Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Kelebihan Perniagaan Internet

August 1, 2010 by  
Filed under Info Perniagaan

Anda mungkin sudah mengeluh atau sedikit lemah semangat dengan huraian ringkas mengenai pemikiran dan kepercayaan terhadap mitos yang telah saya dedahkan. Usah gelisah, mari kita fahami apakah kelebihan dan peluang yang disediakan oleh perniagaan internet yang sebenar.

1. Tidak memerlukan ruang pejabat dan modal yang besar

Untuk memiliki ruang pejabat yang besar dan mempunyai kelengkapan perabot dan pelbagai alat elektrik, anda memerlukan modal berpuluh ribu ringgit. Tetapi satu berita baik untuk anda, perniagaan internet tidak memerlukan modal sebesar itu. Paling tinggi hanya bawah RM500 atau paling murah bawah RM100.

Dalam perniagaan internet, anda hanya perlu laman web yang simple tetapi berkesan, hosting (tapak web) dan talian internet. Sudah tentu perlu memiliki komputer atau komputer riba. Anda tidak perlu memilik ruang pejabat rasmi,
sebaliknya anda boleh melakukan di mana sahaja selagi ada sambungan ke internet.

Tips: Di internet, anda boleh mendapatkan diskaun-diskaun bagi barangan/produk tertentu seperti domain name dan hosting. Caranya, anda mencari di google dengan menaip seperti “domain name coupon” atau “hosting coupon”. Gunakan peluang yang ada ini di permulaan bisnes anda, dan inilah antara yang saya lakukan untuk menjimatkan kos.

2. Tidak perlu ramai pekerja dan membayar gaji bulanan mereka

Tidak seperti perniagaan konvensional, jika anda melakukan perniagaan ini maka sudah semestinya anda perlu mempunyai beberapa orang pekerja tetap. Maka sudah pasti anda perlu membayar gaji bulanan atau harian kepada mereka. Sebaliknya, tidak untuk perniagaan internet, anda boleh melakukan bisnes berseorangan atau bersama isteri atau suami tersayang hanya di rumah. Juga, anda mampu memiliki beberapa perniagaan internet dalam satu masa.

3. Boleh diautomasikan

Perniagaan internet membolehkan beberapa kerja diautomasikan, bermaksud anda boleh meninggalkan perniagaan anda semasa anda sedang bercuti. Walaupun anda tidak masuk ke internet selama seminggu pun semasa sedang
bercuti, internet atau sistem akan melakukan segalanya untuk anda. Bagi kes ini, ia berlaku kepada produk jenis digital yang menggunakan sistem pembayaran kad kredit atau seperti program google adsense dan affiliate.

Namun, jika tidak diautomasikan sepenuhnya, sekurang-kurangnya sebahagian daripada kerja dapat dilakukan secara automatik tanpa perlu kita melakukannya. Sebagai contoh seperti pembayaran online menggunakan kad kredit. Kita hanya menerima bayaran, tetapi pihak lain yang akan menguruskan pembelian kad kredit tersebut.

4. Mampu memiliki banyak perniagaan dalam satu masa

Seperti diterangkan di atas, perniagaan internet memberikan kelebihan kepada anda untuk memiliki laman web perniagaan internet lebih daripada satu seperti 3, 5, 7 atau lebih daripada itu dalam satu masa. Bahkan, anda masih mampu menguruskan semua laman web perniagaan tersebut berseorangan.

Memiliki banyak laman web adalah perlu agar wujudnya multiple sources of income. Dengan adanya beberapa laman web, maka pendapatan harian dan bulanan anda adalah hasil jumlah kesemua dari laman web anda tersebut. Contoh
pendapatan bagi setiap laman web bagi setiap bulan:

Laman web 1 = RM1000
Laman web 2 = RM1500
Laman web 3 = RM700
Laman web 3 = RM2000
TOTAL = RM RM5200

5. Tiada tekanan fizikal dan mental

Anda tidak perlu bersesak-sesak di jalan raya dan tidak akan ada sesiapa yang boleh menekan perasaan dan mental anda seperti di pejabat yang sentiasa dimarahi oleh bos, serta gosip-gosip negatif di tempat kerja. Di dalam perniagaan
internet, andalah yang menentukan segalanya. Masa kerja, cuti, rehat dan sebagainya, semuanya di tangan anda!

6. Tiada lagi istilah buka kedai 9 – 6

Perniagaan konvensional biasanya bermula dari jam seawal 9 pagi dan berakhir jam 6 petang, tidak termasuk waktu tambahan. Para pelanggan biasanya hanya akan datang pada waktu tersebut sahaja. Tidak lagi bagi perniagaan internet,
semuanya akan berlaku 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.

Bahkan, pelanggan anda adalah dari seluruh dunia termasuk dari negara sendiri. Kedai anda iaitu laman web perniagaan anda akan tetap dibuka 24 jam tanpa henti melainkan anda menutup laman web tersebut.

7. Prospek begitu besar dan meluas

Prospek atau bakal pelanggan anda adalah dari seluruh dunia. Sehingga kini dianggarkan pengguna internet sedunia adalah sebanyak 1.04 billion orang. Manakala pengguna internet di Malaysia pula adalah dianggarkan seramai 10 juta
orang, manakala di Asia adalah dianggar sebanyak 380 juta orang iaitu paling ramai di dunia.

Sila rujuk http://www.internetworldstats.com/stats.htm untuk statistik pengguna internet sedunia.

8. Mudah dimulakan dan rendah risiko

Sesiapa yang pandai membaca dan mengira, maka mereka boleh melakukan perniagaan internet. Tiada pilih kasih dan sesiapa sahaja boleh melakukannya, malah risiko yang mungkin dihadapi atau ditanggung tidaklah sebesar perniagaan
konvensional.

Kredit kepada SmartZul dari http://blog.smartusaha.com

Mengapa Saya Memilih Perniagaan Internet?

May 5, 2010 by  
Filed under Info Perniagaan

internet_5g

Tajuk di atas adalah soalan yang sering diajukan kepada saya daripada kawan-kawan sebaik sahaja mereka bertanyakan tentang pekerjaan yang saya lakukan sekarang. Soalan di atas juga boleh diajukan pada diri anda sendiri, untuk sesiapa yang masih lagi kurang jelas tentang bagaimana struktur perniagaan internet ini berjalan.

Ada banyak cara untuk mendapatkan wang melalui bidang perniagaan, tetapi mengapa saya memilih perniagaan internet berbanding perniagaan offline? Bagi saya, jawapan yang paling mudah adalah perniagaan internet amat mudah dan cepat untuk di mulakan.

Pada mulanya, saya mengendalikan perniagaan secara offline iaitu menjual produk secara konvesional. Tapi kemudian saya cuba menjual secara online, dan ternyata ia lebih memudahkan. Sampai rakan saya heran melihat saya, katanya berniaga tapi asyik mengadap laptop sahaja. ;)

Saya mengambil contoh pengalaman kawan saya yang mahu memulakan perniagaan menjual handphone sebelum ini. Sememangnya banyak perkara yang perlu diambil kira semasa peringkat awal contohnya nak dapatkan kedai sewa, pembekal, pekerja dan hal-hal yang lain yang kadang kala merumitkan jika ada sesuatu masalah. Tetapi, untuk mulakan perniagaan internet ianya hanya memerlukan masa kurang daripada sehari untuk menguruskan sewa hosting, domain atau kemungkinan hanya mengambil masa 1 jam sahaja untuk mulakan perniagaan internet ini. Read more