Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Zack Dijemput Beri Ceramah?

March 10, 2011 by Azrul Mustapa  
Filed under Perjalanan Bisnes

Saya merupakan salah seorang dari ahli Kelab PERMATA Selangor. Kelab ini merupakan 1 kelab yang ditubuhkan semata-mata bagi mendedahkan masyarakat terutama di kalangan pelajar tentang dunia perniagaan, mendidik sedikit sebanyak tentang dunia perniagaan, dan juga bertujuan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan di kalangan usahawan.

Saya merupakan salah seorang ahli yang tidak akan terlepas menyertai apa sahaja program keusahawanan sekiranya dianjurkan oleh Kelab PERMATA ini.

Pada Isnin yang lepas (7 Mac 2011), saya telah dihubungi oleh salah seorang pelajar UIA yang juga merupakan ahli Kelab PERMATA ini. Saya dimaklumkan bahawa pelajar UIA akan menganjurkan 1 program usahawan di Kg Sg Gapoi, Bentong, Pahang hasil usahasama dengan pihak kelab PERMATA.

 Apa yang buatkan saya lebih terkejut adalah saya dihubungi kerana diminta untuk memberikan ceramah semasa di sana nanti. Mungkin saya dipanggil kerana ada yang perasan saya suka bercakap dan berikan pendapat semasa aktiviti usahawan Kelab PERMATA sebelum ini (Ye kot~).

Dan 1 faktor lagi adalah kerana saya mengusahakan perniagaan menjual kerepek bersama keluarga saya. Pelajar2 UIA ini menganjurkan seminar usahawan yang difokuskan pada produk perusahaan kerepek. Jadi, nanti saya diminta untuk membebel pasal kerepek la nanti. ;)

Saya dijadualkan untuk menyampaikan ceramah tersebut pada hari Ahad ini bersamaan 13 Mac 2011. Kalau anda tinggal berdekatan, kami sangat2 mengalukan kedatangan anda. Kat bawah ni saya kongsikan tentatif program tersebut:

12 March 2011 (SABTU)

12.00 pm : Departure from IIUM

1.30 pm : Arrival at Kg. Sg Gapoi

2.20 pm : Opening ceremony*

3.00 pm : Talk 1 (Pengenalan tentang dunia perniagaan) by En. Aslam

4.30 pm : Tea Break and Asar Prayer

5.15 pm : Riadhah

7.00 pm : Maghrib & Isyak prayer

8.45 pm : Dinner and Video Show

  1. Documentary (My Dream)
  2. Movie : Demi Masa1

11.00 pm : Disperse

 

13 March 2011 (AHAD)

5.00 am : Qiamullail dan solat subuh

7.00 am : Aerobic

8.00 am : Sarapan

9.00 am : Talk 2: Potential Industry (Kerepek) by En. Azrul

10.00 am : Tea Break

10.15 pm : Module 4; Praktikal

  1. The Making Process of Kerepek (Cooking and Packaging)
  2. Demonstration (How to Rear Leech)
  3. How to Commercialize the Products
  4. Games (Talent Shows)

12.45 pm : Closing ceremony* and Lunch

2.00 pm : Zohor prayer and Gotong-Royong

3.00 pm : Disperse

 

Alhamdulillah, mungkin inilah titik tolak pengukur kemajuan diri saya. Semoga pencapaian saya akan terus meningkat dan bukan hanya pada aras yang sama saja. Amin~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Artikel Berkaitan Dengan Artikel Di Atas:

  1. Pengalaman Pertama Berceramah Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah sesi ceramah pertama dalam hidup saya. Saya ada cerita mengenai jemputan ceramah tersebut di sini sebelum...
  2. About Me Nama Gelaran Di Kalangan Usahawan Dan Pembeli : ZACK Nama Penuh : Muhammad Azrul Bin Mustapa D.O.B : 6 Jun...
  3. Saya Buka Kedai Dalam UiTM Setiap orang yang menjalankan perniagaan pasti inginkan kemajuan dari sebelumnya. Begitu juga saya. Saya sentiasa mahukan pembaharuan yang lebih baik...
  4. Buat Duit Dengan Google Adsense Google Adsense adalah program yang menyediakan peluang kepada publisher (iaitu anda) untuk menjana pendapatan secara online melalui komisyen yang dibayar...
  5. Apa Itu Program Affiliate Salah satu cara yang mudah untuk menjana pendapatan di internet dan PERCUMA ialah menyertai program-program affiliate di internet. Pada dasarnya,...

Comments

Leave a Reply