Sekiranya anda baru pertama kali datang ke laman blog ini, anda seharusnya MEMBACA POST INI TERLEBIH DAHULU. Ini penting kerana kami ingin anda melakukan beberapa langkah yang akan memudahkan anda untuk menerima fresh update daripada kami dengan menggunakan RSS subscribe dan... [Read More]

Selamat Tahun baru!

January 2, 2010 by Azrul The Great  
Filed under Umum

bunga api

Waah! Cepat sungguh masa berlalu. Begitu pantas 2009 meniggalkan kita. Banyak kenangan yang berlaku dalam tahun 2009 yang mana menjadikan pengalaman yang cukup bermakna dalam diri saya. Bagi diri saya, tahun 2009 adalah merupakan tahun kekecewaan kegagalan bagi diri saya. Kesemua yang saya rancangkan berakhir di tengah-tengah tanpa mengakhirinya. Saya akan ceritakan next time ye.

Masa 31 Dec yang lepas, saya telah melakukan persiapan penuh untuk program affiliate saya pada sebelah petang. Ini kerana pada sebelah malam saya ingin keluar bersama rakan-rakan untuk melihat bunga api yang dah lama saya tak tengok. Saya tak pergi ke KL pun, kerana confirm kat sana sesak gila teruk. Saya hanya tengok bunga api dekat Seksyen 7 Shah Alam je.

Fuh, pertama saya dalam sejarah hidup saya yang Shah Alam sesesak macam tu. Biasanya kalau sesak pun pada sebelah pagi sebab ramai student nak pergi kelas (seksyen 7 dekat dengan UiTM Shah Alam). Tapi apa yang penting, rasa seronok sangat sebab dapat jumpa rakan-rakan lama. Semester baru dah nak buka pada minggu hadapan. Tu yang mereka semua dah balik. Macam-macam yang kami sembangkan, sampai tak sedar jam dah tunjuk pukul 4 pagi. ;)

Kepada anda semua pula, apa pengalaman di tahun baru? Duduk rumah tengok bunga raya api depan TV je ke? Tak kira la walau apa pun, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan…….

SELAMAT TAHUN BARU!

Related Posts with Thumbnails


Comments

Leave a Reply