Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Baca Lagi]

Apa Yang Perlu Anda Lakukan? BACA INI DULU!

June 5, 2010 by  
Filed under Umum

Artikel ini dipetik dari blog D’Carbo

Salam sejahtera pembaca sekalian,

Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya membaca post ini terlebih dahulu. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah simple yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan Twitter follower.

Kami juga akan terangkan serba ringkas beberapa fungsi yang ada di laman blog ini untuk anda gunakan dan membuatkan anda lebih enjoy untuk membaca di blog ini.

Di laman blog ini, anda akan memperoleh pelbagai informasi yang sangat berguna untuk penjagaan kenderaan anda secara menyeluruh terutama dari segi penjagaan enjin. Kami sentiasa mengemas kini blog ini untuk memberikan bahan informasi terkini mengenai penjagaan kenderaan anda.

Teruskan membaca post ini bagi meneruskan langkah penting yang baru saja saya katakan tadi.

.

SUBSCRIBE RSS FEED

Kami pasti bagi setiap orang yang pandai menggunakan internet, hampir kesemuanya akan buka email mereka terlebih dahulu sebaik sahaja klik pada browser internet. Membuka email adalah sesuatu yang boleh dikatakan hampir mustahil tidak dilakukan oleh setiap orang sekiranya mereka online. Jadi apakah kaitannya dengan RSS Feed?

Fungsi ini bertujuan supaya anda akan dapat update terkini terus ke email anda. Kami percaya kadang kala anda pasti akan terlupa untuk melayari blog kami semula.

Subscribe ini penting supaya anda tidak akan terlepas langsung tips dan teknik penjagaan kenderaan yang akan kami kongsikan dengan anda dan juga event-event D’Carbo seperti perlumbaan Drag dan Drift. Kami juga telah merangka beberapa perancangan di mana kami akan mengadakan peraduan melalui laman blog ini. Sekiranya anda tidak Subscribe RSS Feed kami,  sudah pasti anda akan terlepas kesemua update ini bukan?

Untuk subscribe sangatlah mudah. Anda hanya perlu mengisi email anda pada ruangan yang telah saya sediakan di bawah. Selepas sahaja anda isi, anda akan menerima satu email secara automatik. Pastikan anda klik link tersebut untuk melengkapkan proses pendaftaran anda.

Sila Masukkan Email Anda Di Sini:

PERHATIAN: Kami ingin tekankan yang mana email anda selamat dalam simpanan kami. Kami tidak akan mendedahkan email anda sewenang-wenangnya. Privacy anda adalah KEUTAMAAN kami.

Jangan lupa ya, buka email anda sebaik sahaja anda isi form di atas kerana ada satu email pengesahan telah dihantar. Klik link yang telah diberikan dalam email tersebut.

.

FOLLOW TWITTER SAYA

Anda telah mempunyai akaun Twitter? Jika belum, dapatkannya di http://www.twitter.com. Sekiranya anda follow kami, anda akan mengetahui apa update terkini kami (itupun kalau anda nak tahu apa yang kami sedang lakukan. Hoho). Ia berbeza dengan fungsi RSS Feed kerana Twitter akan memberikan live update mengenai kami manakala RSS Feed melibatkan post kami yang baru.

Follow us on Twitter

Untuk follow, hanya klik pada link di atas (oh ye, pastikan anda telah mempunyai akaun Twitter terlebih dahulu ya). Selepas sahaja halaman twitter saya keluar, klik pada “follow“.

Selepas klik link “follow” di atas, jangan lupa untuk klik link pengesahan yang telah dihantar secara automatik ke email anda ya.

.

BOOKMARK BLOG INI

Bookmark memudahkan anda kembali ke blog ini. Katakanlah anda lupa URL bagi blog ini, anda hanya perlu menyemak semula senarai bookmark pada browser internet anda sahaja. Bukankah ia lebih mudah? Untuk bookmark, anda hanya perlu tekan CTRL + D pada keyboard komputer dan teruskan proses untuk bookmark. Pastikan anda memanfaatkan fungsi ini kerana ia benar-benar membantu dengan cara menanda halaman yang anda sukai bagi memudahkan untuk datang di lain kali.

.

FACEBOOK LIKE

Sekiranya anda meminati post yang kami lakukan, ringankanlah jari jemari anda untuk klik pada Facebook Like Button yang terdapat di awal post ya. :) Bukan apa, sekurang-kurangnya ada juga orang yang mencintai meminati info dengan penggunaan ayat yang berterabur ni. Hohoho.

Sekiranya anda belum login akaun Facebook dan kemudian anda klik  Facebook Like tersebut, nanti akan muncul satu popup yang meminta anda memasukkan email dan password Facebook untuk login. Jangka sangka kami nak curi maklumat akaun Facebook anda pula ya! Popup itu dibina oleh pihak Facebook sendiri supaya Facebook Like dalam blog ini dapat dihubungkan terus ke akaun Facebook anda.

* Kami sama sekali tidak akan mengetahui password anda jika anda login menggunakan popup tersebut. Jadi jangan risau ya. :)

.

PENGGUNAAN RETWEET DAN SHARETHIS

Seperti yang anda sedia maklum, dalam blog ini kami akan berkongsi pelbagai info mengenai penjagaan kereta, event-event yang akan kami anjurkan dan banyak lagi. Jadi kami PASTI anda akan meminati beberapa (kami tak kata semua ya) dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan anda mengenai apa yang anda baru sahaja ketahui. Jika sebelum ini anda perlu berkongsi dengan cara menghantar email yang melecehkan, kini tidak lagi.

Kami telah menyediakan beberapa button yang memudahkan anda untuk berkongsi dengan rakan iaitu dengan menggunakan TweetMeme (retweet) dan juga ShareThis.

Retweet

Sekiranya anda mempunyai follower twitter anda sendiri, tidak salah untuk anda berkongsi info yang baru sahaja anda ketahui. Bahkan follower anda pasti akan berasa beruntung follow anda kerana anda tidak lokek untuk berkongsi ilmu yang baru sahaja diperoleh. Tidak kisahlah berapa ramai pun follower anda, yang penting anda berkongsi, betul tak?

Caranya mudah sahaja untuk lakukannya, anda hanya perlu klik pada logo Retweet yang terletak dalam setiap post. Kemudian secara automatik ia telah melakukan satu update baru terhadap akaun Twitter dan memberitahu follower anda mengenai post yang anda ingin kongsikan itu.

Sekiranya anda pertama kali menggunakan button ini, nanti akan muncul satu popup yang meminta anda memasukkan email dan password Twitter untuk login. Jangka sangka kami nak curi maklumat akaun Twitter anda pula ya! Popup itu dibina oleh pihak TweetMeme (bekerjasama dengan Twitter.com) bertujuan supaya akaun Twitter anda dapat dihubungkan terus dengan pihak TweetMeme.

* Kami sama sekali tidak akan mengetahui password anda jika anda login menggunakan popup tersebut. Jadi jangan risau ya. :)

ShareThis

Fungsi ShareThis sama juga iaitu bertujuan ingin berkongsi. Tapi ia mempunyai lebih banyak lagi laman web bookmarking popular seperti Stumbleupon, Digg, Google Buzz dan banyak lagi. Pilihlah yang mana anda mahu gunakan ya.

.

ENJOY BERSAMA KAMI!

Dengan memahami fungsi-fungsi button yang terdapat dalam blog ini pasti dapat membuatkan anda lebih enjoy untuk terus memanfaatinya. Semoga anda enjoy membaca setiap info yang kami akan sediakan untuk anda. Stay Tune!

Related Posts with Thumbnails


Comments

Leave a Reply