Sembunyikan Link Affiliate Anda [tinyURL.com]
Pengguna di internet ada bermacam-macam jenis iaitu ada yang jenis berhati-hati dan ada juga yang jenis pakai redah sahaja. Bagi mereka yang jenis berhati-hati, mereka akan memantau apa sahaja link yang telah diberikan kepada mereka dengan cara melihat kepada hyperlink yang sebenar. Sebagai contoh, lihat rajah di bawah:
Cara paling mudah adalah anda letakkan cursor mouse anda pada link yang mahukan, kemudian lihat pada hujung bawah sebelah kiri browser anda. Ia akan menunjukkan link asalnya. Anda akan rugi sekiranya prospect anda merupakan pengguna seperti ini. Ini kerana sekiranya anda menggunakan link affiliate anda sebagai contoh:
http://dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul (terlalu panjang)
Prospect tersebut hanya perlu menaip:
http://dcarbo4u.com (lebih pendek)
Sekiranya pelawat yang datang tidak meletakkan ID affiliate, maka sistem tidak dapat menanam cookies ID affiliate anda pada komputernya dan membuatkan anda kehilangan komisen jika pelawat tersebut membuat pembelian. Walaupun anda telah membina hyperlink bagi memudahkan pelawat untuk klik link affiliate anda, tapi ada juga pengguna di internet yang dengki tidak mahu anda memperoleh komisen (mereka tahu link tersebut adalah ID affiliate). Apakah penyelesaiannya?
PENYELESAIAN
Jadi 1 cara penyelesaian bagi anda membolot semua peluang komisen dari pelawat anda adalah dengan menyembunyikan link affiliate tersebut. Sekiranya anda sembunyikan link affiliate anda, sudah pasti pelawat anda akan melayari link yang telah diberikan kepada anda.
Di sini, kita akan gunakan 1 perkhidmatan percuma yang ada di internet bagi menyembunyikan link asal anda iaitu tinyURL.com. TinyURL bertujuan memendekkan link yang panjang. Sekiranya anda mempunyai link yang panjang dan mahu dipendekkan, boleh gunakan perkhidmatan ini.
Tapi dalam kes kita, kita akan memanfaatkannya untuk sembunyikan link affiliate. Konsepnya sangat mudah iaitu tinyURL akan menjadi medium pertengahan yang akan menghubungkan pelawat dengan link affiliate anda. Penerangan mudah:
Link affiliate anda: http://dcarbo4u.com/index.php?ref=azrul
Anda sembunyikan link dan URL affiliate anda akan menjadi: http://tinyURL.com/dcarbo
Pelawat mungkin tahu ia merupakan link affiliate, tapi mereka tidak mampu untuk mengelak dari anda menerima komisen kerana sekiranya pelawat hanya menaip tinyURL.com sahaja, mereka akan dibawa ke halaman asal tinyURL.com dan bukan pada laman web dcarbo4u.com. Jadi mahu tidak mahu, mereka kena menaip http://tinyURL.com/dcarbo dan kemudian sistem affiliate kami akan terus bertindak menanam cookies ke dalam komputer pelawat kerana link asalnya adalah link affiliate anda.
Anda jangan salah faham ya, tinyURL hanya bertindak MENYEMBUNYIKAN LINK ASAL sahaja.
Gunakan ayat yang ringkas, power dan kemudian sertakan link affiliate anda, Insyaallah pelawat akan klik link tersebut. Jika ada rezeki, mereka buat pembelian dan anda akan menerima komisen yang kami tawarkan.
Untuk sembunyikan link affiliate anda sangatlah mudah. Anda hanya perlu:
1. Masukkan link URL pada kotak yang telah disediakan.
2. Masukkan nama bagi link yang anda mahukan.
3. Klik pada “Make TinyURL!” bagi melengkapkan proses penyembunyian link anda.
Sekiranya nama yang anda pilih belum ada orang gunakan, maka anda boleh gunakan link tersebut. Jika tidak, pihak tinyURL akan memberikan satu link baru secara rawak. Gunakanlah teknik ini bagi menggandakan komisen affiliate anda.
Di masa akan datang, saya akan ajarkan lagi teknik-teknik yang baru. Untuk peringkat permulaan tutorial ini, saya hanya akan ajarkan teknik-teknik asas sahaja terlebih dahulu. Kemudian baru saya akan ajarkan teknik yang lebih advance.
SEMOGA BERJAYA!











Comments