Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Promosi Melalui Facebook [SHARE]

April 30, 2010 by  
Filed under Online

Kini, laman web sosial facebook telah semakin popular dalam kalangan masyarakat dunia. Kita sendiri yang berada di Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana facebook banyak mempengaruhi kehidupan seharian kita. Kebiasaannya laman web sosial digunakan untuk kita mencari rakan-rakan melalui internet. Tapi facebook telah berani melakukan revolusi yang mana pihak facebook menyesuaikan supaya mereka yang menjalankan perniagaan boleh melakukan promosi disamping berinteraksi dengan pelanggan dalam laman web social networking tersebut.

Facebook telah memberikan taparan hebat kepada laman web social networking yang lain. Tahukah anda laman web social networking yang pertama adalah Friendster.com? Tapi sekarang ni, “friendster” sudah jarang disebut berbanding “facebook”.

Contoh paling mudah apabila kita tanya rakan kita,

“Buat apa ke cyber cafe?”

Dan mungkin mereka akan menjawab,

“Apa lagi, online facebook la”

Tidakkah anda tertanya-tanya kenapa ramai orang memilih facebook sebagai tempat untuk mereka bersosial melalui internet? Dari pengamatan saya sendiri, saya dapat merumuskan beberapa faktor:

1. Facebook lebih privacy yang mana sukar untuk pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan spamming.

2. Facebook menyediakan perkhidmatan application yang mana membuatkan orang ramai seronok untuk online dengannya. Kadang-kadang mereka bermain application ini sampai tidak sedar yang masa telah banyak terbuang. Antara application tersebut seperti aneka jenis kuiz dan juga game.

3. Peraturan facebook yang ketat membuatkan rakan-rakan pengguna mudah untuk mencari pengguna facebook tersebut. Ini dibuktikan apabila nama yang kita gunakan dalam facebook tidak boleh diletakkan sesuka hati. Ia mesti mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan. Jadi HAMPIR kesemua pengguna facebook menggunakan nama sebenar mereka. Secara tidak langsung ia memudahkan rakan pengguna untuk mencari balik rakan mereka.

4. Profile ahli yang simple but smart. Ia lebih mudah dan juga mesra pengguna dan tampak professional. Tidak seperti laman social networking yang lain, profile facebook tidak boleh diubah sesuka hati. Mungkin bagi anda ia kurang menarik, tapi percayalah apabila semakin lama anda menggunakannya, anda akan rasa lebih senang profile yang simple dan juga sama seperti ahli lain.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh saya senaraikan, tapi cukuplah 4 faktor ini sahaja. Nanti jemu pula anda nak membaca. ;) Jadi kita boleh rumuskan yang facebook sangat sesuai untuk dijadikan medan pengiklanan. Pada post akan datang nanti, saya akan kongsikan banyak lagi teknik promosi dari facebook. :)

SHARE

Apakah itu Share? Ia bertujuan ingin berkongsi sesuatu dengan rakan anda. Apa yang anda rasa, ingin luahkan, ingin berkongsi video, lagu, link dan sebagainya, anda boleh menggunakan option SHARE ini.

facebook1

Anda boleh terus letakkan link affiliate tersebut dalam ruangan ini dan kemudian klik SHARE. Tapi cara ini kurang menarik perhatian rakan-rakan anda untuk klik pada link affiliate anda. Jadi anda perlu lakukan sedikit pengubahsuaian terhadap cara anda berkongsi status diri anda.

Daripada anda letakkan hanya link sahaja, anda perlu letakkan sedikit ayat penarik. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi rakan-rakan anda untuk klik link tersebut. Di sini saya berikan beberapa contoh ayat yang boleh anda gunakan:

“Uish, macam tak pecaya je D’Carbo boleh tingkatkan prestasi Kancil aku sampai 160km/j. Bunyi macam tak logik, tapi itulah yang berlaku. Try la bukak http://dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul”

“”

Anda boleh cipta ayat sendiri mengikut kreativiti anda. Tapi kalau boleh jangan la menipu dan melampau pula ya. Dalam penggunaan teknik ini, di sini saya berikan beberapa tips:

1. Ayat yang tidak terlampau panjang, kalau boleh biar isi yang padat dan mantap.

2. Ayat yang anda reka/cipta tersebut kalau boleh lebih bersifat berkongsi. Kebiasaannya rakan-rakan sendiri tidak akan support kita jika anda suruh mereka membeli produk ini.

3. Taipkan sekali link promosi anda dalam kotak share tersebut bagi memudahkan rakan anda untuk klik pada link tersebut. Lihat gambar di bawah untuk melihat contoh:

facebook2

Itu sahaja teknik simple dalam promosi gunakan facebook. Saya akan ajarkan teknik lain dalam post akan datang. Jika anda masih belum mempunyai akaun facebook, anda boleh mendaftar secara PERCUMA dengan melayari www.facebook.com.
Related Posts with Thumbnails


Comments

Reader's Comments

  1. Mantra | May 21st, 2010 at 6:49 am

    SALAM,

    menggunakan Facebook kini ramai yang mula promote bisnes-bisnes
    online yang mereka buat. Yang tak seronoknya, dah jadi macam
    SPAM pulak bila bukak email banyak je notification dari Facebook.

    Walaubagaimanapun, Facebook memang top!

    Reply to this comment

Leave a Reply