Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Link Professional Dengan Domain Sendiri

May 12, 2010 by  
Filed under Online

301-Permanent-RedirectBaiklah pada post kali ini, saya akan ajarkan teknik yang sedikit advance. Sebenarnya ia masih merupakan 1 teknik yang masih boleh dikatakan sebagai teknik asas. Sekiranya anda betul-betul serius ingin menjana pendapatan berganda daripada program affiliate, teknik tidak boleh dipandang enteng.

PEHATIAN: Teknik ini khusus untuk mereka yang telah tahu mengenai asas hosting, domain dan juga direktori.

.

Untuk permulaan, saya ingin membuka mata anda dengan menunjukkan 2 link berikut:

1. http://www.dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul

2. http://www.azrul.biz/dcarbo

Kedua-dua link ini adalah merupakan link affiliate D’Carbo saya. Konsepnya mudah iaitu “Sembunyikan Link Affiliate Anda“. Cuma pada kali ini, saya sembunyikan link affiliate itu dengan menggunakan domain dan juga direktori pada hosting saya (menggunakan kaedah redirect). Cuba anda letakkan cursor mouse pada link di bawah, kemudian lihat pada penjuru sebelah kiri browser internet anda. Ia akan tunjukkan link sebenar laman web tersebut (masih lagi link yang sama, jadi pelawat mungkin tidak tahu ia adalah link affiliate).

http://www.azrul.biz/dcarbo/

.

REDIRECT

Redirect adalah merupakan satu proses yang mana anda akan dibawa ke halaman baru secara automatik selepas anda melayari link yang baru sahaja anda klik atau ingin layari. Contoh paling mudah adalah kita menggunakan laman web paling popular dalam Malaysia iaitu Maybank2u. Baiklah, cuba anda layari www.maybank2u.com dan lihat pada linknya, secara automatik anda akan di’direct’ ke link www.maybank2u.com.my.  Betul tak?

.

Apa kelebihannya apabila saya menggunakan link saya sendiri? Di sini saya berikan kelebihannya secara ringkas.

1. Ia Nampak Lebih Professional

2. Pelawat akan menyangka ia adalah merupakan link laman web anda (sebenarnya ia adalah link affiliate)

redirect-illustration3. Sekiranya pihak penganjur program affiliate mengubah struktur link, kita boleh mengubah link affiliate yang telah kita promosi dengan mudah.

.

Terdapat 2 kaedah untuk anda buat link redirect ini:

1. Dengan menggunakan icon Redirects yang berada dalam cpanel hosting anda.

cpanel-redirect-tutorial-0

2. Dengan menggunakan kod html.

.

Icon Redirects Dalam Cpanel

1. Pergi ke http://domainanda.com/cpanel dan Login.

2. Klik redirects di bahagian domain.

cpanel-redirect-tutorial-1

3. Pada halaman Redirect, anda boleh menambah, melihat, atau menghapuskan Redirect. Untuk menambah redirect, masukkan nama domain di kotak pertama, direktori (jika anda) dan nama file di tempat kedua, adakah redirect tersebut Permanent (301) atau Temporary (302), kemudian klik butang Add.

cpanel-redirect-tutorial-2

4. Pada kotak yang berwarna merah dan juga tempat yang saya tunjukkan dengan anak panah tersebut, jangan diusik ya. Gunakan saja setting yang sama.

5. Selepas klik butang Add, link redirect anda telah siap dibina. Tak percaya? Cuba link di bawah:

http://www.azrul.biz/dcarbo/index2.htm

Anda boleh membuang redirect ini atau mengubah linknya pada bila-bila masa yang anda mahu.

  • Permanent (301) : If you change the file name of a web page, you should use a 301 redirect. In this case, search engines will make the corresponding change to their index and this will prevent the web page from being viewed as new content.
  • Temporary (302) : While technically this type of redirect has the same impact on visitors as a 302 redirect, search engines will not adjust their index accordingly. The redirection URL will be seen as additional content.

.

Kod HTML

1. Buka perisian Notepad. ‘Setting’nya sangat mudah, jadi tidak perlu anda nak gunakan apa-apa perisian yang khas. Cukuplah dengan menggunakan Notepad yang telah terdapat dalam komputer anda.

2. Copy kod yang saya berikan di bawah dan paste pada Notepad:

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>Automatic Redirection – Test</TITLE>
<LINK REL=STYLESHEET HREF=”../../utility/main.css” TYPE=”text/css”>
<META HTTP-EQUIV=”Refresh” CONTENT=”0;URL=http://www.irt.org/articles/js021/index.htm”>
</HEAD>
<BODY >
<P>You will redirect in a few seconds…<P>If not, please click this link:
<A HREF=”index.htm”>http://www.irt.org/articles/js021/index.htm</A>
</BODY>
</HTML>

<HTML>
<HEAD>
<TITLE>[Redirect] – Loading…</TITLE>
<LINK REL=STYLESHEET HREF=”../../utility/main.css” TYPE=”text/css”>
<META HTTP-EQUIV=”Refresh” CONTENT=”0;URL=LINK-AFFILIATE-ANDA“>
</HEAD>
<BODY >
<P>You will redirect in a few seconds…<P>If not, please click this link: <A HREF=”index.htm”>LINK-AFFILIATE-ANDA</A>
</BODY>
</HTML>

3. Tukarkan LINK-AFFILIATE-ANDA dengan link affiliate anda yang benar.

4. Save dengan menggunakan link yang ingin anda gunakan. Seperti dalam tutorial, saya save sebagai index.html. Pastikan anda meletakkan .html ataupun .htm

5. Upload file tadi ke dalam hosting anda. Terpulang kepada anda mahu letakkannya di mana. Dalam tutorial saya, saya letakkannya dalam direktori ‘dcarbo’.

tutorial-html

Jadi link affiliate saya yang nampak lebih professional seakan-akan milik saya adalah:

1. Menggunakan cpanel:

http://www.azrul.biz/dcarbo/index2.htm

2. Menggunakan kod html:

http://www.azrul.biz/dcarbo/ atau http://www.azrul.biz/dcarbo/index.htm

(kedua-dua link ini sama sahaja)

Semoga teknik promosi yang baru ini akan dapat membantu anda. Sekian~

Related Posts with Thumbnails


Comments

Leave a Reply