernah beli la ni yer.
Wow, saya suka dengan teknik promosi nih.
InsyaAllah dalam masa terdekat, saya ingin lakukan teknik ini untuk promosi program Score-A.
1st time dengar refererX, nak tanya, google tak “band” atau “sand box” kan web kiter ker?
p.s – aper pandangan TT tentang senuke or scrapebox berbanding refererX.. Thank for your sharing ya….
pasal google band ni, saya tak pasti. Sebabnya, setahu saya penggunaan software ni tiada kene mengena dengan ‘search engine’. Software ni akan tinggalkan jejak pada website orang lain, dan bukan pada search engine itu sndiri.
Jadi sebenarnya, yang datang ke blog kita tu adalah mereka yang mempunyai website sendiri. Kalau kita mahukan guest (mereka yang tidak ada website @ blog), kita boleh gunakan 1 lagi option dalam refererx dengan cara chatbox. Kalau bro dah beli software tu, baru bro faham pasal chatbox tu.
[...] yang telah saya beritahu dalam post Hebatkah Software RefererX?, saya akan kongsikan kesan penggunaannya. Sebab itulah dalam tempoh 10 hari ni saya tidak lakukan [...]