Mengapa Saya Memilih Perniagaan Internet?
May 5, 2010 by zACk
Filed under Info Perniagaan
Tajuk di atas adalah soalan yang sering diajukan kepada saya daripada kawan-kawan sebaik sahaja mereka bertanyakan tentang pekerjaan yang saya lakukan sekarang. Soalan di atas juga boleh diajukan pada diri anda sendiri, untuk sesiapa yang masih lagi kurang jelas tentang bagaimana struktur perniagaan internet ini berjalan.
Ada banyak cara untuk mendapatkan wang melalui bidang perniagaan, tetapi mengapa saya memilih perniagaan internet berbanding perniagaan offline? Bagi saya, jawapan yang paling mudah adalah perniagaan internet amat mudah dan cepat untuk di mulakan.
Pada mulanya, saya mengendalikan perniagaan secara offline iaitu menjual produk secara konvesional. Tapi kemudian saya cuba menjual secara online, dan ternyata ia lebih memudahkan. Sampai rakan saya heran melihat saya, katanya berniaga tapi asyik mengadap laptop sahaja.
Saya mengambil contoh pengalaman kawan saya yang mahu memulakan perniagaan menjual handphone sebelum ini. Sememangnya banyak perkara yang perlu diambil kira semasa peringkat awal contohnya nak dapatkan kedai sewa, pembekal, pekerja dan hal-hal yang lain yang kadang kala merumitkan jika ada sesuatu masalah. Tetapi, untuk mulakan perniagaan internet ianya hanya memerlukan masa kurang daripada sehari untuk menguruskan sewa hosting, domain atau kemungkinan hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk mulakan perniagaan internet ini.
Berikut adalah antara sebab mengapa saya lebih sukakan perniagaan internet berbanding perniagaan offline. Antaranya:
- Modal yang paling rendah untuk di mulakan. (Masa saya bermula dulu, saya gunakan modal hanya RM50 sahaja)
- Tidak perlu dokumen yang remeh temeh untuk memulakan perniagaan ini.
- Perniagaan Internet bersifat global. Tidak tertumpu pada satu tempat sahaja.
- Perniagaan Internet sentiasa berkembang walaupun dalam keadaan ekonomi merundum.
- Sesiapa sahaja boleh mulakanya dari rumah, tidak perlu menyewa atau memiliki pejabat.
- Kita berpeluang mendapatkan pendapatan dalam matawang asing, walaupun hakikatnya kita di Malaysia.
- Boleh bekerja bila-bila masa yang kita mahu.
- Perniagaan internet beroperasi sendiri 24 jam sehari, 7 hari seminggu walaupun kita sedang tidur, bercuti, menonton wayang atau sebagainya.
- Tidak perlu dengar suara Boss yang asyik membebel.
- Dan banyak lagi…
Ada banyak lagi sebenarnya mengapa Perniagaan Internet menjadi pilihan saya dan ‘Internet Marketer’ yang lain. Tapi, saya rasa sebab-sebab di atas sahaja sudah cukup membantu untuk sesiapa yang masih tertanya –tanya tentang konsep perniagaan internet ini.
Satu lagi perkara yang paling penting adalah, anda mesti tahu gaya jiwa anda. Perniagaan Internet, tetap juga salah satu bidang perniagaan yang memerlukan anda mempunyai Jiwa Bisnes untuk menyertainya. Jika jiwa anda jenis lebih selesa untuk bekerja dengan orang, kemungkinan bidang perniagaan ini kurang sesuai dengan anda. Jadi, pastikan anda tahu apa yang anda mahukan.










Azrul
nice artikel
aku share kat http://www.papankenyataan.com
link website nih sekali
Thx
No prob.
Welcome.