Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Setting Ping Blog

December 27, 2009 by  
Filed under SEO

Kalau anda baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, anda mungkin tidak pernah dengar atau kurang faham mengenai istilah ‘ping’. Dalam blogging, fungsi ping sangatlah penting bagi membantu kita mendapatkan trafik dari enjin carian. Sebelum itu, ada kena ketahui apa itu Ping.

Maksud Ping

Ping bermaksud anda memberitahu spider enjin carian bahawa anda telah melakukan update pada blog ataupun laman web anda. Kenapa ianya perlu? Jika anda tidak melakukan ping pun tidak mengapa sebenarnya kerana blog ataupun laman web anda masih boleh diindex oleh spider enjin carian. Tapi jika anda melakukan ping atau dengan kata lain memberitahu spider enjin carian bahawa blog anda telah diupdate, ini akan mempercepatkan lagi blog anda diindex.

Tujuan lain adalah untuk menaikkan kedudukan blog anda dalam enjin carian. Sebagai contoh, jika anda menulis sebuah blog mengenai “perniagaan internet”. Selepas anda selesai menulis blog dan melakukan ‘ping’, kedudukan anda berpotensi untuk berada di kedudukan no 1 enjin carian. Walaubagaimanapun, fungsi ping ini masih lagi dipengaruhi oleh Page Rank blog anda. Jika blog anda hanya mempunyai page rank 0, dan pesaing anda mempunyai page rank 5. So agaklah sukar untuk anda menandingi kedudukannya dalam enjin carian walaupun anda telah melakukan ping.  Read more