Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Kehebatan Flyers

December 28, 2009 by  
Filed under Offline

flyersDalam artikel kali ini, saya akan menceritakan mengenai salah satu kaedah pemasaran perniagaan secara offline iaitu pemasaran flyers. Saya pasti anda semua pasti pernah mendapat pelbagai flyers promosi produk mahupun perniagaan MLM. Anda lihat, baca dan terus anda buangkannya. Tapi tahukah anda walaupun ia nampaknya seperti satu kaedah promosi yang kurang berkesan (nampak macam membazir), tapi sebenarnya ia mampu memberikan pulangan yang lumayan.

Ini bukan hanya cakap kosong kerana apa yang saya ceritakan ini adalah berdasarkan dari pengalaman saya dalam konsep pemasaran secara offline. Baiklah, saya akan ceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya dan juga partner bisnes tentang teknik promosi ini.

Perniagaan yang kami lakukan adalah menjual Phero-X. Semasa mahu bermula, saya mencadangkan kepada partner bisnes saya agar kami promosi dengan menggunakan flyers sahaja. Dia tidak yakin dan tidak bersungguh-sungguh untuk melakukannya kerana berasa yang teknik promosi ini kurang berkesan. Walaupun dia rasakan seperti itu, dia masih juga lakukan kerana ia telah jadi tugasnya (saya promosi bahagian online dan dia offline). Kemudian muncul beberapa masalah dan syukur kami dapat tanganinya (saya akan ceritakan kemudian).

Selepas masalah berjaya diselesaikan, macam tak sangka yang momentum penjualan Phero-X menjadi hanya dengan menggunakan flyers. Dan apa yang boleh saya katakan, momentumnya untuk sekali edar mampu bertahan sehingga 2 minggu. Wow! Lama bukan? Tapi itupun selepas saya lakukan banyak pengubahsuaian pada flyers tersebut. Semasa kami melakukan promosi secara offline, kami masih tidak mempunyai laman web sendiri khas untuk mendedahkan maklumat Phero-X dengan lebih detail. Tapi itupun kami berjaya hasilkan jualan walhal prospek hanya membaca sekeping kertas fotostat hitam putih TANPA WARNA.

Jadi, apakah masalah yang kami hadapi?

1. Flyers diedar, tapi masih tiada call bagi orang mendapatkannya.

2. Ada orang call, tapi hanya mahu demo dahulu yang belum tentu akan membelinya.

3. Prospek kurang yakin dengan keberkesannya.

4. Kurang menarik kerana penuh dengan ayat-ayat sahaja.

Analisa mengenai masalah yang wujud dilakukan.

1. Tiada ayat-ayat yang mengarahkan prospek untuk membuat tindakan seperti ayat “Dapatkan Sekarang”, “Hubungi Segera”, dan sewaktu dengannya.

2. Prospek tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

3. Jika kita menjual produk seperti minyak wangi, kebiasannya prospek mahu mencuba baunya terlebih dahulu.

4. Meyakinkan prospek dengan kehebatannya.

5. Meletakkan sesuatu gambar yang dapat menarik prospek untuk membaca flyers.

Penyelesaian yang diambil bagi menyelesaikannya.

1. Saya letakkan ayat arahan yang mengarah prospek untuk melakukan.

2. Menerangkan kepada prospek apa yang perlu dilakukan untuk membeli.

3. Saya letakkan satu bahagian anak panah yang mengarahkan prospek untuk mencuba bau Phero-X. Ayat tersebut adalah “Cuba Bau Phero-X Di Sini”. Jadi pada bahagian tersebut, kami titiskan Phero-X agar prospek dapat bau hanya dari kertas.

4. Letakkan gambar perempuan seksi menawan pada flyers. Jadi ini sedikit sebanyak akan menggalakkan prospek kami untuk membaca isi kandungannya.

5. Saya letakkan ayat yang ringkas tapi padat dengan isi. Apa yang saya tekankan adalah pada kelebihan jika prospek memakai pheromones ini.

6. Testimoni yang diterima dari pelanggan diletakkan supaya prospek berasa lebih yakin dan ingin mencuba.

Inilah apa yang kami lakukan dalam melakukan pemasaran flyers. Cubalah, pasti anda akan rasa keberkesannya. Tapi walau apa-apa pun, ia bergantung kepada produk yang anda jual dan siapa target prospek anda.

Related Posts with Thumbnails


Comments

Reader's Comments

  1. SerundingEmas | July 29th, 2010 at 4:08 am

    Terima kasih.

    Ini sebenarnya info yang saya cari. Cara edaran flyers dan cara nak bagi flyers lebih menarik perhatian pengguna. Rupanya ayat arahan macam “Tempah Sekarang” itu amat penting.

    Apa pun, saya akan cuba guna untuk promosi.

    Moga berjaya selalu dan terima kasih banyak2.

    Reply to this comment
    • Azrul The Great | August 1st, 2010 at 5:50 pm

      Sama-sama.

      Yup, memang ayat itu amat penting dalam strategi pemasaran flyers. Kalau kita betul-betul yakin dengan keberkesanan produk, jangan ragu-ragu untuk letakkan Money Back Guarantee kerana ia juga sebenarnya dapat menarik keinginan prospect untuk membeli.

      Jangan lupa untuk Highlight kan cara-cara untuk hubungi ya.

      Semoga Berjaya!

      Reply to this comment
  2. muhafis | August 6th, 2010 at 7:19 pm

    salam,
    saya tak tau pun nak kene letak ayat tue sume,
    berkesan yek? boleh cuba nie,
    saya promosikan pad herba, rayban, dan detox foot patch,
    jadi teringin juga nak buat offline,
    saye gune kaler warna biru laut, dan
    flyers saye cap ayam puny (kertas a4 potong 4)

    harap dpt membantu saye

    http://facebook.com/kudus.soot

    Reply to this comment
    • Azrul The Great | August 10th, 2010 at 2:57 pm

      Act buat offline ni sangat2 berkesan. Cuma, nak buat ni kene letak info yang ringkas dan padat pada flyers.

      Kalau boleh, gunakan ruangan depan dan belakang. Kalau muat lagi, letak sekali testimoni pelanggan yang ada.

      Lagi 1, kalau awk ni buat banyak produk, jangan la pulak sumbat semuanya dalam 1 flyers ye…

      Reply to this comment
  3. dinsblog | February 27th, 2011 at 1:17 pm

    bagus dan hebat tips nie..

    Reply to this comment
    • zACk | March 9th, 2011 at 2:15 pm

      Hehehe… Gunakan semua kaedah yang saya nyatakan. Kalau boleh, masukkan kesemua persoalan2 ke dalam flyers tu. Pasti flyers tu akan jadi padat dan sukar untuk orang “Baca dan buang”.. :)

      Reply to this comment

Leave a Reply