Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Read More]

Credit To Jay

May 6, 2010 by Azrul The Great  
Filed under Umum

joyinjourney

Post saya pada kali ini adalah khusus untuk memberikan penghargaan kepada rakan saya yang bernama Mohd Azim kerana berani untuk melakar kisah perjalanan hidupnya di dalam blog. Saya kenal Azim ni sejak dari tahun 2007 lagi dan saya dah masak sangat dengan perangainya. ;) Saya dah lihat sendiri bagaimana ketika dia berada di atas dan keadaannya apabila dia berada di bawah dan ia sangat menyeksakan apabila dibebani dengan bermacam masalah dan bebanan.

Apa yang buat saya kagum dengannya kerana sifat yang tidak pernah kenal putus asa walaupun saya nampak sifat malas itu masih ada. :p Sebenarnya banyak dugaan dan cabaran yang kami harungi bersama, dan ia masih berterusan sehingga kini. Sungguhpun begitu, kami tidak pernah kenal apa itu berputus asa dari mencapai apa yang kami impikan.

Blog Azim: http://namasayajay.blogspot.com

Blog ini dibina khusus untuk menceritakan perjalanan hidupnya dari semua segi termasuk perniagaan turun dan naik, percintaan, rakan dan sebagainya. Anda boleh mengikuti perjalanan hidupnya melalui link blog yang telah saya berikan di atas. Mari kita sama-sama berikan dorongan dan semangat yang membina bagi membantunya capai apa yang diimpikan. Saya yakin satu hari nanti dia pasti akan berjaya dengan apa yang dikejarkannya.

Tetapi walau apapun, sebelum kita hendak mengubah perjalanan hidup ini ke arah yang lebih baik, kita sebenarnya hendaklah mengubah dahulu diri kita jadi yang lebih baik. Jika hari ini kita malas, esok kita mesti rajin hari ini dan lusa mesti lebih rajin dari esok. Setiap hari kita haruslah mempunyai peningkatan dari hari sebelumnya. Barulah kita tidak akan menjadi orang yang ‘sama’.

Jika anda hendak ikuti perjalanan hidup rakan saya ini, apa kata anda baca dari entry yang pertama di link ini:

http://namasayajay.blogspot.com/2010/04/tentang-diri-saya.html

Kepada Azim (a.k.a Jay), SELAMAT BERJAYA!

Related Posts with Thumbnails


Comments

Leave a Reply