Pentingnya Unsur Positif Dalam Perniagaan
February 7, 2011 by zACk
Filed under Pembangunan Diri
Hari ini saya ingin kongsikan anda 1 artikel yang saya peroleh daripada salah satu post di dalam forum komuniti usahawan Malaysia iaitu forum wangcyber.
Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat mendidik dan menyedarkan kita tentang sifat positif yang sebenarnya. Semoga ia akan menjadi renungan kepada semua terutama mereka yang ingin bergelar usahawan yang berjaya.
Hari ini saya melawat sebuah Nurseri kelapa sawit.. Ia adalah satu lawatan Agronomi yang dilakukan secara routine. Yang menarik perhatian saya ialah tokeh nurseri itu sendiri.. Personaliti positifnya yang disemat diminda membuatkan saya kembali bersemangat untuk meneruskan cita-cita intrepreneur ku.. Tokeh nurseri itu juga adalah produk yang dihasilkan melalui skim intrepreneur..
Apa yang akan saya bincangkan bukanlah berkisarkan tentang lawatan yang dilakukan siang tadi, akan tetapi ia lebih kepada perbualan kami semasa menjamu selera diwarung Asam Pedas Madu Tiga di Kulai.
Walaupun perbualan kami lebih berunsur kepada Metafizik, akan tetapi bagi saya, ia ada asasnya. Kami bercerita tentang tenaga positif dan bersangka baik pada orang. Unsur positif yang kita tanam ini boleh mewujudkan ruang persekitaran yang harmoni dan secara tidak langsung menarik unsur positif daripada persekitaran yang lain untuk memasuki atmosfera ruang persekitaran kita.
Apabila kita terjemahkan unsur positif ini ke atmosfera perniagaan kita maka secara tidak langsung ia akan mewujudkan satu ruang pasaran yang juga positif, dengan kata lain ruang pasaran atau pelanggan kita akan berkembang mengikut trend menaik, dan apabila ini terjadi sudah tentu ia akan memberi momentum positif yang berterusan terhadap perniagaan yang kita jalankan.
Unsur positif yang diberikan juga mestilah ikhlas dan terpimpin. Target atau cita-cita positif mestilah jelas tanpa sebarang kekaburan. Unsur negatif mestilah dijauhkan sama sekalai. Memang di akui, unsur negatif akan sentiasa bermain di minda kita.
Rugi, hilang pelanggan, bagi rasuah baru boleh dapat tender, kita kena menipu orang baru boleh berjaya.., cina bolehlah, sebab takde halal-haram, kita orang islam, tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini,.. kena jolok perempuan baru boleh dapat projek, kena ada pelincir, gagal dan bermacam-macam lagi. Ini adalah unsur negatif yang biasa diperkatakan oleh kebanyakkan usahawan (walaupun bukan semua)…
Saya setuju dengan tokeh nursery tu, memang kebanyakkan mereka suka membuat tanggapan negatif, terutama kepada pegawai kerajaan yang menjaga tender. Perlu diingat, tidak semua pegawai kerajaan suka makan suap. Cubalah sebelum pergi interview tender, fikir positif dulu, betulkan niat kita, ingat rezeki datang daripada Allah, bukannya dari pemberi tender. Niat kita pun mestilah bulat dan bertekad hanya kerana Allah. Ini tidak, sebelum pergi tender pun sudah allocate duit untuk bagi kononnya ‘komisyen’ kepada pemberi tender, jadi sudah tentulah kita akan di interview dengan orang yang suka makan suap. Tenaga negatif yang kita tanam diruang kita ini juga akan menarik tenaga negatif daripada ruang lain.
Sebenarnya, orang Islam boleh lebih Berjaya daripada orang bukan islam, bukan sahaja berfikiran positif malah sebagai muslimin kita ada senjata yang lebih mujarab daripada itu.. Kita ada sembahyang sunat Hajat untuk kita berdoa kepada tuhan secara khas untuk mencapai tujuan kita..Malah kita juga ada sembahyang sunat Istikharah yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita berada didalam kekeliruan dalam urusan perniagaan kita.
Yang pentingnya, kita jangan tinggalkan sembahyang walaupun satu waktu. Pasangkan niat 100% ikhlas kerana Allah. Sebenarnya, inilah yang paling susah sebab kita akan diuji dan bukan itu sahaja kita juga akan di hasut oleh syaitan yang akan sentiasa untuk cuba memesongkan kita. Dalam hal ni pun kita kena berfikiran positif, kita tidak perlu marah syaitan yang menggoda kita, biarkanlah dia buat kerja dia, janji kita berpegang kepada prinsip kita dan selalulah berdoa, InsyaAllah, kita akan Berjaya..
Ingatlah, sesungguhnya Matlamat Tidak Menghalalkan Cara.. Robin Hood tetap salah kerana mencuri walaupun hasilnya diberikan kepada orang miskin..Tidak kira apa alasannya, salah tetap salah..
Sekian
Kegagalan Bukan Penghalang Kejayaan
Kegagalan memang tidak dapat dielakkan kerana ia adalah seperti satu kitaran kehidupan. Ada kalanya kita berada di puncak, dan ada kalanya kita berada di bawah. Tanpa kegagalan manusia tidak akan dapat mempelajari dan menghargai kehidupan mereka. Namun begitu, kegagalan bukanlah satu halangan kepada kejayaan tetapi kegagalan ialah satu batu loncatan untuk anda mengecapi kejayaan.
Tahukah anda ramai pemain bola sepak terkemuka seperti Robinho dan Ronaldinho berasal dari keluarga yang miskin? Mereka tidak memiliki apa-apa kekayaan pada usia kanak-kanak mereka. Mereka hanyalah seperti remaja lain yang bermain bola di kaki lima dan gelanggang futsal sehinggalah usaha gigih telah membawa kejayaan kepada mereka menjadi pemain bola sepak profesional untuk mewakili negara Brazil.
Mengapa perlu bersedih dengan kegagalan? Ada sesetengah jenis orang yang tidak tahan dengan kegagalan sehingga mencabut nyawa sendiri sebagai jalan penyelesaian. Padahal itu bukanlah jalan penyelesaian sebenar yang dicari-cari malah akibat daripada tindakan ini keluarga si mati pula yang menghadapi masalah.
Saya terkejut dengan kejadian bunuh diri pelakon popular siri drama Winter Sonata dari Korea, Park Yong-Ha. Perlukah bunuh diri disebabkan kegagalan? Saya tertarik dengan kata-kata penulis buku Berani Gagal, Bili Lim iaitu “Muflis Lebih Baik Daripada Mati”. Sekurang-kurangnya orang yang muflis masih lagi boleh mulakan hidup baru dengan lebih yakin dan kesilapan lalu menjadi pengajaran untuk berjaya.

Jika anda menghadapi kegagalan jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan ulangi kesilapan yang sama. Satu kejayaan besar adalah disebabkan oleh banyak kegagalan kecil dan juga mungkin kegagalan besar yang dilalui sepanjang perjalanan mengecapi kejayaan tersebut.
Setiap kegagalan membawa pengajaran dan meningkatkan kualiti pemikiran anda di dalam membuat keputusan. Jadi fikir-fikirkanlah mengapa anda gagal. Anda ingin mencapai kejayaan di dalam perniagaan internet? Bersedialah menghadapi banyak kegagalan kerana itu adalah perjalanan yang anda perlu harungi untuk mengecapi kejayaan dalam apa bidang sekalipun.
3 Tips Sebelum Tetapkan Matlamat Anda
Dalam menjalankan perniagaan mahupun bekerja makan gaji, penetapan matlamat adalah sesuatu perkara yang sangat penting. Cuba bayangkan sekiranya seseorang tukang rumah membina rumah tanpa pelan atau tanpa mempunyai gambaran lakaran rumah? Saya yakin sudah tentu rumah akan dibina dengan tidak sempurna.
Sepertimana juga dalam perniagaan internet, jika tiada penetapan matlamat dalam perancangan perniagaan, sudah tentu kita mungkin banyak menghadapi masalah ketika menjalankan perniagaan tersebut. Namun dalam penetapan matlamat, kita tidak hanya menulis matlamat di atas sekeping nota kertas sahaja dan mengharapkan ia menjadi kenyataan secara tiba- tiba.
Jadi matlamat sebenarnya harus dirancang dengan teliti dan perlu mengambil kira banyak faktor. Tidak kira apa sahaja faktor yang akan menetapkan matlamat anda, yang paling penting sebenarnya adalah minat anda yang sangat mendalam terhadap matlamat tersebut. Baiklah, apakah 3 tips sebelum anda tetapkan matlamat anda? Read more







