2009 Akan Berakhir
Tinggal 2 hari saja lagi sebelum lembaran baru bagi tahun yang baru akan dibuka. Di penghujung tahun ini, cuba kita muhasabah diri kita apakah perkara membanggakan yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini. Adakah segala matlamat dan azam yang kita telah sematkan pada awal tahun dahulu telah berjaya kita kecapi? Adakah perkara yang kita lakukan sepanjang tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya?
Diri anda, anda sahaja yang tahu. Bagi saya pula, terlalu banyak perubahan yang telah saya lalui dan saya lakukan. Terlalu banyak onak dan duri yang telah saya lalui. Mari saya ceritakan sedikit pengalaman yang terjadi dalam kehidupan saya di tahun 2009 yang tidak akan saya lupakan.
(perkara yang berlaku mengikut kronologi)
1. Saya berhenti menjalankan bisnes “Lampe Berger”
2. Saya join bisnes ceramic (Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd)
3. Saya berhenti buat kerana syarikat ditahan oleh BNM. Syarikat masih beroperasi tapi mempunyai masalah dengan pengaliran wang tunai. Jadi saya berhenti sehingga keadaan syarikat stabil semula.
4. Saya buat forex. Untung banyak dan akhirnya satu hari saya rugi besar akibat tindakan b***h rakan rumah saya.
5. Akibat kerugian, saya lost everything. Dan saya terpaksa bermula semula. Saya mencari satu produk berkualiti untuk diniagakan dan akhirnya saya memilih produk Phero-X.
6. Cuba untuk menjual handphone. Tapi atas kesilapan tidak selidik mengenai handphone terlebih dahulu, ia menjadi beban baru kepada saya dan partner. Dan sekarang terpaksa membayar refund kepada mereka sedangkan handphone tersebut berlambak dalam tangan untuk saya jual terlebih dahulu.
7. Jualan Phero-X memberansangkan dan saya harap momentum kami akan berterusan agar semua masalah yang ada dapat kami selesaikan segera.
Walaupun banyak perkara yang berlaku, saya tidak pernah berputus asa. Saya jadikan ini sebagai pengajaran yang sangat bermakna dalam proses untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Ingatlah, “GURU YANG PALING HEBAT ADALAH PENGAJARAN“









Salam,
Just drop by.
Sabar bro, biasalah tu bisnes.
Tapi kena ingat, disebalik kegagalan, banyak ilmu bro dah dapat yang akan memudahkan bro bila mula buat bisnes lain…jauh lebih baik dari yang tak mula2 buat bisnes
Yup! Betul tu.
Syukur sekarang ni saya lebih berhati-hati dalam mengatur strategi perniagaan dan waspada dengan langkah-langkah yang saya ambil.
Yela… Tak nak pisang berbuah 2 kali.
Setiap orang ada kisah hidupnya sendiri. Apa yang paling penting, kita tidak pernah kenal apa itu putus asa.