Saya Kembali!
Salam sejahtera pelawat sekalian.
Saya minta maaf sangat-sangat kerana sudah lama tidak update post terbaru. Saya sangat sibuk uruskan dengan kerja-kerja offline. Alhamdulillah projek datang tak henti-henti. Lepas 1, ada lagi rezeki yang datang. Syukur sangat.
Tapi, kesibukan saya sangat teruk. Sekarang ni pun banyak penghantaran yang masih tertangguh kerana saya ada masalah sikit dengan syarikat penghantaran kurier.
Lagipun sekarang ni saya outstation, dan stock dalam tangan dah habis. Kalau nak buat penghantaran pun kena tunggu balik rumah. Apapun, saya minta maaf kepada pembeli yang lambat menerima produk. Jika anda tidak boleh menunggu dan mahukan duit, sila beritahu dan saya akan pulangkan duit anda semula.
Untuk pengetahuan anda, sebaik sahaja Final Exam tamat dan cuti semester bermula, saya belum pernah berehat dan enjoy. Almaklumlah, banyak hutang yang perlu saya selesaikan. Saya perlu membuat jualan dengan lebih banyak daripada biasa. Jadi masa cuti nilah masa yang paling sesuai untuk saya pulun.
Salah satu projek yang saya peroleh adalah membangun dan maintain website bagi Kejohanan Street Soccer Terbuka Selangor. Tapi mungkin tarikh perlawanan akan ditunda ke tarikh 1 Feb 2011. Saya juga sedang giat membangunkan beberapa software dengan seorang lecturer dari UiTM Jengka. Kami bersama-sama bercadang ingin komersialkan produk ini.
Dalam tulisan yang akan datang, saya akan ceritakan mengenai projek-projek yang saya sedang dan akan lakukan ya. Jumpa lagi~
Yosh!
28/12/09 Stock Available
December 28, 2009 by zACk
Filed under Phero-X, D'Carbo Dan Syarikat, Stock
Fuh, baru balik dari KL. Mengharungi kesesakan KL semata-mata untuk mendapatkan stock Phero-X. Sebenarnya boleh je nak ambil stock malam nanti, tapi masalahnya malam nanti dalam pukul 9 saya ada appointment dengan seorang yang mahu menjadi dealer Phero-X saya. So kitorang nak berbincang mengenai quotation harga dan juga teknik-teknik promosi yang saya dan partner saya lakukan.
Kat bawah ni gambar sebahagian stock yang saya baru ambil, yang selebihnya saya akan dapat kemudian:
Macam mana? Rasanya dalam 2, 3 hari habislah ni. Tak mengapalah, walaupun nampak perlahan tapi kami masih lagi di peringkat permulaan.








