Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Link Professional Dengan Domain Sendiri

May 12, 2010 by  
Filed under Online

301-Permanent-RedirectBaiklah pada post kali ini, saya akan ajarkan teknik yang sedikit advance. Sebenarnya ia masih merupakan 1 teknik yang masih boleh dikatakan sebagai teknik asas. Sekiranya anda betul-betul serius ingin menjana pendapatan berganda daripada program affiliate, teknik tidak boleh dipandang enteng.

PEHATIAN: Teknik ini khusus untuk mereka yang telah tahu mengenai asas hosting, domain dan juga direktori.

.

Untuk permulaan, saya ingin membuka mata anda dengan menunjukkan 2 link berikut:

1. http://www.dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul

2. http://www.azrul.biz/dcarbo

Kedua-dua link ini adalah merupakan link affiliate D’Carbo saya. Konsepnya mudah iaitu “Sembunyikan Link Affiliate Anda“. Cuma pada kali ini, saya sembunyikan link affiliate itu dengan menggunakan domain dan juga direktori pada hosting saya (menggunakan kaedah redirect). Cuba anda letakkan cursor mouse pada link di bawah, Read more

Sembunyikan Link Affiliate Anda [tinyURL.com]

May 4, 2010 by  
Filed under Online

Pengguna di internet ada bermacam-macam jenis iaitu ada yang jenis berhati-hati dan ada juga yang jenis pakai redah sahaja. Bagi mereka yang jenis berhati-hati, mereka akan memantau apa sahaja link yang telah diberikan kepada mereka dengan cara melihat kepada hyperlink yang sebenar. Sebagai contoh, lihat rajah di bawah:

hyperlink-dcarbo

Cara paling mudah adalah anda letakkan cursor mouse anda pada link yang mahukan, kemudian lihat pada hujung bawah sebelah kiri browser anda. Ia akan menunjukkan link asalnya. Anda akan rugi sekiranya prospect anda merupakan pengguna seperti ini. Ini kerana sekiranya anda menggunakan link affiliate anda sebagai contoh:

http://dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul (terlalu panjang)

Prospect tersebut hanya perlu menaip:

http://dcarbo4u.com (lebih pendek)

Sekiranya pelawat yang datang tidak meletakkan ID affiliate, maka sistem tidak dapat menanam cookies ID affiliate anda pada komputernya dan membuatkan anda kehilangan komisen jika pelawat tersebut membuat pembelian. Walaupun anda telah membina hyperlink bagi memudahkan pelawat untuk klik link affiliate anda, tapi ada juga pengguna di internet yang dengki tidak mahu anda memperoleh komisen (mereka tahu link tersebut adalah ID affiliate). Apakah penyelesaiannya? Read more

Promosi Melalui Facebook [SHARE]

April 30, 2010 by  
Filed under Online

Kini, laman web sosial facebook telah semakin popular dalam kalangan masyarakat dunia. Kita sendiri yang berada di Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana facebook banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Kebiasaannya laman web sosial digunakan untuk kita mencari rakan-rakan melalui internet. Tapi facebook telah berani melakukan revolusi yang mana pihak facebook menyesuaikan supaya mereka yang menjalankan perniagaan boleh melakukan promosi disamping berinteraksi dengan pelanggan dalam laman web social networking tersebut.

Facebook telah memberikan taparan hebat kepada laman web social networking yang lain. Tahukah anda laman web social networking yang pertama adalah Friendster.com? Tapi sekarang ni, “friendster” sudah jarang disebut berbanding “facebook”.

Contoh paling mudah apabila kita tanya rakan kita,

“Buat apa ke cyber cafe?”

Dan mungkin mereka akan menjawab,

“Apa lagi, online facebook la”

Tidakkah anda tertanya-tanya kenapa ramai orang memilih facebook sebagai tempat untuk mereka bersosial melalui internet? Dari pengamatan saya sendiri, saya dapat merumuskan beberapa faktor:

1. Facebook lebih privacy yang mana sukar untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan spamming. Read more

Koleksi Teknik Promosi Program Affiliate

April 28, 2010 by  
Filed under Kesemua Teknik

Jika anda datang ke halaman ini tanpa melalui link dari website produk D’Carbo saya, saya mengalu-alukan anda untuk mengenali tentang produk ini sekaligus menjadi agen affiliate kami dengan melayari D’Carbo. Anda boleh menggunakan teknik yang akan saya dedahkan dalam halaman ini. :)

Di bawah adalah merupakan antara koleksi teknik yang saya praktikkan sendiri untuk lakukan promosi sekiranya saya sertai mana-mana program affiliate. Anda boleh meniru sebijik dengan apa yang saya lakukan atau anda boleh ubah sedikit teknik dengan menggunakan kreativiti anda.

Teknik-teknik ini akan di’update’ dari masa ke semasa kerana saya sendiri tidak punyai banyak masa untuk ajarkan kesemua teknik saya sekaligus. Jadi, anda perlu sentiasa melawati laman web ini untuk mengetahui tentang update teknik yang terbaru. Saya cadangkan anda bookmark halaman ini dengan tekan CTRL + D pada keyboard komputer anda supaya memudahkan anda untuk datang pada masa akan datang.

Update Terbaru:

1 Feb 2011 – Senjata Penjualan Phero-X Kami – Flyers - http://blog.azrul.biz/teknik-pemasaran/online/senjata-penjualan-phero-x-kami-flyers.html

Teknik-teknik Promosi Affiliate D’Carbo:

1. Promosi Melalui Facebook [SHARE]

2. Sembunyikan Link Affiliate Anda [tinyURL.com]

3. Kehebatan Flyers

4. Link Professional Dengan Domain Sendiri

5. Senjata Penjualan Phero-X Kami – Flyers

Selamat Tahun baru!

January 2, 2010 by  
Filed under Umum

bunga api

Waah! Cepat sungguh masa berlalu. Begitu pantas 2009 meniggalkan kita. Banyak kenangan yang berlaku dalam tahun 2009 yang mana menjadikan pengalaman yang cukup bermakna dalam diri saya. Bagi diri saya, tahun 2009 adalah merupakan tahun kekecewaan kegagalan bagi diri saya. Kesemua yang saya rancangkan berakhir di tengah-tengah tanpa mengakhirinya. Saya akan ceritakan next time ye.

Masa 31 Dec yang lepas, saya telah melakukan persiapan penuh untuk program affiliate saya pada sebelah petang. Ini kerana pada sebelah malam saya ingin keluar bersama rakan-rakan untuk melihat bunga api yang dah lama saya tak tengok. Saya tak pergi ke KL pun, kerana confirm kat sana sesak gila teruk. Saya hanya tengok bunga api dekat Seksyen 7 Shah Alam je.

Fuh, pertama saya dalam sejarah hidup saya yang Shah Alam sesesak macam tu. Biasanya kalau sesak pun pada sebelah pagi sebab ramai student nak pergi kelas (seksyen 7 dekat dengan UiTM Shah Alam). Tapi apa yang penting, rasa seronok sangat sebab dapat jumpa rakan-rakan lama. Semester baru dah nak buka pada minggu hadapan. Tu yang mereka semua dah balik. Macam-macam yang kami sembangkan, sampai tak sedar jam dah tunjuk pukul 4 pagi. ;)

Kepada anda semua pula, apa pengalaman di tahun baru? Duduk rumah tengok bunga raya api depan TV je ke? Tak kira la walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan…….

SELAMAT TAHUN BARU!