Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

3 Tips Sebelum Tetapkan Matlamat Anda

May 7, 2010 by  
Filed under Motivasi

key_successDalam menjalankan perniagaan mahupun bekerja makan gaji, penetapan matlamat adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Cuba bayangkan sekiranya seseorang tukang rumah membina rumah tanpa pelan atau tanpa mempunyai gambaran lakaran rumah? Saya yakin sudah tentu rumah akan dibina dengan tidak sempurna.

Sepertimana juga dalam perniagaan internet, jika tiada penetapan matlamat dalam perancangan perniagaan, sudah tentu kita mungkin banyak menghadapi masalah ketika menjalankan perniagaan tersebut. Namun dalam penetapan matlamat, kita tidak hanya menulis matlamat di atas sekeping nota kertas sahaja dan mengharapkan ia menjadi kenyataan secara tiba- tiba.

Jadi matlamat sebenarnya harus dirancang dengan teliti dan perlu mengambil kira banyak faktor. Tidak kira apa sahaja faktor yang akan menetapkan matlamat anda, yang paling penting sebenarnya adalah minat anda yang sangat mendalam terhadap matlamat tersebut. Baiklah, apakah 3 tips sebelum anda tetapkan matlamat anda?

1. JELAS DAN KHUSUS UNTUK DINILAIKAN

Antara faktor kenapa kebanyakan orang tidak berjaya mencapai matlamat adalah kerana tidak pasti apa yang dilakukan mereka. Sepertimana berlaku dalam diri hampir setiap pelajar universiti, apabila bertanya apa yang mereka mahu capai selepas menamatkan ijazah 3 atau 4 tahun, jawapan yang selalu diterima selalunya sangat am dan tidak jelas seperti ” Jadi pensyarah pun ok jugak “, “Aku pun tak pasti boleh kerja apa, nantilah”, “Janji hidup bahagia, itu sudah cukup”.

Apabila matlamat samar- samar seperti ini, sudah tentu anda TIDAK berjaya mencapainya. Tanpa matlamat jelas, kita tidak dapat membuat perancangan yang tepat dan mengambil langkah yang sesuai untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

2. CABAR DIRI SENDIRI

Ini adalah satu lagi faktor utama ketika menetapkan matlamat anda. Seperti juga saya praktikkan, saya mencabar diri dengan berjaya menjadi jutawan walhal masih lagi sedang menuntut di universiti. Kebanyakan orang tidak berusaha sedaya upaya bagi mencapai matlamat sekiranya matlamatnya tidak seberapa menguja.

warren-buffettSebaliknya, jika kita menetapkan matlamat yang menguja dan boleh memberi inspirasi yang hebat, kita dapat merasakan keseronokan dan bersemangat bagi mencapat matlamat itu.

Jelas saya kisahkan,  Kebanyakan orang masih tidak berani untuk menetapkan cita cita yang tinggi , alasannya adalah cita-cita yang ‘tidak realistik’. Adakah anda rasakan cita-cita saya bagi bergelar jutawan pada umur 17 tahun adalah tidak realistik? Adakah Warren Buffet, ketika berumur belasan tahun, bersikap realistik apabila mengumumkan kepada rakan bahawa beliau ingin digelar jutawan pada seawal umur 26 tahun padahal ketika itu, beliau masih lagi dianggap budak hingusan?

Sama ada sesuatu matlamat itu realistik atau tidak, ia hanya bergantung kepada strategi yang diamalkan. :)

3. DORONGAN PERASAAN DAN NILAI

Ya, satu lagi sebab utama orang tidak mempunyai kesungguhan untuk mencapai matlamatadalah kerana tidak tahu kenapa mereka mahukan matlamat itu. Jelas, dalam konteks perniagaan kita mahukan kekayaan kerana dengan itu ia dapat memberi kesenangan kepada kita dan keluarga dalam segi kesihatan, keagamaan dan juga kebahagiaan.

apprentice1

Setiap manusia mempunyai perasaan yang berlainan yang mendorong mereka melalukan sesuatu perkara. Perasaan yang kita miliki inilah dipanggil nilai diri  kita sendiri. Sebagainya contoh Donald Trump, Apa yang saya nilai dari mata kasar ialah daya saingnya yang tinggi dan tidak suka menerima kekalahan. Dalam apa jua yang beliau lakukan contohnya dari “The Apprentice”, beliau ingin para peserta melakukan dengan terbaik dan tidak akan menerima sebarang alasan.

Setakat itu sahaja tips motivasi kali ini. Mungkin selepas ini, anda boleh mula menulis beberapa catatan matlamat anda di nota ringkas, dan gunakan 3 tips di atas, insyaallah, pasti kejayaan milik anda. Seperti juga saya, tips ini bukan atas kejayaan saya dalam mencapai matlamat ketika ini, namun artikel kali ini lebih berceritakan tentang satu kenyataan dan satu kesedaran yang saya fikirkan sebelum ini.


Related Posts with Thumbnails


Comments

Leave a Reply